Thursday, July 25, 2013

Officially Holiday!!

hi guys. whats up today? me, too fine as i'm starting to enjoy holidays :p

mungkin benda ni basi tapi saje nak update pasal report hari tu. tak nak baca boleh "close tab"..

dan dengan ini, saya telah merasmikan cuti semester ini bermula 22 Julai yang lalu yeah!!!!

nak tahu cerita tak yang malam update last post hari tu, baru buat front page dengan heading title je. dalam hari hamis baru mula pengenalan and the gang. nampak tak pemalas kat situ. dan report dapat disiapkan pada pagi selepas sahur pada hari ahad haha dan malam tu baru nak touch up then baru send emel ke Dr. Goh.

dah send, selesai satu masalah.. dugaan datang pulak malam tu tak jumpa driver printer. al maklum lah, laptop orang kan.. mana lah install driver printer kite tu.. dah gelabah.. cari dalam kotak tak jumpa.. tup tup jumpa dia duduk elok-elok je dalam drawer.. 

setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.. akhirnya report berjaya dizahirkan ke alam nyata ceewah ayat :p


esok paginya, isnin tu, cepat-cepat pos dengan pos laju. kat pejabat pos, ada mak cik tu dok jengah-jengah alamat surat kite.. gila-gila dia tenung alamat tu.. yang pak cik tu pulak saje je tenung-tenung kite amek gambar.. saje nak bagi bengang.. tahu tak budak nama Aini tu excited time tu..!! aiii, malu titee *facepalm

tapi kan.. tak faham jugak lah time tu.. sebab.. macam lah tak pernah hantar assignment sebelum ni.. tapi.. mungkin sebab kena pos.. tu yang excited semacam.. mohon faham :p

ianya memakan kos RM6 ye

selesai mengepos.. pergi lah bandar Batu Pahat tu.. kononnya nak amek laptop.. mane la tahu dah siap.. tak sanggup nak menanggung rindu.. tup tup dia kate.. "laptop you tak ada la.. hantar pergi KL" aisemen.. lamenye.. kate tukar hinge je.. dah alang-alang jalan tu, I've got myself this joystick untuk lepas gian instead of cuci mata cari kasut raya muahahaha :p

dah lama cari benda ni k

kalau rajin nanti.. nak post pasal joystick ni pulak.. tapi more to sofware lah.. joystick ni cikai punya je pun.. tak mampu lah kite nak beli yang branded-branded punya.. so ianya mungkin berguna untuk gamers yang baru teringat yang diorang tu gamers haha or mungkin nak berjinak-jinak or mungkin juga tak pandang dah post tu nanti especially boys yang dah expert benda ni

btw.. Aini mungkin terlupa yang officially holiday dia tu ada thesis yang patut dimulakan.. so.. tak berapa nak holiday sangat lah kan.. so untuk student yang bakal berdepan dengan LI (latihan ilmiah bukan latihan industri k) atau FYP (final year project) good luck k!! actually.. beberapa jam yang lalu.. tak tahu pun FYP tu apa.. aku tanya kat Fara yang datang cari resepi kuih raya online tadi :p

till then..selamat berpuasa !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...