Thursday, October 4, 2012

Tutorial untuk Install ArcGIS 9.3

Assalamu­­­­alaikum semua :D

So hari ni aku kembali mengupdate dengan gigihnya sebab telah berjaya menginstall ArcGIS 9.3. okey, nampak sangat aku kecoh di sini sebab rasanya dah berpuluh kali aku try install tapi tak jadi. Sampai naik fed up. oleh sebab tadi dah tak sanggup nak uninstall kembali software tu, aku godek-godek license manager dan setelah beberapa ketika menggunakan logic akal, aku berjaya memilih file yang betul. Yea!!! Tepuk sikit, wooooo

bagaikan suatu kejayaan haha
 Oleh yang demikian aku faham bagi sesiapa yang rasa macam hiew hiew je bila buat tak jadi jadi. Kan kan kan? Haaa oleh itu, Aini come to the rescue!!!! Haha. itulah tujuan aku update hari ini.

Okey, nak install benda ni, bahan yang vital sekali adalah semestinya file ArcGIS 9.3 yang korang dah dapat tu berserta file “crack” dia. Kalau tak ada, boleh download kat SINI. Menurut lecturer aku, Dr. Aziz, harga software ini je mencecah belasan ribu ringgit, so … fikir lah sendiri haha.

Kalau korang google, or tengok youtube ke, mesti dapat step yang agak memeningkan. tapi ada je yang berjaya. bergantung. So, aku akan cuba sedaya untuk tunjuk satu-satu step secara ringkas apa yang perlu korang buat based on pengalaman aku. ehem! pengalaman konon -,-

Bismillahirrahmanirrahim

1. Buka “crack” folder.
2. Buka folder “License_server_Setup”
3. Run “LMSetup.exe”
4. “ArcGIS 9 License Manager Setup” window akan “pop up”


5. Klik pada kotak “browse”
6. Pilih “37102011.EFL9” yang ada di folder yang sama. (Crack/License_server_Setup)
7. Klik “Next” untuk run program berkenaan
8. Dah siap, JANGAN “Restart”
9. Copy semua file yang ada dalam folder “license_server_crack” ke folder "arcgis9x" di local C. (C:\Program Files\ESRI\License\arcgis9x) overwrite je semua.
10. “Restart” computer
11. Buka balik folder “License_server_Setup”, rename file “37102011.EFL9” / “37102011” kepada “license.lic”
12. Buka file yang telah direname tadi menggunakan notepad.
13. Ganti server name “this_host” dengan nama computer anda. Kalau tak tahu, buka My Computer > system properties > change settings (computer name, domain and workgroup settings)

copy nama komputer
paste kat "this_host"
14. Klik “file” dan kemudian “save”
15. Copy dan Paste “license.lic” yang dah diedit tadi kat License server Direction (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) copy dan replace sahaja.
16. Di folder yang sama tu juga, (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) run “lmtools.exe”
17. “LMTOOLS by acresso Software Inc.” windows akan pops up


18. Pilih “Configuration Using Services”
19. Kemudian klik “Config Services” tab



20. Biarkan je service name seperti yang tertera ”ArcGIS License Manager”
21. Di “Path to the lmgrd.exe file” browse C:/program files/ESRI/License/arcgix9x/lmgrd.exe
22. Di “Path to license file” browse ke C:/program files/ESRI/License/arcgix9x/license.lic

Yang ni perlu berhati-hati di bahagian ini lah yang menyebabkan aku tak boleh register license dengan betul. Untuk cara yang selamat, terus je taip kat kotak tu “license.lic.elf9” dan pilih yang tu. 

Kebiasaanya aku buat macam ni, terus je pilih yang ada dalam folder dan dia akan pilih “license.lic” sahaja. Inilah yang meyebabkan korang aku tersangkut di step ke-31

Diingatkan kembali, JANGAN PILIH YANG BUKAN FORMAT “.elf9

pilih yang macam ni
tak nak yang macam ni. JANGAN buat macam ni
23. Di “Path to debug log file” browse dan pilih ”ArcGIS_LM”
24. Klik “Save Service”
25. Klik di “Start/Stop/Reread” tab


26. Klik pada “Start server”. Pastikan di bawah tu tertulis “start server successful
27. Klik pada “Reread License File“ dan “Reread Server License File Completed” akan tertulis di bawahnya. kalau dia kata failed, itu maknanya korang silap pilih waktu kat step 22
28. Sekarang dah boleh install program utama (Esri.exe)

simbol
kalau tak tahu cari
29. Klik pada “ArcView” dan “install ArcGIS Desktop”. Buat sampai habis dan jangan register dulu. klik "register later"
30. Copy file “fme_license.dat” di folder (crack/data_interop) ke folder (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) atau ke (C:\Program Files\ArcGIS\Data Interoperability Extension). Pilih salah satu.
31. Buka “Desktop Administrator” melalui Start > All Programms > ArcGis > Desktop Administrator dan tukar setting yang berkenaan
  • “Software Product”: pilih “ArcInfo (Floating)”
  • “License Manager”: klik "change" dan tukar kepada “localhost” (taip je “localhost” secara manual)
  • “Availability”: pilih “ArcInfo Desktop (Floating)”
32. Klik “apply” dan “OK”

Dah boleh mula browse ArcMap :D

interface ArcGIS 9.3
sekian.

Tuesday, October 2, 2012

Skrin Hitam di Google Chrome

hokey guys. setelah sekian lamanya aku tak meng"update" blog ni setelah keberangkatan ke Indonesia masa minggu-minggu raya hari tu, entry raya pun tak buat :P sampai laa ni aku tak update sebab lappy aku ni masuk bengkel, so sekarang aku nak feeling-feeling macam technician kejap sebab aku tolong betulkan balik lappy kawan aku ni yang selalu dok teman aku pergi balik bengkel. haha

masalah lappy kawan aku ni tak ada lah teruk mana macam problem lappy aku yang tak mampu nak tangani sendiri. takat guna-guna software boleh diharap lagi lah. berbalik kepada masalah utama tadi (aku dah lari tajuk) lappy dia ni, bila kita browse internet, display akan jadi hitam, terutamanya bila nak tengok youtube (termasuk juga portal student UM or maybe juga website lain yang banyak guna flash player). so bila kawan aku ni tanya kat abang technician tu, dia pun macam malas nak layan sebab mungkin dia rasa benda ni boleh ditangani sendiri so dia malas nak susahkan otak dia dengan benda-benda remeh. Liza (opps, tertaip haha) pun macam blur-blur je aku tengok time abang tu cakap, so aku dengan rasa tak sedar diri pun volunteer nak buatkan untuk dia. btw waktu tu abang tu banyak customer. haha

setelah dieksplore, ini lah rupanya bila buka youtube.

Laptop HP Pavillion G4 with ATI Radeon Graphic Card
sadis. lagu boleh dengar, tapi video tak nampak langsung. benda ni hanya jadi di google chrome dan tidak di mozilla firefox. jika diteliti, bahagian url dan tab tak hitam tetapi hanya di interface laman web itu sahaja yang hitam. so apabila aku buat seperti apa yang abang tu cakap (uninstall dan install balik google chrome dan adobe flash player), tak berlaku apa-apa perubahan pun. hampir separuh malam berlalu dengan menggoogle apa yang boleh dibuat kat forum google, adobe dan youtube setelah proses uninstall dan install kembali tidak membuahkan hasil. kebuntuan mula melanda kepala otak aku yang tak ada pengetahuan pun pasal benda-benda ni.

hasil pencarian aku, ada 2 cara untuk mengatasi masalah ini.

Cara Pertama
copy paste ayat ni kat properties shortcut google chrome
" --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"

  1. klik kanan di shortcut google chrome
  2. klik "shorcut" tab
  3. kat kotak target, paste ayat kat atas di hujung ".exe". dia akan jadi macam ni : "C:\Users\****\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"
  4. klik "Apply" dan seterusnya "OK"
lepas tu, boleh browse macam biasa melalui shortcut tersebut. tapi, masalah hanya settle bila kita mula online dengan klik shortcut itu sahaja. kalau mula online dengan mengklik kat taskbar yang sebaris dengan butang "start" tu, masalah screen hitam ni timbul balik. kesimpulannya step ini hanya berkesan kalau mula browse melalui shortcut itu sahaja.

oleh itu aku kembali menggoogle cara lain dan inilah hasilnya.

Cara Kedua
tukar setting di Catalyst Control Center

1- klik "Start" > "all program" > "Catalyst Control Center" > "Catalyst Control Center"
2- korang godek lah home center tu sampai jumpa macam ni. aku tak ingat nak klik kat mana coz lappy aku guna NVIDIA je. kalau tak tahu ikut aje lah urutan tab kat atas tu "start > power > switchable graphics"


3- tukar setting untuk "chrome.exe" dari "high performance" ke "power saving"

4- klik "Apply"

seharusnya udah bisa untuk ... eh, terguna slang Indonesia pulak haha. btw, lepas ni biasanya dah boleh browse seperti biasa sama ada melalui shortcut di desktop mahupun melalui shortcut di taskbar. kalau still tak boleh, korang boleh cuba berdasarkan step lain kat link ni, http://adrian.sutantio.info/2012/04/black-screen-on-chrome-browser-when.html aku try buat pun dari link ni. cuma dialih bahasa untuk memudahkan proses.

sekian :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...