Friday, July 26, 2013

Newbie Gamers : Play Station & Joystick

hi guys

dah lama berhajat nak buat entry ni.. ye lah.. kan memang aku ni, post entry pun berdasarkan pengalaman.. banyak post banyak lah pengalaman.. sikit post sikit lah pengalaman.. ehh?? haha mungkin ianya hanya sesuai untuk diri sendiri sahaja.. mungkin :p

so.. entry lepas kan aku sibuk gebang nak buat post untuk gamers.. yang mungkin nak menikmati game dengan penuh penghayatan tanpa menggunakan keyboard.. so this is why joystick come into the picture :D

untuk pengetahuan korang.. aku ni memang suka main game.. ianya bukan satu habit.. tapi aku suka.. faham tak?? so benda ni bukanlah satu benda hardcore yang amat vital hingga tak ada benda tu aku boleh mati.. aha.. no no no.. macam air.. boleh mati kalau tak ada air.. actually aku tak tahu nak bagi contoh apa.. oh mungkin boleh guna phone.. suatu ketika dahulu kalau tak ada phone.. alamak.. bosannya.. tak de benda nak buat.. haaa sampai macam gitu.. cumanya.. tak la mati takde phone..

dulu masa sekolah menengah.. sanggup simpan duit untuk beli PS1 semata-mata nak main game.. but hanya mampu 2nd hand punya.. so masa beli tu adalah dia bagi beberapa cd game untuk kita pilih dan aku terpick salah satu game yang ada 3 cd.. unfortunately cuma 2 cd je yang aku ambil..  sebabnya aku tengok cover cd tu sama je.. tu yang tak amek tu.. damn!!! tapi.. bila dah main baru tau.. main beli je.. bila dah syok main sampai habis.. keluar lah "insert disc 3".. aha!! memang tak laa sambung.. tang mana nak cari game tu.. waktu tu masih lagi buta IT.. tak lah buta sangat sikit je..

so now.. tiba-tiba teringat pulak time cuti sekolah je sampai tak tidur malam duk hadap tv main game tu.. addicted sangat time tu.. tu yang datang idea nak main balik game tu.. that's why.. google punya google.. aku jumpa link game favorite tu.. terus download siap-siap..

so lets start :D

all we need is..
  1. the game itself
  2. the software to run the game
  3. a joystick (optional)
game ni ada banyak link boleh jumpa depending game apa yang korang cari.. kalau baru nak mula.. mungkin korang boleh tengok website ni.. dan ianya adalah dalam bentuk ISO..


depending on your ROMs.. apa host korang.. macam aku.. aku guna Sony Playstation.. untuk gamers yang lebih arif mungkin lebih faham apa tu ROMs yang lain-lain..

software tu kita panggil sebagai emulator.. software ni ada banyak jenis.. but yang paling top yang diusulkan daripada banyak-banyak forum yang dijumpai adalah ePSXe.. untuk game host PS1 lah.. mungkin boleh guna untuk game PS2, PS3 and lain-lain tapi better google ye.. aku rasa boleh.. aku pun tak tahu dan tak ambil tahu lagi setakat ni.. boleh dapat kat sini


version yang paling latest setakat ni adalah ePSXe v1.8.0.. nak guna yang lama punya pun tak pe.. terpulang

curi encik google

bila dah dah download zip file emulator ni.. just unzip sahaja.. buat configuration yang mudah.. just ikut apa yang direcommandkan kat situ and settle.. you're ready for the game kalau dah siap download game awal-awal haha.. 

but ini hanya terjadi pada 1st time aku buat kat laptop aku.. bila kat laptop abang aku ni.. eh.. banyak pulak songel dia.. tak boleh pulak.. dan ia disebabkan oleh entah kenapa zip file yang dah di download ni tak cukup packagenya.. aku ingatkan sebab graphic card dia lain.. tapi sangkaan aku meleset bila dia kata file yang pegang bios kat dalam folder bios tak ada. dan ini memang menguji kesabaran aku sebab aku dah tak sabar nak rasmikan joystick yang baru dibeli.. kalau ini terjadi.. masa configuration tu.. 1st thing dia nak ialah bios.. kalau tak ada.. korang boleh download sendiri file spch1001.bin tu sendiri.. ada banyak hostfile yang free tanpa register bagai.. boleh cari.. kat 4shared pun ada.. 


lepas tu save kat dalam folder bios kat folder ePSXe korang.. kalau tak ada masalah dah boleh main..

tapi untuk kes aku.. masalah kedua timbul bila dia asyik keluar "missing render texture" dan kemudian "no pixel format".. dan ini lah datangnya dari problem graphic card.. habis habisan aku google.. problem configuration video..


awalnya cuma ada Pete's OpenGL as recommended.. so guna setting tu je lah.. malas nak download.. bile dah naik terkeluar biji mata baca kat forum.. diorang kata suruh guna P.E.Op.S Soft punya setting.. aku pun try dan ianya menjadi!!! so plugin yang tu boleh cari dan download kat sini


download dan paste kat folder plugin k.. lepas tu settle.. boleh main dengan happy..

**joystick come into the picture**

untuk penghayatan game extra :p

setakat ni boleh main guna keyboard.. kalau nak main guna joystick, then another work to be done ye..

selepas install korang punya joystick punya driver.. biasanya disertakan dengan joystick yang dibeli dalam bentuk cd.. kalau tak ada boleh download sini dengan refer video ni


sebelum main.. kena setting dulu setiap button kat joystick tu.. mapkan satu-satu button tu untuk apa.. tapi yang ni default punya menggunakan keyboard.. untuk assign satu-satu.. klik kat kotak yang dikehendaki then tekan pada joystick korang. eg, klik button L2 (yang tunjuk E pada map aku), lepas tu kat controller, tekan button L2 tu.. buat untuk semua button sampai habis.. baru boleh main.. 


boleh refer video kat link ni kalau tak reti


dah siap!! so boleh start main kalau tak ada masalah..

tapi untuk beberapa ketika.. aku dah syok main.. tup tup.. ada button yang tak boleh guna.. like.. button segitiga tak function.. ahaiii dah penat aku main.. tak boleh bukak menu.. macam mana nak save.. dah burn je lah.. then mula lah bersilat cari nak buat macamana.. masalah aku.. mula-mula button hijau tulah.. lepas tu cuma cursor je boleh guna dengan start and select.. aii memang mintak maki sepanjang malam berangin denga benda ni.. ada yang kata guna F5, F6.. dia main pasal analog/digital.. yang ni aku tak faham sangat.. so dah sehabis baik search kan bagus kalau cari bahan thesis macam ni.. aku jumpa yang kata guna Xpadder..

so aku pun excited google bendalah tu.. korang google lah sendiri.. aku malas nak terang :p sebab dah malas nak fikir.. aku terus je download Xpadder ni.. ni link dia


lepas download.. unzip file berkenaan.. install.. tapi.. masalahnya.. Xpadder ni tak compatible dengan Window 7 and above.. XP, Vista dia compatible.. aiii.. masalah lagi.. so aku jumpa penyelesaiannya di sini


dah baca.. sila faham kan.. boleh download Aplication Compatibility Toolkit tu kat sini


cara nak setup boleh refer kat sini


settle semua.. kira dah siap lah.. untuk mula main.. run dulu Xpadder dan siap-siap masukkan usb controller korang.. so dia akan baca controller korang untuk function.. baru run ePSXe korang.. pastikan setting gamepad korang guna setting default.. yang guna keyboard tu.. then boleh mula main game dengan gembira..

till then.. itu sahaja daripada newbie gamers guna laptop :p goodluck kepada yang mencuba!! k bai!!

2 comments:

Unknown said...

saya tak berape paham laa , tolong ajar saye sampai paham boley tak ????

Unknown said...

Hi helo slm... De sape2 bole Share x cd ps2 bole main di ps1 punya game x? #baruberjinaktpketinggalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...