Friday, January 20, 2012

Balik Sudah :DD

Assalamualaikum...

yeay!!! habis periksa!!! yeay!!! hooyeah!! 

budak takde kerja main webcam
tinggal sorang-sorang dah ni.. bilik dah siap kemas.. masa untuk keluar!!!

sehingga kita ketemu lagi yer bilikku di bulan hadapan... bye bye

Penamat Semester 1 di Tahun 1

Assalamualaikum semuaaaa...

wewewewe.. okay.. mood aku hari sangat lah waaahhhh... okay.. aku tak tahu lah kenapa macam bahagia semacam jeeerrrr even aku macam tak study sebab semalam pun aku baru baik mual-mual.. dan dari pagi tadi pun.. aku tak study except petang lah study sama-sama dengan Liza.. so bajet semua yang telah distudy petang tadi diserap sepenuhnya.. harap-harap lah

currently semua bas kat UM ni aku dah rasa.. hahhaha gedik jer kepoh macam tuh.. by the way.. esok last paper.. dan... aku dah tak tahu nak study apa.. and untuk teori aku langsung tak ingat apa.. lagipun siang tadi aku baca 2 page terus membuta +_+

tapi takpe.. backup plan.. mudah mudahan esok keluar soalan kira-kira senang lar nak bantai.. aku dah semangat nih nak main kaler aku yang 48 batang tuh hehehehe.. lagipun.. bukan aku sorang jer okayyy


bukti
dah macam budak tadika pergi exam pendidikan seni pulak.. okay, aku dah terpikir semua pandang select kat aku bawak kaler yang... hehehehe.. banyakkk... Liza geram jer tengok kaler aku tuu hehehehe

esok akan check out.. 1st time nak check out nih.. macam tak tahu jer procedurenya.. hehehehe.. alaaa.. dulu tak check out sebab MC kannnn... paham jer laaa... rasa macam sedih jer nak tinggalkan UM ni.. poooraaahhh hehehehe.. sayu je hati bila sem 1 dah habis.. tu jer motifnya... sunyi jer jer kat blok.. tu yang macam boleh feeling-feeling tuh.. hehehehe

dan journey seterusnya???

jeng jeng jeng

hehehee.. akan aku story mory next time.. sekarang ni sepatutnya aku dah tidur setelah bilik ni dah sangatlah dull rupanya.. bosan jer tengok.. almaklum lah.. kolej aku kena kosongkan bilik sebab akan ada orang guna or sewa.. tu lah ceritanya..

aku harap esok dapat jawap dengan tenang tanpa gangguan sakit kepala and rasa mual-mual tuh.. belum pulih sepenuhnya.. takut jammed pulak... doa yang terbaik.. semoga Allah permudahkan segalanya.. amin

so.. kepada semua rakan-rakan..

SELAMAT MERDEKA PADA HARI ESOK!!!

and

SELAMAT BERCUTI!!!

yes!!! paper last!!! paper last!!!

till then.. tamatlah Semester 1 di Tahun 1 di Universiti Malaya.. bye~

Friday, January 13, 2012

Subject List #2

assalamualaikum..

apa khabar korang semua?? sihat-sihat hendaknya yah.. kena tanya dulu nih.. sebabnya.. aini sekarang ni tengah dilema nak pilih subject untuk sem depan.. so.. seperti biasa aku rasa nak tepek kat sini supaya korang-korang pun dapat merasakan apa yang aku rasakan.. hahahahah aini yang dengki.. actually kalau korang perasan.. post kali ini adalah susulan daripada post yang lalu... klik SINI kalau nak baca :D tapi tak perlu risau sebab post kali ni tidak terlalu panjang +membosankan seperti yang lepas tu okay..

-----------------

course dari Institute Sains Biology ISB

Terdapat berbagai jenis penyelidikan yang dijalankan di ISB. Antaranya ialah biodiversiti dan pemuliharaan tumbuhan; bioteknologi dan perkembangan tumbuhan; ekologi tumbuhan dan alam sekitar; genetik dan pembiak-bakaan haiwan dan tumbuhan; genetik biokimia dan manusia; sitogenetik tumbuhan dan haiwan; imunologi dan sains biokesihatan; bioasei; kajian kanser; kejuruteraan genetik dan teknik rekombinan DNA; virologi haiwan dan tumbuhan; bakteriologi; mikrobiologi perindustrian dan makanan; mikrobiologi alam sekitar; mikrobiologi perubatan; bioteknologi haiwan; neurobiologi; biosistematik; entomologi gunaan; pengurusan haiwan perosak; pengurusan sumber-sumber air tawar dan masin; toksikologi gunaan.

*note : yang guna ratio sebelah tajuk adalah (continuous assessement : final exam)

SHES 1200 PROSES KEHIDUPAN 40:60
Kursus ini membincangkan asas kimia kandungan sel pada peringkat atom, molekul dan makromolekul dari segi struktur dan peranannya di dalam sel. Enzim: fungsi katalis, jenis dan pengawalan keaktifan enzim. Biologi membran dan peranannya dalam proses pengangkutan diperkenalkan. Konsep tenaga dan hukum termodinamik dijelaskan. Fotosintesis memerangkap tenaga suria dan mengubah tenaga itu kepada tenaga kimia yang disimpan sebagai karbohidrat, protein dan lipid. Proses pengoksidaan anaerobik dan aerobik. Tumbesaran dan perkembangan sesuatu organisma merupakan hasil proses kehidupan. Kursus ini mengakhiri dengan perbincangan beberapa aspek tumbesaran dan perkembangan tumbuhan dan haiwan seperti morfogenesis, metamorfosis dan dormansi.

Rujukan:
1. Brooker, R.J., Widmaier, E.P., Graham, L.E. & Stiling,P.E. (2010). Biology. 2nd ed. McGraw-Hill: New York.
2. Garrett, R.H. & Grisham, C.M. (2001). Principles of Biochemistry with a Human Focus. Brooks Cole.
3. Rost, T.L., Barbour, M.G., Stocking, C.R. & Murphy, T.M. (2006). Plant Biology. 2nd ed. Brooks Cole.

SHES 1201 BIOLOGI SEL 50:50
Kursus ini akan membincangkan struktur dan fungsi asas organel dan juga proses yang melibatkan mitosis dan meiosis. Ini akan diikuti dengan kefahaman tentang asas perwarisan mengikut hukum-hukum Mendel dan perhubungan diantara meiosis dan Teori Perwarisan Kromosom. Akhirnya, kursus ini akan membincangkan mengenai aspek asas genetik molekul iaitu struktur asas molekul DNA dan RNA, replikasi, transkripsi dan translasi. Kefahaman asas teknologi rekombinan DNA yang melibatkan pengenalan kepada enzim restriksi serta vektor-vektor pengklonan juga akan dibincangkan.

Rujukan:
1. Becker, W., Kleinsmith, L. & Hardin, J. (2006). The World of the Cell. 6th ed. Pearson Education.
2. Brooker, R.J., Widmaier, E.P., Graham, L.E. & Stiling,P.E.(2008). Biology. McGraw-Hill..
3. Snustad, D.P. & Simmons, M.J. (2009). Principles of Genetics. 5th ed. John Wiley.

SHES 1202 BIOLOGI ORGANISMA 40:60
Ciri organisma hidup; pengkelasan berdasarkan evolusi, morfologi dan biologi molekul; penamaan organisma berdasarkan sistem binomial ; huraian terperinci taxa penting daripada virus, bakteria, alga, kulat, lumut, paku-pakis, gimnosperma, angiosperma kepada haiwan invertebrata dan vertebrata; sumbangan ekonomi pelabagai kumpulan organisma; adaptasi, kitar hidup dan hubung-kait antara organisma.

Rujukan:
1. Reece, J.B., Urry, L.A., Cain, M.L., Wasserman, S.A., Minorsky, P.V. & Jackson, R.B. (2010). Campbell Biology. 9th ed. Benjamin Cummings.
2. Russell, P.J., Hertz, P.E. & McMillan, B. (2011). Biology: The Dynamic Science. 2nd ed. Brooks/Cole Cengage Learning.
3. Solomon, E., Berg, L. & Martin, D.W. (2011). Biology. 9th ed. Brooks/Cole Cengage Learning.

SHES 1203 BIOLOGI POPULASI 40:60
Pelajar mempelajari pelbagai aspek dalam sesuatu populasi samada populasi tumbuhan, haiwan dan manusia. Pelajar juga didedahkan kepada fenomena alam sekitar seperti hujan asid, pemanasan global yang memberi kesan kepada populasi dan ekosistem. Asas genetik dalam populasi, ciri populasi, pertumbuhan dan interaksi dalam populasi. Perkembangan populasi manusia memberi kesan terhadap pengeluaran makanan, pencemaran alam sekitar dan pemulihan ekosistem.

Rujukan:
1. Brooker, J.R., Widmaier, E.P., Graham, L.E. & Stiling,P.E.(2008). Biology. McGraw-Hill.
2. Miller, G.T. (2006). Environmental Science: Working with the Earth. 11th ed. Thomson Brooks/Cole.
3. Solomon, E., Berg, L. & Martin, D.W. (2011). Biology. 9th ed. Brooks/Cole Cengage Learning.

SHES 1270 AMALI BIOLOGI 100%
Amali Biologi berkaitan dengan kursus-kursus teori Biologi yang lain. Oleh itu, kandungan kursus ini dibahagikan kepada amali-amali yang berkait dengan kursus Biologi Tahap Satu iaitu Proses Kehidupan, Biologi Sel, Biologi Organisma dan Biologi Populasi. Pelajar akan mempelajari secara amali beberapa prinsip penting yang telah dipelajari di dalam kursus-kursus tersebut. Oleh itu, kursus ini mengandungi amali di dalam bidang biologi sel, mikrobiologi, diversiti haiwan, diversiti tumbuhan, biokimia dan ekologi. Pelajar juga akan mempelajari pelbagai teknik dalam penyelidikan biologi.

Rujukan:
1. Raven, P.H., Johnson, G.B., Losos, J. & Singer, S. (2005). Biology. 7th ed. McGraw-Hill.
2. Reece, J.B., Urry, L.A., Cain, M.L., Wasserman, S.A., Minorsky, P.V. & Jackson, R.B. (2010). Campbell Biology. 9th ed. Benjamin Cummings.
3. Solomon, E., Berg, L. & Martin, D.W. (2011). Biology. 9th ed. Brooks/Cole Cengage Learning.

course dari Jabatan Geologi

SGES1201 PENGENALAN KEPADA BUMI 40:60
Asal usul dan struktur planet bumi. Mineral dan batuan. Kitaran batuan dan masa geologi. Tektonik keping sebagai daya pembentukan gempabumi, volkanisma, banjaran gunung dan hanyutan benua.

Rujukan:
1. Skinner, Brian, Porter, Stephen and Park, Jeffrey, 2004. Dynamic Earth: An Introduction
to Physical Geology, 5th Edition. John Wiley & Sons, Inc.
2. Hamblin, N.K. (1992): Earth’s Dynamic Systems (6th Ed.). MacMillan Publishing Co., New York. 647p.
3. Skinner, Porter dan Botkin, 1999. The Blue Planet – An introduction to Earth System Science (2nd Edition), John Wiley & Sons Inc. 552p.
4. Lutgens, F.K. & Tarbuck, E.J. 2006. Essentials of Geology (9th edition).Pearson Prentice Hall.486pp

SGES1202 PROSES-PROSES PERMUKAAN BUMI 40:60
Proses-proses yang mengubah permukaan bumi. Perluluhawaan. Agen-agen dan mekanisma hakisan dan pemendapan.Proses-proses sedimentologi. Prinsip-prinsip stratigrafi.

Rujukan:
1. Hamblin, N.K. (1992) Earth’s Dynamic Systems (6th Ed.). MacMilan Publishing Co., New York, 647 p.
2. Cotillon, P. (1992): Stratigraphy. Springer-Verlag, Berlin.
3. Leeder, M. (1992): Sedimentology – Process and Product. G. Allen & Unwin, London.
4. Hallam, A. (1981): Facies Interpretation and the Stratigraphic Record. W.H. Freeman & Co., London.

SGES1271 STRUKTUR DAN PETA GEOLOGI (TEORI & AMALI) 40:60
Keadaan dan morfologi struktur-struktur geologi. Sesar, retakan, lipatan, foliasi lineasi, fabrik dan badan-badan igneus - penerangan, pengkelasan dan kelihatan atas peta-peta geologi. Unjuran peta, skala dan simbol. Analisis peta-peta topografi dan geologi. Pembinaan kerataan rentas dan penafsiran sejarah geologi. Satu kerjalapangan dimestikan kepada pelajar yang mengambil kursus ini.

Rujukan:
1. Bennison, G.M. (1975): An Introduction to Geological Structures and Maps. (3rd Ed. - Metric), Edward Arnold, London, 64p.
2. Thomas, J.A.G. (1986): An Introduction to Geological Maps. Thomas Murphy and Co., London. 64p.
3. Tjia, H.D. (1984): Latihan Peta Geologi. (Edisi Kedua). Penerbitan Univ. Kebangsaan Malaysia, Bangi. 135 p.

SGES1274 MINERALOGI ASAS (TEORI & AMALI) 40:60
Bahagian pertama kursus memperkenalkan mikroskop petrografi, and ciri-ciri optic untuk mengenalpasti mineral. Bahagian kedua mendedahkan konsep-konsep yang digunakan dalam kristalografi, dan sebahagian kimia di dalam kristalografi. Serentak dengan ini, pelajar didedahkan kepada minerals di dalam batuan secara sistematik, belajar mengenali menggunakan mikroskop dan teks rujukan.

Rujukan:
1. Deer, W.A. Howie, R.A. and Zussman, J. (1971): An Introduction to the Rock Forming Minerals. Longman, London.
2. Kerr, F.K. (1959): Optical Mineralogy. McGraw-Hill, N. York.
3. Moorhouse, W.W. (1959): The Study of Rocks in Thin Section. Harper and Row Publications, New York.

SGES1275 ASAS MINERAL, BATUAN DAN FOSIL (AMALI) 40:60
Pengenalan kepada kajian mineral, batuan dan fosil dengan mengkaji contoh-contoh tangan di makmal. Kegunaan sifat-sifat utama seperti tabiat, sistem kristal, kekerasan, kilatan, warna, kelutsinaran, ira, retakan, coretan dan ketumpatan bandingan untuk mengenalpastikan mineral-mineral. Kegunaan kandungan mineral, tekstur, saiz butiran, fabrik dan lain-lain ciri untuk mengenalpastikan batuan igneus, sedimen dan metamorf. Pengenalan kepada kumpulan-kumpulan fosil invertebrat utama dan kegunaan mereka untuk meramalkan usia geologi.

Rujukan:
1. Hamilton, W.R., Wolley, A.R. and Bishop, A.C. (1992): The Hamlyn Guide to Minerals, Rocks and Fossils. 320p.
2. Kearey, P. (1996): The new Penguin dictionary of geology. 384p.
3. Simon & Schuster (1986): Guide to rock and minerals. 607p.

----the end----

semua di atas merupakan subjek yang wajib diambil oleh student under jabatan-jabatan yang telah diBOLDkan.. tapi untuk kami-kami nih.. aku jugak lah tuh.. ianya masuk dalam subjek luar jabatan.. am i??? sebab.. aku kan Jabatan Geografi.. hmm.. macam tu lah ceritanya...

so berdasarkan post aku yang lalu (klik SINI), the 1st 4 subject tuh wajib untuk 1st year okay.. 2 untuk sem 1 and 2 lagi untuk sem 2.. dilemma yang aku dok canangkan dari tadi tu.. hmm. aku nak pilih yang mana nihhh... gggrrr... aku rasa macam nak ambil subject Bio.. tapi.. take a look at this..

perbualan kat Fb lah..
based on jadual.. yang cun dengan kekosongan jadual cumanya Biology Cell.. tapi aku ada 2 pilihan la either nak ambil Mineralogi Asas or Biology Sel nih.. kalau amik bio, dah fit dengan jadual tanpa diubah lagi.. tapi kalau ambil Mineralogi.. maybe akan clash dengan kelas lain pada sebelah petang.. kalau nak buat gila.. aku amek je dua-dua HAHAHAHAHA!!!! okay.. tu memang gila.. kang tak tentu arah hidup aku sem depan -_-" 

tapi.. okay.. banyak sangat tapi kau tu Aini!! kalau amik bio takut aku macam tak berapa nak bagus dalam bab-bab organelle tu.. kalau amik mineralogi pulak.. macam lah aku terror sangat dalam bab-bab kimia nih.. okay.. tu je dilemma aku.. segan aku nak tulis lebih-lebih.. 

so bubye!

Wednesday, January 11, 2012

Kini Berwajah Baru :)

hello guys..

see the difference??? i bet this blog looks more colorful.. more cheerful and a bit gugurl.. but most important thing.. the date is shown!!! one of my friend pun komplain pasal hal ni.. walhal aku pun pening dengan template tersebut aku dah setting date dia suruh keluar okay.. not my fault.. marah template tu :P makanya, ku sangat bertekad untuk merenovate blog ini hehehehe

dah lama aku rasa nak renovate blog nih.. sejak beberapa minggu sebelum study week lagi.. bosan jer rasanya asyik nampak burung-burung kecik kat background tuh.. so hari ni blog ni bernafas baru dengan beberapa penambahbaikan kualiti supaya mata aku tak bosan. tu pun sebab entah kenapa mood aku boleh pulak dok sibuk mengedit gambar tapi study nya tidak pun..

so.. untuk decoration kali ini.. eh eh.. dah macam deko rumah pulak.. aku tak gunakan mana-mana template yang perlu di download daripada mana-mana yang design template macam yang before-before ni.. sebabnya aku nak letak header muka aku *muntah tak reti.. bukan tak reti.. nanti tak jadi.. kang keluar separuh je la, nampak sipi jer la, tersorok kat belakang post lah, besar sangat lah.. okay.. banyak problem kan.. aku bukannya reti nak tukar-tukar coding.. so aku tak mahu hasil aku bersengkang mata tak dapat jadi tontonan ramai *bluueeekkkk that's why aku ambil keputusan drastik untuk guna template yang blogger sediakan jer..

ehem!! sebenarnya dah lama aku design, tapi nak renovate blog ini aku takut.. sebab.. yelah.. kalau kamu-kamu tahu tentang konflik yang melanda student UM pada hujung tahun lepas.. aku tak sanggup menanggung risiko dengan line macam sipuuutttt masa tu lah.. sekarang dah ok.. no worries kalau nak tiap-tiap hari tukar template pun bolehhhh hehehehe

template yang dulu yer..
setelah didecorate...

terpampanglah header yang agak besar gedabak tuh..
berbalik kepada cerita asal, selain header, aku dah buat sendiri watermark baru yang sangat lah simple sampai aku rasa budak tadika pun reti buat.. tapi takpe.. at least ianya hasil titik peluh aku.. fuhhh kesat peluh sat.. tadi dok google-google background cantik, tak sangka pulak matching dengan header... hehehehe aku suka aku suka!! ingatkan nak buat header baru.. nak tukar gambar lain.. tapi memandangkan ianya dah match dengan background.. aku gunakan jer apa yang ada..

ni watermark zaman jahiliah

setelah memikirkan design dalam beberapa detik.. tercetus lah watermark ala-ala kerja budak tadika ni...
kan dah kata.. macam kerja budak tadika
dekat sidebar pun aku dah berani nak tepek-tepek gambar aku yang mengarut entah pape tuh.. dari mana dapat keberanian tu pun aku tak tahu.. by the way.. aku tak nak lah letak banyak-banyak bendalah yang akan meloadingkan blog ni coz aku pun rasa nak menyumpah jugak kalau loading lama gila nak nak yang guna berukband macam my best buddy tu.. dia selalu gila membebel pasal berukband dia.. eh.. tetiba masuk berukband pulak -_-" tapi ada bukti okay!! tak caya tengok SINI hehehehe 

till then.. adios~

Saturday, January 7, 2012

Exam & Freedom

hew hew hew..

Its saturday dude.. means that Friday already past.. so.. it's FREEDOMMMMM!!!! huahahahahaha

sorry guys.. terseronok sampai sibuk speaking dengan grammar yang terabur.. tak malu betul perempuan ini  -_-"

okay.. korang tahu kan yang exam semalam adalah paper-paper killer.. pagi paper Malaysia Dalam Dunia Berubah and petang pulak Geostatics.. actually aku pun confused dengan tittle dia.. either Geostatics or Geostatistics.. coz time exam dia tulis Geostatics.. kat portal dia tulis Geostatistics.. a bit confusing right??
see?? i'm not lying.. it's totally FREEDOM :DD
habis jer paper-paper ni rasa macam dah habis for all exam.. kagum tak??? means that.. paper-paper ini mamberi effect yang sangat besar for my life.. so now.. meh aku cerita pengalaman pertama menjalani exam peringkat universiti.. nerveous ok.. orang lain dah masuk dewan tu dua tiga kali.. aku??? dah nak abis minggu exam minggu pertama lah :P baru merasa masuk dewan.. well said.. its totally different than exams during school and matrics' time
tak sempat nak snap.. curik kat group FB hehehehe
well.. the hall is some kind looks like this.. cuma ni dewan nombor berapa entah.. aku tak tahu.. dewan aku.. eh eh.. bila masa Aini ada dewan?? joking.. aku kat dewan 2 rupa lantai dia bukan macam ini ya.. normal hall.. yang ni nampak sangat court untuk game.. tapi besar dia sama kottt.. di Bangunan Peperiksaan baru.. seram gila masa mula-mula masuk.. lepas tu lagi cuak nak cari tempat.. okay.. part ni memang menunjukkan aku di mana memang aku JAKUN dengan dewan tu.. sebab.. kita boleh SUKA HATI pilih tempat duduk.. tapi dia dah tetapkan lah dari meja mana sampai meja mana.. tu memang 1st time tahu.. it's university life.. what can I say...

kalau korang baca entry-entry sebelum ni.. mesti korang tahu how worried am I about these two papers.. tapi asyik study paper petang jer masa study week.. well i'm not too good on it.. so must put some effort on it.. masalahnya effort sampai terlebih-lebih hingga melupakan paper pagi yang sepatutnya telah study lebih awal.. so malam last tu aku study lah.. eh.. tak.. baca untuk buat esei yang panjang lebar untuk paper pagi.. aku dah bajet pukul 3 adalah paling lambat time untuk tidur sebab i've learned lesson time final paper math kat matrik dulu tidur lambat esok pagi otak jammed time exam -_-"..

so here's the story.. my roommate whose a very... err.. we shall call it studiholic instead of workaholic.. kalau studaholic macam tak sedap je bunyinya... hahahhaha suka hati aku je buat word baru.. dia kalau study mesti minum Nescafe.. so malam tu entah kenapa aku pun termenggatal nak minum caffeine.. tapi aku minum Pearl Cafe sebab aku tak suka Nescafe.. so.. because of that.. i CAN'T SLEEP for the rest of that night! biasanya boleh jer tidoo.. >.<

guling sana.. guling sini..dah pukul 4.. takpe.. boleh lagi tidur 2 jam.. guling dan guling lagi.. dah pukul 5.. damn! tak boleh jadi nih.. aku pun call lah my best buddy pagi tuh.. dengan harapan supaya dia tak angkat.. rupanya dia terbangun jugak..

Aini : Nadia.. tak leh tidoooooo.. dah pukul ..... (aku lupa dah)
Nadia : Hang dok pikir sangat pasal exam tuuu.. tu yang tak leh tidooo...
Aini : Alaaa.. abis tu nak buat macamana niiiii....
Nadia : Hang gi lah baca notes sana.. daripada hang dok guling-guling takda wat pa.. kang esok tak leh jawap lak..
Aini : eh.. tak leh tak leh.. kena tido jugak.. kang jadi macam tahun lepas.. otak jammed.. tak mau tak mau..

lebih kurang macam tu lah dialog nya.. end up kata nak tido jugak no matter what happen.. last-last bangun.. bukak lampu study.. amik note.. baca sambil baring dengan harapan mata boleh mengantuk dan terus tidoooo.... hampir berkesan.. kalau baca note tulisan komputer lah.. tapi bila tiba tulisan aku yang cantik banyak sangat arrow.. terang balik mata aku.. dah sampai 5.30 a.m pun tak boleh tido lagi.. sampai alarm roomate aku matikan masa pukul 5.30 a.m tu.. nasib baik dia tido mati.. sorry >.< last-last lepas tu baru dapat lelap.. sedar 6.30 a.m.. ingat nak snooze sampai 6.45 a.m.. ah.. bangun je ah.. lambat pulak nanti kang.. nak revision sikit pun tak sempat nanti.. mandi dalam keadaan sakit hati.. hhmmpphh

sampai kat hall pukul 8.10 a.m..  aku, Liza, Nina and nazirah pergi naik kereta roomate Nazirah.. dia tolong hantarkan.. kalau tak boleh jer naik bas UM.. jammed gila jalan pagi tu.. almaklumlah.. jalan kat UM tu agak awam lah jugak sebab macam-macam orang luar aku nampak.. maybe sebab boleh jadi shortcut agaknya..

habis jer paper yang mana esei aku takdelah panjang sangat.. kitorang balik naik bas.. hoyeah!! kali ketiga naik bas UM.. 1st masa fieldwork kat Batu Caves and 2nd masa wakil kolej pergi Dataran Merdeka.. naik double decker VIP seyh!!! 1st time naik double decker tuh.. dan inilah yang kali ketiga.. naik bas yang kontot+cute pulak.. wewewewe

lepas makan, balik terus tido.. even mata tak mengantuk.. kena jugak tido.. dapat lah jugak tido dalam 1 jam walaupun senang tersedar.. aku rasa kesan caffeine tu kuat lagi.. lantak lah Geostat petang tu.. dah banyak sangat study sampai aku dah malas nak bukak lagi.. eh eh.. bukan.. untung-untung masa exam boleh ingat.. semua tu ketentuan Allah.. doa je lah banyak-banyak.. dan alhamdulillah.. walaupun tak ingat semua.. adalah jugak point yang boleh nak digorengkan.. semua tu kuasa Allah.. result berapa tu aku tak kisah.. asalkan lulus tu dah cukup buat aku.. aku tak nak repeat!!!!

habis jer paper pukul 5 tuh.. what a FREEDOMMM!!!! hoyeah!!! lepas beli tiket aku nak balik rumah esok.. aku terus call best buddy yang mana banyak gila bagi semangat time aku down.. thanks Nadia ^_^.. so aku pun bagi tahu lah yang aku beli tiket esok pukul 8 malam.. coz kitorang nak pergi somewhere-only-we-knows to go.. then tetiba masuk cerita aku call dia pagi tadi tuh.. dia boleh cakap..

"ku tengok call history.. pagi tadi ada call eah.. sorry ku tido tak sedar.."

aku pun hape lagi.. gelak punya lah dahsyat yang rupanya aku bercakap dengan orang yang tengah bermimpi pagi tadi.. then aku pun cerita balik a bit nasihat yang dia boleh bagi time mamai-mamai tu.. awal-awal call je dia sedar.. bila sampai tengah-tengah dah tak sedar rupanya.. alkisah~

petang tu Fara yang jugak my best buddy call coz birthday dia ya semalam.. HAPPY BIRTHADAY YE FARA!!! tengah hari ada jugak ada jugak dia call.. tapi aku jawap mamai lah.. macam nak tak nak je jawap.. dia pun terkejut bila aku cakap "petang nanti ada paper jugak lagi".. mana taknya.. roomate aku pun ingat aku study.. rupanya... membuta.. hehehe sorry yah.. tapi petang tu gayut lama jugak lah sampai ada something not-to-be-told berlaku.. malam tu aku terus semangat menyimpan semua nota-nota Malaysia Berubah dengan Geostat.. tapiii...

yang bawah tu lah birthday girl ya!! Fara..
yang atas tu yang budak mamai.. Nadia
yang tengah tu kalau tak tahu aku sekel kang :P
aku check student portal.. check timing untuk jadual sem 2 nanti.. and a very "GOOD" news guys.. my life will didn't get any better because it's gonna be so busy next semester..with a lot of collage project.. 2 je pun.. with credit hours to catch up sebab semester ni tak cukup.. well baru masuk.. mana nak tahu.. kelas start pukul 9 pagi kesemuanya.. habis pukul berapa tu tak tahu lagi.. unlike this semester yang aku rasa macam honeymoon.. kelas aku start pukul 11 a.m and 1 p.m.. paling cepat pun pukul 9 tapi tu pun hari Jumaat je.. hew hew hew.. tak jumpa lagi dah time-time macam nih.. by the way.. tak de lah aku asyik bangun lambat je.. eh.. kantoi..

so.. moral of the day is..
1) kat university boleh pilih tempat duduk
2) jangan minum caffeine pada malam exam
3) kena rajin bersihkan bilik even sesibuk mana pun (sebab aku dah batuk-batuk+bersin=demam sikit memanjang kat dalam bilik.. abang aku boleh pulak cakap kena URI.. sobsobs tak tahu?? meh klik SINI..)

thats all.. bye~

Sunday, January 1, 2012

2.0.1.2

hi guys..


saat ini.. dah masuk tahun 2012.. ramai yang ucap selamat tahun baru.. mesej segala bagai.. dah macam besday pulak.. so from me..

Selamat Berhijrah ke Tahun 2012 masihi
selamat tinggal 2011..


ok.. bagi mereka-mereka yang lahir pada tahun 1992.. errr.. termasuk aku lah.. semuanya bagaikan trauma nak tukar angka 1 kepada 2.. aku rasa angka 2 nak tukar ke 3 pun felt the same way.. well.. teenagers nak masuk ke adult.. huhuhuhu.. tua dahhh.. ajal pun makin dekat...

tapi tang umur tu aku tak kisah sangat lah.. sebab apa.. ehem! sebab besday aku bulan 10.. OKTOBER ok.. walaupun luar orang kata 20.. dalam masih remaja maaa.. I'm still 19.. logik la.. kalau bundar sekali pun.. still akan pick yang 19 tahun.. aku baru 2 bulan merasa umur 19 nih.. hahahhaha aini bajet muda pulak

so boleh kan kalau aku tukar kepada

SELAMAT DATANG ALAM 20-an
selamat tinggal belasan tahun

sob sob >.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...