Saturday, March 24, 2012

Baru Nak Update Laa Hai

moshi moshi..
assalamulaikum.. ada orang tak??? senyap jer???

ehem!! dah lama yer tak update.. mesti bosankan bila bukak blog ni asyik nampak cerita Cameron je.. dah bajet famous pulak dahh.. sapu-sapu habuk sikit naaa.. hahaha.. 

memandangkan dah hampir lebih sebulan blog ni tak berupdate.. so logically, banyak lah benda yang dirasakan nak dibebelin.. walhal.. sebab takde idea lah sampai laa ni blog tak update-update.. tapi kan.. tak boleh nak salahkan diri sendiri jugak.. sebab ada time tu.. idea memang mencurah-curah ke ladang gandum tapi.. ehem.. banyak yer tapinya.. line pulak cam hampeh.. sakit hati jer..

btw.. tadi baru je settle test Biologi Sel.. now bangganya nak dihebohkan kat sini di mana.. 
AINI TAK STUDY YER TADI MALAM
fine.. "Ani.. kalau result hang teruk, padan muka hang.." aku dah boleh bayang yang si Nanad akan cakap macam tu.. ehh?? tiba-tiba hahaha

standard lah budak ada test esok hari, boleh lagi jalan-jalan membuang masa menyibuk join assignment orang lain.. tak sedar diri yang semua tu dah berlalu.. hahaha.. faham tak?? tak faham?? okay lah.. semua ni kes subjek SnT lah.. coursemate lain ambil time sem ni.. Aku, Liza and Nazri dah ambil sem lepas.. Liza terkenang-kenang sampai sekarang hahaha.. haaa dah faham??

so, semalam petang join lah projek si Nina, Nazirah, Jenol, and Faiz ke Tasik Titiwangsa.. sebelum aku terlupa, Happy Birthday ya Nazirah!!! ikutkan hati, nak je prankkan dia masuk dalam tasik tu.. kang tak kawan 1 sem pulak dengan aku.. so kuburkan jelah niat tu.. hahaha since tempat tu dekat dengan tempat si Nanad.. actually aku tak tahu pun.. and petang tu dia free sebab hari tu ada exam.. so kitorang pun decide jumpa sekali.. suka suka!!! 

Hang tahu tak yang aku rindu gila kat hang??? <-- sweet tak aku??? hahaha

layanlah sikit gambar berangan yang dicaptured oleh tangan yang kero (aku lah tu)
us :DD
Liza memang hyper hahaha
tu je lah yang ok.. yang lain semua kat kamera si Nanad.. tapi.. tau-tau je lah entah bila gambar-gambar tu nak sampai kat tangan aku.. hahaha

dekat 6.45 petang baru gerak balik ke UM.. sampai UM pukul 7 lebih.. hantar Jenol dulu coz dia tak sihat.. then terus pergi makan.. end up sampai bilik dekat pukul 10.. lepas settle apa-apa yang patut, terus tidur.. tak sedar diri lagi esok ada test.. 

Time ni aku positif thinking tau.. "tidur kejap jeee.. buat hilang panas kat mata.." walhal.. bila buka mata.. pukul 1.. baca note balik.. then.. ehh, pukul 3?? seterusnya pukul 5.. apa pun tak boleh -_-" dah la tadi malam, panas nya mak aii.. rasa macam nak tidur dalam freezer je kalau boleh.. katil pun dah banjir dek peluh.. bangun je muka tensi hahaha

aku dah rupa buat jalan cerita semalam pulak hahaha.. dah dah.. cut it off..

nak cerita kisah hidup sem 2 ni pulak..

tang result sem lepas, ok la.. dah nak masuk dekan la kalau universiti selain universiti aku nih.. aku takde lah pandai sangat boleh dapat 4 rata.. kalau dapat 4 rata memang aku buat kenduri jemput 1 kampung makan.. 

cerita tentang jadual.. telah sedia maklum yang semua kelas bermula pada pukul 9.. dan hari yang paling tidak disukai adalah hari Isnin.. kelas packed pukul 9 sampai 6 petang okay.. ada lar gap 2 jam tengah hari.. tapi yang heavennya, hari Jumaat takde kelas ya.. sila lah jealous :P

for now.. assignment dah beratur.. Geografi Fizikal, TITAS, HE, BI dan KKM (yang ni sampai tajuk pun dah lupa).. yang group lain.. yang individunya lain.. kusut kepala.. tu belum campur projek kolej yang perlukan tajaan ribu-riban.. mana nak cekau duit nokks???

sampai sini jer lah membebel.. nak siap-siap untuk hangout dengan Nanad ke Kinokuniya.. semalam tak habis lepas rindu.. dush dush dush hahaha kalau kenal tu tegur-tegur lah.. bajet famous lagi, kena hentuk kepala kat dinding -_-"

till then.. papai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...