Monday, December 31, 2012

End of 2012 Teaser

assalamualaikum

petang tadi aku kata batch buat photoshoot kan.. so here's the teaser.. yang tak ada kena mengena pun dengan batch. haha!!

memandangkan kamera bukan aku punya, teaser jer lah yang mampu nak tayang. yang ni dari kamera aku. nanti kalau dah dapat copy yang lain baru aku tayang kat sini ok.

taken by.... next time aku bagi tahu haha only using semi pro digital kamera. aku tak mampu lagi nak beli DSLR.


apa yang dapat disimpulkan berdasarkan gambar di atas. who are they?? what is exactly happening?? am I related to this photo?? haaa, nanti aku jawap time bila dah dapat copy semua gambar hooo. tu pun kalau rajin lah

till the next post, bai bai

Examination Week #1 - End of 2012

assalamualaikum..

hari ni dah 31/12. ianya mungkin last post untuk tahun 2012 ni. mana lah tahu kot nanti malam aku rajin nak mencecet lagi. which is today is the beginning of examination week walaupun tak official. sebab dah hari isnin kan, consider minggu yang sama jugak lah. haha

so now, aku ditemani secawan kopi, semangkuk maggi (ngidam dah) dan sebungkus Nips Jack'nJill yang tadi malam makan tak habis. rasanya masih lagi rangup (eh, betul ke perkataan ni?) walaupun tak ikat bungkusan dia. malam nanti nak beli lagi ahaha

niat aku sekarang ni nak baca nota APK, 1st paper hari Jumaat ni. baru nak baca -,-" tapi terbantut rasa nak mencecet tapi tak tahu apa nak dicecetkan. aha!! simptom orang dah tak betul >_<

rasanya tak ada input berfeadah yang nak aku kongsikan kat sini. kejap lagi pun ada sesi photoshoot dengan batch before habis 2012 ni. kalu rajin aku upload gambar tu haha

sebelum tu meh tunjuk sikit makanan tak sihat ni

k bai :p

Thursday, December 27, 2012

Study Week #2

assalamualaikum

hari ni aku perlu bertaubat. sekarang jugak. 

AINI, WAKE UP!!!

sebab apa, sebab semalam berlalu tanpa buat sebarang revision dan sekarang ni kununnya.. 

MENYESAL!!!!

then mula lar malam tadi sebelum tidur, mengingat balik apa yang dah belajar. cuba-cuba ingat. bangun-bangun tidur pun cuba recap. lepas tu baru perasan lagi. 

BANYAK LAGI TAK BACA WEI!!!!!
dah la semalam my niece main lappy sampai satu hari suntuk. dah malam suruh tidur baru boleh lepas. sampai-sampai kat tangan aku, windows jadi not genuine pulak. dah hilang masa dok mengenuinekan balik windows sepanjang malam. entah apa benda yang budak tu tekan aku pun tak tahu. 

haaa, ketaq tak ketaq???
 btw, nasib baik masalah tu dah settle.

so hari ni aku dengan penuh harapan dan berharap, otak aku mampu stay focus sampai next week starting hari ini. yeah!!! chaiyok!!!!

nasib tak jadi macam ni
so now, aku confused sama ada nak balik UM awal or lambat sikit. ala, bezanya hari sabtu or ahad je.

till then. bai bai

Tuesday, December 25, 2012

Study Week #1

bismillahirrahmanirrahim

aku dengan harapan yang penuh supaya dapat study hari ni walaupun.. erm.. at least half daripada subjek yang dibaca. baca-baca tapi tak da mood.

hai yaaa.. mood study.. datang lah dikau kepada ku.. ku seru kau wahai mood study..~
 
 kes dia lebih kurang macam ni lahh, cuma bezanya aku bukak new tab lah haha 

tab apa? blogspot lah, twitter lah, tumblr lah, myum lah, spectrum lah.. erm, pirate bay lah.. okay dah mengarut..

yang lebih memelikkan aku.. aku dah confused ni nak study guna laptop or guna buku. okay, tu dah melampau

k bai

Monday, December 24, 2012

Final Exam Fever

assalamualaikum

ok guys, aku dah bermastautin kat rumah ni for about 3 days already but still not doing revision. got that? how stubborn I am. then baru sekejap ni tadi jari aku gatal nak tengok jadual exam. I mean, the time exactly. aku tak lah sekejam itu sampai paper apa yang mula dulu pun tak tahu. okay?

by doing so, aku terkejut lah kejap sebab paper last memang betul-betul paper last keseluruhan exam!!! 


kau orang tengok lah sendiri. exam start 2/1/13. so still okay lagi la sebab aku start 4/1/13. itu pun sebab paper tu paper universiti. kemudian next weeknya paper wajib, elektif dan pilihan semua sekali harung dalam masa dua minggu yang totalnya 6 paper.

dah la mati-mati aku ingat paper last tu pukul 11.30 pagi punya. cis!!! tertipu untuk beberapa bulan.

so now, I'd probably start studying. good luck to me. see yaa

Saturday, November 17, 2012

Cerita Cuti Mid Sem Aku

Moshi moshi!!!

untuk pertama kalinya cuti aku dihabiskan bukan di rumah sendiri, tetapi di rumah roomate tersayang.. kisahnya aku dah bagitahu kan yang aku menetap kat kedah 5 hari 5 malam.. balance tinggal 4 hari je kat rumah sendiri..

berbalik pada cerita aku merantau ke utara, sememangnya aku agak jakun bila sampai sana.. tapi tak lah jakun sangat sebab dah busy rewang macam akak aku pulak yang kawin walhal aku ada abang je -,- cuma telinga aku je la yang tak boleh blaa sebab.. aaarrgghhh apa lah orang ni cakap!!! haha ceritanya aku agak blur kat sana sebab aku tak faham apa la yang mak cik, pak cik tu cakap.. lambat sikit aku nak hadam maksud dia.. yang paling teruk, ada satu part tu, kat dalam kereta, masa 1st-1st tu laa, sepupu Ina cakap apa entah aku main a'ah je coz tak faham.. pekat betul slang dia.. haha.. tapi sebelum plan nak ke utara ni menjadi, banyak jugak halangan pancaroba yang perlu ditempuhi sebelum aku berjaya menjejakkan kaki di bumi jelapang padi ni.. tapi tak pe, semuanya dapat ditempuhi dengan penuh ketabahan dan kecekalan..

tiket dari KL ke Kedah aku burnkan sebab, timingnya lambat sangat dan sebab Ina buat ayat menusuk kalbu walaupun aku tahu yang dia tak niat pun macam tu.. ayatnya berbunyi macam ni "mesti esok aku anak yang last sampai" sebab tiket hari sabtu pukul 10.30 pagi.. sudah semestinya sampai dah petang hampir magrib.. kendurinya hari ahad.. hurm.. owsem.. setelah aku berfikir masak-masak petang jumaat tu, aku cadangkan kat Ina supaya go on je balik Kedah dengan sepupu dia malam tu.. so sampai rumah dia hampir pukul 3 pagi coz keluar KL agak lambat dan jammed teruk petang tu..

hari kedua di Kedah berlalu dengan persiapan rumah pengantin, kemas rumah, bungkus itu ini, cari pokok inai and bla bla bla.. memang serupa macam akak aku yang kawin.. tapi yang bestnye aku dapat pakai INAI!!!! yeay!!! rasanya dah berkurun aku tak pakai inai buatan sendiri sebab abang aku dah tebang pokok inai kat belakang rumah.. so malam tu semua dok excited join pakai inai.. including me :D

esoknya, di hari kemuncak kenduri.. semuanya berlalu dengan baik walaupun petang tu hujan.. pagi tu agak busy sebab rewang sedasyat yang aku tak pernah rasa.. dah pukul 11 kot baru nak mandi bersiap cantik-cantik.. kalau tak, still lagi pakai t shirt and track suit masa orang datang masak-masak.. aku sedih sebab tak dapat snap banyak coz kamera aku condem sebab terhempap buku-buku tebal dalam beg time kuliah minggu lepas.. so aku merajuk dengan keadaan nazak dia, ingatkan nak rehatkan dia daripada digunakan. sesungguhnya kamera aku tak berputus asa untuk berbakti kepada aku setelah lebih 3 tahun bersama-sama.. dia still boleh digunakan tapi aku tak bawak charger pulak.. aaa.. sadis.. jadinya hanya beberapa ketul je gambar yang dapat diambil..

muka dah make up cantik-cantik dan perut kelaparan
abang Ehsan and kak Shikin
habis je kenduri memang aku lepak habis lah.. lepak-lepak jugak.. kemas-mengemas kena jugak buat.. redha.. malam tu jugak ramai yang beransur pulang ke tempat masing-masing.. keesokkan harinya dilalui dengan deangan aman sedikit sebab tinggal kemas-kemas je.. tak kelam kabut macam masa sebelum kenduri.. petang tu abang Ina bawak pergi Shahab Perdana coz nak beli tiket balik.. mak aku dah menjerit-jerit bila nak balik Aini oiii.. so aku beli tiket Rabu malam sebab mak Ina ajak pergi hantar pengantin ke tempat lelaki sekali.. nasib baik aku bawak 2 pasang baju raya.. hehe

hari selasa minah ni bawak pergi jenjalan kawasan sekitar tempat dia.. kalu tak dia cuma bawak merempit pergi kedai, pusing kampung dia je.. tu pun sebab beli barang.. haha.. so petang tu Ina bawak ke Titi Hayun.. tengok pemandangan dari kaki bukit.. singgah kat Sri Perigi?? okey aku tak sure namanya.. tapi dekat-dekat situ jugak lah.. btw, ni satu benda baru bagi aku sebab, aku tak tahu pun kewujudan tempat ni -,- failed as geographer

kat entrance Tangga Kenari.. 1000 mata tangga katanya..


bukti merempit semestinya kena ada
malam tu kitorang sibuk prepare bunga telur untuk pihak lelaki.. and pakai inai sekali lagi sebab inai yang hari tu tak berapa terang.. oleh sebab aku antara insan yang awal pakai selain pengantin.. so inai aku sangatlah terang.. yeay!!! shantek!!! hehe malam tu aku dah sedih sikit sebab.. dah nak balik.. aaa tak tahu lah kenapa.. walhal nak balik rumah sendiri.. hurm

hari terakhir di sini berakhir dengan hantar pengantin kat belah lelaki di Kuala Kedah..

malu-malu pulak nak posing
dengan sebahagian famili belah perempuan

kejadian melencong ke tempat lain selepas hantar pengantin..

berhadapan dengan jeti Kuala Kedah
muka jakun masuk bendang.. excited!!
balik rumah je, makan-makan.. siap apa-apa yang patut.. coz dah nak berangkat balik.. bas dijangka sampai kat Guar pukul 9.45 malam.. tapi pukul 9 dah sampai.. last-last bas sampai pukul 11 malam.. memang awesome!!! setelah semalaman bergelut dengan sakit belakang kat dalam bas, pukul 7 pagi aku sedar dah sampai stesyen Bentayan.. macam kenal je tempat ni.. rupanya dah sampai Muar.. haha stop kat Batu Pahat hampir pukul 8.. tunggu Transnasional bukak coz nak beli tiket balik KL hari ahad.. menyirap aku tunggu punyalah lama.. last-last masa nak bayar tu kena marah pulak.. sorry la aku confius harga dia 80 sen ke 60 sen!! dah nama pun orang baru bangun tidur.. huh.. cepuk kang, pagi-pagi dah mengaruk.. spoil betul lahh.. sampai rumah je dah pukul 9 lebih.. mak aku dah menunggu dengan hidangan yang banyak kat atas meja nak sarapan..

till then.. the end cerita aku merantau ke negeri utara.. bye bye

p/s : teknik penceritaan aku nampaknya dah banyak berubah.. padah lama sangat tak update blog -,-

Turning to Twenties

Hai guys!!!

setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging, kini ku kembali setelah berusia 2 dekad selepas beberapa minggu.. huh.. sudah tua..

hari khamis aku menjejakkan kaki di bumi Batu Pahat dari Yan, Kedah.. pi rumah beloved roomate coz akak dia kawin.. so ku menetap bersama-sama orang utara selama 5 hari 5 malam.. oleh sebab sekarang ni tengah cuti mid sem, mak aku kat kampung dah hari-hari telefon bila nak balik.. tak pa mak, anak kesayangan mak dah balik dah niii hehe

aku balik-balik je, ada satu kotak besar menanti untuk di buka.. masa kat Kedah haritu ada orang call, dia nak hantar kotak tu lah.. habis aku pulun otak pikir bila masa aku masuk contest sampai ada orang hantar hadiah kat rumah, tup-tup aku baru ingat yang best friend aku kat Kedah jugak ada mintak alamat rumah..

cis!! ku baru nak feeling "wow... siapakah???" haha so, oleh kerana tuan yang bagi tu dah wall post kat ku, so meh la ku tepekkan gambar hadiah yang diposkan itu.... hadiah apakah?? of course lah hadiah besday!!!

besar okay.. 4 kg
dan inilah isinya.. dah sama saiz dengan ku.. alamak tie senget hasil keganasan aku :P
me and Didi :D
aku tak sangka dah umur 20 baru dapat benda-benda yang macam ni.. Teddy Bear siot!!! kalah saiz teddy bear roomate aku kat matrik dulu.. so Nad, ku bagi dia nama "Didi" hoooo.. and kebetulan jugak, my mum jugak bagi hadiah yang berasaskan teddy bear walaupun ianya tidak boleh dipeluk tetapi hanya boleh dilihat dan didengar.. korang dah plan sama-sama ke??

yang ni cerita my best friend, kalu cerita roomate, terima kasih la bagi aku memulakan umur dua puluhan dengan prank yang boleh dikatakan menjadi.. nasib baik la takat bedak.. ada la wangi jugak.. tapii..

gambar terpaksa dicensoredkan..
nampak tak muka dengan penuh kejahatan tu.. lepas snap je terus kena telur setepek kat kepala.. terima kasih.. terima kasih kerana mewangikan baju yang baru dirasmikan sempena besday aku masa tu.. thank you thank you..

sebelum terlupa, terima kasih kepada semua yaa.. yang wish, yang tak wish, yang teringat tapi tak sempat wish (macam aku), yang tak ingat langsung, yang bagi hadiah and yang tak bagi apa-apa.. terima kasih!!! especially kat 2 orang yang atas ni.. Nad, million of thanks for the bear :D ku tau bear tu mahal >_
< Ina, thank you la kau buat projek prank aku bersekongkol dengan Liza.. yaaa.. thank you.. tahun depan boleh plan lagi dahsyat haha

cerita dah basi baru nak kepoh, macam ni laa -,- supposed to be last month, tapi.. dah nama pun blog aku, suka hati aku lah nak update bila :P

till then, bai bai

Thursday, October 4, 2012

Tutorial untuk Install ArcGIS 9.3

Assalamu­­­­alaikum semua :D

So hari ni aku kembali mengupdate dengan gigihnya sebab telah berjaya menginstall ArcGIS 9.3. okey, nampak sangat aku kecoh di sini sebab rasanya dah berpuluh kali aku try install tapi tak jadi. Sampai naik fed up. oleh sebab tadi dah tak sanggup nak uninstall kembali software tu, aku godek-godek license manager dan setelah beberapa ketika menggunakan logic akal, aku berjaya memilih file yang betul. Yea!!! Tepuk sikit, wooooo

bagaikan suatu kejayaan haha
 Oleh yang demikian aku faham bagi sesiapa yang rasa macam hiew hiew je bila buat tak jadi jadi. Kan kan kan? Haaa oleh itu, Aini come to the rescue!!!! Haha. itulah tujuan aku update hari ini.

Okey, nak install benda ni, bahan yang vital sekali adalah semestinya file ArcGIS 9.3 yang korang dah dapat tu berserta file “crack” dia. Kalau tak ada, boleh download kat SINI. Menurut lecturer aku, Dr. Aziz, harga software ini je mencecah belasan ribu ringgit, so … fikir lah sendiri haha.

Kalau korang google, or tengok youtube ke, mesti dapat step yang agak memeningkan. tapi ada je yang berjaya. bergantung. So, aku akan cuba sedaya untuk tunjuk satu-satu step secara ringkas apa yang perlu korang buat based on pengalaman aku. ehem! pengalaman konon -,-

Bismillahirrahmanirrahim

1. Buka “crack” folder.
2. Buka folder “License_server_Setup”
3. Run “LMSetup.exe”
4. “ArcGIS 9 License Manager Setup” window akan “pop up”


5. Klik pada kotak “browse”
6. Pilih “37102011.EFL9” yang ada di folder yang sama. (Crack/License_server_Setup)
7. Klik “Next” untuk run program berkenaan
8. Dah siap, JANGAN “Restart”
9. Copy semua file yang ada dalam folder “license_server_crack” ke folder "arcgis9x" di local C. (C:\Program Files\ESRI\License\arcgis9x) overwrite je semua.
10. “Restart” computer
11. Buka balik folder “License_server_Setup”, rename file “37102011.EFL9” / “37102011” kepada “license.lic”
12. Buka file yang telah direname tadi menggunakan notepad.
13. Ganti server name “this_host” dengan nama computer anda. Kalau tak tahu, buka My Computer > system properties > change settings (computer name, domain and workgroup settings)

copy nama komputer
paste kat "this_host"
14. Klik “file” dan kemudian “save”
15. Copy dan Paste “license.lic” yang dah diedit tadi kat License server Direction (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) copy dan replace sahaja.
16. Di folder yang sama tu juga, (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) run “lmtools.exe”
17. “LMTOOLS by acresso Software Inc.” windows akan pops up


18. Pilih “Configuration Using Services”
19. Kemudian klik “Config Services” tab



20. Biarkan je service name seperti yang tertera ”ArcGIS License Manager”
21. Di “Path to the lmgrd.exe file” browse C:/program files/ESRI/License/arcgix9x/lmgrd.exe
22. Di “Path to license file” browse ke C:/program files/ESRI/License/arcgix9x/license.lic

Yang ni perlu berhati-hati di bahagian ini lah yang menyebabkan aku tak boleh register license dengan betul. Untuk cara yang selamat, terus je taip kat kotak tu “license.lic.elf9” dan pilih yang tu. 

Kebiasaanya aku buat macam ni, terus je pilih yang ada dalam folder dan dia akan pilih “license.lic” sahaja. Inilah yang meyebabkan korang aku tersangkut di step ke-31

Diingatkan kembali, JANGAN PILIH YANG BUKAN FORMAT “.elf9

pilih yang macam ni
tak nak yang macam ni. JANGAN buat macam ni
23. Di “Path to debug log file” browse dan pilih ”ArcGIS_LM”
24. Klik “Save Service”
25. Klik di “Start/Stop/Reread” tab


26. Klik pada “Start server”. Pastikan di bawah tu tertulis “start server successful
27. Klik pada “Reread License File“ dan “Reread Server License File Completed” akan tertulis di bawahnya. kalau dia kata failed, itu maknanya korang silap pilih waktu kat step 22
28. Sekarang dah boleh install program utama (Esri.exe)

simbol
kalau tak tahu cari
29. Klik pada “ArcView” dan “install ArcGIS Desktop”. Buat sampai habis dan jangan register dulu. klik "register later"
30. Copy file “fme_license.dat” di folder (crack/data_interop) ke folder (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) atau ke (C:\Program Files\ArcGIS\Data Interoperability Extension). Pilih salah satu.
31. Buka “Desktop Administrator” melalui Start > All Programms > ArcGis > Desktop Administrator dan tukar setting yang berkenaan
  • “Software Product”: pilih “ArcInfo (Floating)”
  • “License Manager”: klik "change" dan tukar kepada “localhost” (taip je “localhost” secara manual)
  • “Availability”: pilih “ArcInfo Desktop (Floating)”
32. Klik “apply” dan “OK”

Dah boleh mula browse ArcMap :D

interface ArcGIS 9.3
sekian.

Tuesday, October 2, 2012

Skrin Hitam di Google Chrome

hokey guys. setelah sekian lamanya aku tak meng"update" blog ni setelah keberangkatan ke Indonesia masa minggu-minggu raya hari tu, entry raya pun tak buat :P sampai laa ni aku tak update sebab lappy aku ni masuk bengkel, so sekarang aku nak feeling-feeling macam technician kejap sebab aku tolong betulkan balik lappy kawan aku ni yang selalu dok teman aku pergi balik bengkel. haha

masalah lappy kawan aku ni tak ada lah teruk mana macam problem lappy aku yang tak mampu nak tangani sendiri. takat guna-guna software boleh diharap lagi lah. berbalik kepada masalah utama tadi (aku dah lari tajuk) lappy dia ni, bila kita browse internet, display akan jadi hitam, terutamanya bila nak tengok youtube (termasuk juga portal student UM or maybe juga website lain yang banyak guna flash player). so bila kawan aku ni tanya kat abang technician tu, dia pun macam malas nak layan sebab mungkin dia rasa benda ni boleh ditangani sendiri so dia malas nak susahkan otak dia dengan benda-benda remeh. Liza (opps, tertaip haha) pun macam blur-blur je aku tengok time abang tu cakap, so aku dengan rasa tak sedar diri pun volunteer nak buatkan untuk dia. btw waktu tu abang tu banyak customer. haha

setelah dieksplore, ini lah rupanya bila buka youtube.

Laptop HP Pavillion G4 with ATI Radeon Graphic Card
sadis. lagu boleh dengar, tapi video tak nampak langsung. benda ni hanya jadi di google chrome dan tidak di mozilla firefox. jika diteliti, bahagian url dan tab tak hitam tetapi hanya di interface laman web itu sahaja yang hitam. so apabila aku buat seperti apa yang abang tu cakap (uninstall dan install balik google chrome dan adobe flash player), tak berlaku apa-apa perubahan pun. hampir separuh malam berlalu dengan menggoogle apa yang boleh dibuat kat forum google, adobe dan youtube setelah proses uninstall dan install kembali tidak membuahkan hasil. kebuntuan mula melanda kepala otak aku yang tak ada pengetahuan pun pasal benda-benda ni.

hasil pencarian aku, ada 2 cara untuk mengatasi masalah ini.

Cara Pertama
copy paste ayat ni kat properties shortcut google chrome
" --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"

  1. klik kanan di shortcut google chrome
  2. klik "shorcut" tab
  3. kat kotak target, paste ayat kat atas di hujung ".exe". dia akan jadi macam ni : "C:\Users\****\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"
  4. klik "Apply" dan seterusnya "OK"
lepas tu, boleh browse macam biasa melalui shortcut tersebut. tapi, masalah hanya settle bila kita mula online dengan klik shortcut itu sahaja. kalau mula online dengan mengklik kat taskbar yang sebaris dengan butang "start" tu, masalah screen hitam ni timbul balik. kesimpulannya step ini hanya berkesan kalau mula browse melalui shortcut itu sahaja.

oleh itu aku kembali menggoogle cara lain dan inilah hasilnya.

Cara Kedua
tukar setting di Catalyst Control Center

1- klik "Start" > "all program" > "Catalyst Control Center" > "Catalyst Control Center"
2- korang godek lah home center tu sampai jumpa macam ni. aku tak ingat nak klik kat mana coz lappy aku guna NVIDIA je. kalau tak tahu ikut aje lah urutan tab kat atas tu "start > power > switchable graphics"


3- tukar setting untuk "chrome.exe" dari "high performance" ke "power saving"

4- klik "Apply"

seharusnya udah bisa untuk ... eh, terguna slang Indonesia pulak haha. btw, lepas ni biasanya dah boleh browse seperti biasa sama ada melalui shortcut di desktop mahupun melalui shortcut di taskbar. kalau still tak boleh, korang boleh cuba berdasarkan step lain kat link ni, http://adrian.sutantio.info/2012/04/black-screen-on-chrome-browser-when.html aku try buat pun dari link ni. cuma dialih bahasa untuk memudahkan proses.

sekian :D

Friday, August 17, 2012

Kami Manusia Pelik :P

moshi moshi, assalamualaikum semua!!!

dah lama nampaknya aku tak update blog ni kan. boleh nampak dah sawang-sawang kat toolbar anda. eh?? haha btw, tiada idea yang membangun untuk dikongsikan sepanjang berapa lama eh aku tak update blog ni? erm.. let me see.... berbulan nampaknya hehe

okay la, masa habis exam hari tu ada jugak angin nak update tapi bila malas menguasai diri, jari melagha buat benda lain yang tiada faedah langsung. err nope. maybe ada. coincidentally haha. sedikit info kepada kawan-kawan yang terdekat, Aini semakin lumpy semenjak bermulanya cuti semester ni. so, jangan terperanjat bila aku agak sewel, melalut dan lambat pick up apa yang korang nak sampaikan kat aku.

berbalik kepada nawaitu asal, aku nak cerita sikitlah apa yang terjadi pada aku hari ni, sehari sebelum Ramadan. esok dah kena puasa kan.. so, aku tidak melepaskan peluang untuk keluar menikmati detik-detik akhir boleh makan pada waktu siang di khalayak ramai muahahaha

ceritanya bermula pada jam 10.10 pagi tadi. seperti biasa aku sebagai driver menjemput saudari Farahaliana haha. terlambat sebenarnya sebab usaha mencari tudung hitam mengambil masa lebih sedikit hehe. oleh kerana aku tak boleh merempit seperti kebiasaanya sekarang ni, masa yang diambil agak lama untuk sampai ke destinasi iaitu bandar Batu Pahat. dah la tak boleh pecut, ada kerja-kerja JKR lagi. semua tu makan masa okay. btw, kalau korang tak tahu, aku bawa motor je :P

sampai stesyen minyak, isi minyak motor dan terus ke Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara. kamilah insan-insan yang baru nak tukar myKad umur 12 tahun tu.  sayang nak tukar sebab muka comel hiewhiew. sampai je kat situ, cari parking kat luar sebab pagar dia turunkan penghadang tu. so, berpusing-pusing makan angin kejap sebab nak patah balik kat bangunan tu becoz jalan sehala. dalam perjalanan pulak lah terjumpa insan yang macam familiar selisih jalan. baru balik kelas kot. sampai je kat bangunan tu, aku teragak-agak untuk parking dalam sebab, yelar, kan penghadang tu diturunkan. tapi abang pak guard tu suruh je masuk. Fara kat belakang gelakkan aku sebab dia fikir "macamana la Aini nak masuk ni..." walhal.. memang penghadang tu dia naikkan cukup-cukup untuk motor lepas. okay Fara, puas hati?? haha

proses gantian kad pengenalan ni tak mengambil masa yang lama seperti yang disangkakan. eleh, sebab tak ramai orang pun. datang ambil nombor, isi borang kepuasan pelanggan, bayar (denda rupanya), tunggu kejap, tangkap gambar then siappppp!!! cop cop, bukan siap boleh ambil terus myKad yang baru okay, kena tunggu 1-2 BULAN!!! erk!!! fine. kemudian terus berambus. itu sahaja. senang yer. so bagi mereka-mereka yang dah berumur 18 tahun tu, sila lar tukar myKad anda secepat mungkin atau anda bakal dikenakan denda. kenapa la denda time aku pokai -,-"

settle semua tu, terus ke Carrefour untuk beli buah tangan sebab nawaitu asal keluar sebab nak melawat kawan kat hospital. baru lepas opperate appendiks. klimaks cerita yang aku sampaikan kat sini adalah apabila tibanya kami di Hospital Batu Pahat. memandangkan beliau (bak kata abang aku)
 ditempatkan di bangunan baru, possibility untuk sesat itu tinggi (bak kata Fara). ceritanya bermula di muka pintu masuk lobi utama bangunan baru berkenaan. kami sampai di situ tepat pukul 2 petang setelah menikmati makan tengah hari di McD. signboard yang di tempatkan di sebelah pintu masuk mencuakkan kami. dialognya lebih kurang macam ni la...

Aini : Eh, masa melawat hari Jumaat pukul 12-2 petang (terus tengok jam)
Fara : ...... (aku tak ingat dia cakap apa)

terus je masuk dalam keadaan tercengang-cengang. nurse yang ada semua tengok semacam je. dalam hati seram jugak, kot la kena halau ke apa.

Aini : wad berapa?
Fara : Hajar kat wad 4A

tengok penunjuk setiap aras

Aini : okey, tingkat 4

tekan button lif. kat situ ada 2 lif. 1 lif biasa, 1 lif bomba. malangnya pintu lif bomba pulak yang terbuka. so lif tersebut dibiarkan sahaja. tekan balik button lif. lif bomba jugak yang terbuka.

Fara : masuk je lah. eh, kenapa lif ni besar
Aini : -,-" untuk pindahkan patient laaaaa
Fara : ooppsss hehehe

di tingkat 4, pintu lif terbuka.

Fara : err, nak ke mana ni?
Aini : hurm, wad 4A, sebelah kiri.

di depan pintu wad 4A

Aini : (tangan merayap nak tolak tapi tak ada tempat pegang. btw, pintu tu pintu kayu okay)
Fara : eh, pintu automatik. "sila berdiri di belakang garisan kuning" (sambil tolak aku ke belakang)

dua-dua tercengang lagi kat depan pintu tu menunggu untuk dibuka dengan sendirinya. ingat macam kat cerita Harry Potter??

Aini : (masih lagi tercengang dan terlihat button hitam di sebelah pintu) cuba mesej Hajar dia boleh jalan tak?
Fara : terus mesej Hajar cakap kitorang dah kat depan pintu wad tapi tak tahu cara nak masuk) jom kita duduk situ dulu (tunjuk jari ke arah ruang menunggu)

tak sampai beberapa saat duduk, aku nampak perempuan cina tu tekan button hitam tu dan pintu pun terbuka

Aini : eh, jom. cepat masuk. cina tu teka button buka pintu.

dua-dua cepat-cepat masuk macam operasi menceroboh takut pintu tertutup sambil gelakkan diri masing-masing.

Aini : hajar katil berapa?
Fara : tak tahu
Aini : sini, sini. tengok nama.
Fara : tu ha. Siti Hajar
Aini : yeah, no 17

masing-masing mata meliar tengok kiri kanan. dalam hati cari katil Hajar dan kerisauan kena halau sebab bukan waktu melawat. nurse-nurse yang ada, seperti biasa, memandang dalam keadaan yang pelik haha. at last jumpa jugak tanpa kesesatan berlaku. hoyeah!!

mak dan ayah Hajar ada kat situ masa kitorang sampai. chit chat kejap then ayah Hajar keluar cos pergi sembahyang Jumaat rasanya. borak punya borak. lama lah jugak. pergi solat kejap kat surau hospital. waktu keluar dari wad tu tiada masalah yer. tapiiiii, nak masuk pulak yang bermasalah

Aini : (dengan semangatnya menekan button hitam untuk membuka pintu)
Fara : (bersiap sedia berdiri di belakang garisan kuning)
Aini & Fara : erk???!!!!

pintu tak terbuka okay!!! cuba 2-3 kali jugak lah. tak terbuka juga pintu tu. tiba pekerja cleaner kat situ. dia pun tekan la button tu. pun sama. last-last dia call orang dalam supaya bukakan pintu hiewhiew. ada satu part tu Fara nak guna pintu kecil kat sebelah pintu masuk tu. aku rasa Fara tunjuk jer pintu tu, sekali akak cleaner tu kata "eh, jangan guna pintu tu. situ laluan sampah" errrkk!!! hahaha lebih kurang macam tu lah ceritanya. bila dah masuk tu sambung borak lagi. pot pet pot pet. dah pukul 3.30 kot lebih kurang, terus minta izin nak beransur.

lepas tu singgah kejap kat unit Haemodialisis. abang aku kerja kat situ. tadi tumpang letak buah tembikai kat loker dia hehe. Fara agak teruja bila masuk unit ni okay. lain daripada yang lain (bak kata Fara) dan sedikit tensi. sebab ketuanya pun tensi. iaitu abang aku. sebab tiba-tiba bekalan air tak ada. hanya di unit ini sahaja. alternatifnya penuhkan tangki air guna pili bomba. aku dah biasa dengan semua tu. selesai mengada, menggedik dan promosi diri oppsss dalam pukul 4 macam tu, terus balik ke rumah.

haaa, yang tu kisah klimaks nya. sebelum tu pun ada jugak cerita yang menggeramkan. a bit annoying to me. but it happened. otw ke bandar, ada tragedi di mana Honda EX5 memotong aku. okay la. memang aku bawa 60-70 km/j je masa tu. tapi, yang memelikkan aku, masa potong tu, orang yang kat belakang, maybe bini, dia siap lambai okay!!! kata Fara, setiap motor yang dipotong dia buat macam tu. annoying gila!!! putus wire agaknya perempuan itu. oleh sebab ada pembinaan jalan, semua kena stop. so dia kat depan aku. perempuan tu bermuka 40-an or awal 50-an dan bermekap tebal. lipstik dia merah menyala muahaha. bila turn kitorang jalan je, aku teragak-agak lah nak potong dia sebab dia bawa lambat pulak masa tu. tapi, aku potong jugak haha. aku terus je pecut hehe lebih kurang 90 km/j macam tu. so tahu pulak dia semput tak boleh kejar aku haha. sampai kat trafik light dia potong. aku tengok je perempuan tu. mana tahu kot la nak lambai lagi. aku nak balas lambaian dia haha.

*********

untuk pengetahuan korang, entry yang kat atas tu ditaip pada hari kejadian, iaitu sehari sebelum puasa. malangnya, tak dapat diteruskan untuk penutup sebab anak-anak buah dah datang dan lappy aku bertukar menjadi tv-for-charity sebab tv hantar kedai. lepas tu mood untuk menyambung hajat yang tak kesampaian merajuk sampai lah hari ini. dan aku tetap nak post jugak walaupun delay 26 hari sebab dah penat taip. panjang berjela kau.. haha

kami = si peliks
till then, nanti aku update lagi. merajuk aku dah hilang. bai

Wednesday, June 13, 2012

Sunday, June 3, 2012

Glad You Came :)


The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came

You cast a spell on me, spell on me
You hit me like the sky fell on me, fell on me
And I decided you look well on me, well on me
So let's go somewhere no-one else can see, you and me

Turn the lights out now
Now I'll take you by the hand
Hand you another drink
Drink it if you can
Can you spend a little time,
Time is slipping away away from us so stay,
Stay with me I can make,
Make you glad you came

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came
I'm glad you came

You cast a spell on me, spell on me
You hit me like the sky fell on me, fell on me
And I decided you look well on me, well on me
So let's go somewhere no-one else can see, you and me

Turn the lights out now
Now I'll take you by the hand
Hand you another drink
Drink it if you can
Can you spend a little time,
Time is slipping away away from us so stay,
Stay with me I can make,
Make you glad you came

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came
I'm glad you came

I'm glad you came
So glad you came
I'm glad you came
I'm glad you came

The sun goes down
The stars come out
And all that counts
Is here and now
My universe will never be the same
I'm glad you came
I'm glad you came

Daily News : Gejala Study Last Minute


3 Jun. Pada jam 2.59 pagi, 3 orang pelajar Universiti Malaya dilihat sedang khusyuk mengulang kaji atau lebih sesuai dikatakan dengan baca-sepintas-lalu-sebab-kat-rumah-tak-baca ekoran peperiksaan akhir yang akan menjelang tiba pada keesokan harinya iaitu 4 Jun 2012. Pelajar-pelajar ini bertindak nekad dengan tinggal di dataran tersebut sehingga larut malam dan kesemua daripada mereka terdiri daripada pelajar perempuan. sebelum itu terdapat juga beberapa kumpulan pelajar lelaki tetapi meraka semua sudah pulang apabila jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Kelihatan salah seorang daripada mereka telah mengalami rasa mengantuk di tahap yang serius sehingga dia tidak menghiraukan orang disekitarnya. Lebih teruk lagi pelajar ini berusaha menyendiri, menjauhi kelompok rakan-rakan yang lain gara-gara mengikutkan kehendak rakannya yang tidak mahu pulang dikala dia mengalami kemengantukkan yang teruk. Rasa mengantuk tahap luar biasa ini dipercayai hasil daripada pembacaan buku Modul Hubungan Etnik di mana tarikh peperiksaan ini jatuh pada hari esok. Kandungan buku yang ala-ala novel-sejarah-yang-bosan dan tiadanya isi yang ditulis secara ringkas seperti buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan banyak huraian yang kerap kali diulang-ulang menyebabkan kebosanan tahap maksimum. Ada juga daripada mereka tertidur disebabkan pembacaan yang tidak habis-habis. Kumpulan pelajar ini mula meninggalkan perkarangan Dataran Sastera  jam 3.13 pagi setelah melihat sekeliling mereka tiada orang. Lampu dan kipas di Dataran Sastera ditutup bagi penjimatan elektrik dan mengurangkan kadar pencemaran cahaya atau light pollution.

Friday, June 1, 2012

Examination Obsession : Om Shanti Om

nameste

tak sure betul ke tak ejaan dia. hehe

ni semua gara-gara TV3 tayangkan cerita Om Shanti Om lah ni. haih. dah la sebelum study week aritu roommate aku layan hindustan sepanjang minggu tapi aku tak terpengaruh lagi la. ni sekarang dah tersampuk pulak laaahhh.

semangat kata tak nak tengok cerita ni hari tu masa kat rumah sebab masa mula-mula tengok macam cerita tahun 70-an. tengah kononnya khusyuk cari bahan  untuk paper Manusia nanti, last-last bukak new tab, search synopsis dia. sebab bila sampai tengah cerita tak faham pulak haha. semangat!!

dah habis cerita tu, lagu ni yang 1st menarik perhatian aku. siap search youtube. hehe touching. masa first first dengar lah. 2 3 kali dengar biasa je. @_@


yang ni pulak sebab aku suka music dia. dengar macam klasik gila. entah kenapa macam suka dengan lirik dia. apa maksud aku tak google pulak :P 


yang ni pulak video dia macam censored sikit lah. tapi tak ada la aku tatap video dia. dengar lagu je cukup laaa. pada aku lagu ni ada kelainan sebab dia lagu dia rancak. agak pop gitu. ke tak? kadang-kadang taste aku ni pelik sikit hehe

  

yang ni yang latest setakat ni lagu yang aku suka dalam cerita ni. semuanya sebab lagu dia rancak :DD yang ni version dalam movie la. tapi aku prefer mixed version sebab lebih seronok. pada aku lah. lagipun, antara sebab lain, aku dok cari link nak download yang version biasa je tak dapat-dapat. yang ada cuma mixed version hehe. so aku dengar je lah yang dah download tu. hehe


so yang ni lah yang aku perkatakan tadi hehe. sounds hilarious kan :DD


last but not least, aku buat review movie pulak. sepatutnya study laaa sekarang niiii!!!!!!!!

AINIIIIII!!!!!!!!!!!!! KAU BUAT APA LAAAAA!!!!!

memang mencabar keimanan betul la. dah la kat rumah study macam hape. makan tidur je lebih. berjalan nombor 1. apa nak jadi la Aini oiiiiiii >.<

right now. dari tadi dok pangku note Bio tapi habuk pun tak masuk otak sebab mata tengok lappy. last last letak tepi sebab menyemak. bagus betul budak ni. nampaknya aku minum nescafe untuk tengok movie kan. perli diri sendiri.

so, kena study sekarang. SEMANGAT!!!

btw, ni jadual exam aku yang betul. hurm. stress bak ang.

 
good luck to me! bai

Thursday, May 31, 2012

Tekanan Exam :(

assalamualaikum

sekarang ni aku sedang bersiap-siap nak balik UM. minggu depan dah start final kan. berdebau bak ang. ketaq lutut semua. duduk rumah memang operasi makan dan tidur je lebih. huh. bagus. memang bagus. ini lah rupa dan gaya orang yang bakal "berjaya"


balik rumah bukan study benda nak exam. pergi study akaun pulak. bagus lah. bila masa pulak ada akaun dalam final aku? hah. stress betul. sibuk nak study sibuk datang dok bebel memanjang mengulang benda yang sama sampai telinga aku naik bebal. huh. kalau dah tak faham bahasa tu memang susah nak kata apa.


sentimen kaum betul lah. kenapakah kau susah sangat nak faham aku cakap apa. haih. mintak penampaq betoi. dah la Bio aku tak baca hape lagi ni. memang cari nahas. buku HE tu buat teman tidur je. bapak lah dah macam nak jadi peguam punya hafal. yang Manusia boleh lagi lah. ada jugak aku google-google walau tak masuk otak. tapiiiii... aku risau betul HE ni. sudah la tebal buku tu. huahahaha. boleh mendatangkan tekanan. tekanannnn.

pape hal pun. wish me luck :D

adios~

Monday, May 28, 2012

I'm Dead #2

assalamualaikum

aku rasa, study week ni aku dah sewel sikit or maybe banyak kot. hari ni dah hari isnin. but still, 1 buku pun tak masuk dalam otak aku ni. walhal....

minggu depan 5 hari straight exam weeiiiiii.

sekarang ni boleh pulak lah layan lagu raya lah, lagu hindustan lah. hai masak, masak. dari semalam dok kabo masak masak, tapi tak ada usaha nak ubah.

apa nak jadi pun aku tak tahu lah Aini ni. ish ish...

Sunday, May 27, 2012

I'm Dead

masak la aku. habis lah. adooiiii. masalah masalah. mati lah macam ni...

kenapa?

sebab... mood study aku entah hilang ke mana pun aku tak tahu niiii... habis lah. macamana ni.. duduk depan tv memang buku entah ke mana lah. ni dah lari dari depan tv pun sama je gamaknye. macamana daaaaa... addoooiiii... how how..

ni abang aku boleh datang pulak.. dengar macam ramai je yang datang. habis la aku... memang ke laut la jawapnya.. huahahaha... how how..

****
okay back to entry. haha. tak ramai. tak apa. boleh sambung duduk depan lappy. konon study. >.<

ainiiiiii... apa nak jadi lah kau niiii.... macamana nak maintain pointer niiiii... ainiiiiii.... 

wake up aini. wake upppppp.....

final is just around the corner... bukan corner lagi dah niiii... sebelah je dah niiiii... ainiiiii...


ni haaaa.. tatap lah jadual niii.. 

hurm. wish me luck

Saturday, May 26, 2012

Habis la Aku

habis lah aku. habis la aku.
aku dah tahu benda ni akan terjadi. mesti terjadi.
tak boleh nak buat apa. macamana ni.

its supposed to be study week.
not a honeymoon week.

why is this is happening!!!!!!

Saturday, May 19, 2012

Countdown

assalamualaikum

hari ni hari Sabtu.. baru je lepas test Bio Sel yang errr.. boleh jawap lah.. minggu depan dah masuk minggu ke-14 meaning that minggu terakhir dalam Sem 2 Tahun 1 sesi 2011/2012.

dah la minggu depan test bertepek sampai 3 test, BI, Bumi dengan Fizikal dan juga bersiap siaga jika Manusia pun buat test mengejut. tapi aku malas. masih lagi di takuk lama. mengadap FB, blog, main game and ada hati nak renovate blog. but don't worry, aku bukan kaki movie. huh.

dan dan je niat nak study. buat short note. walhal. habuk pun tadak.

hati dah memberontak nak balik. tak balik since cuti mid semester walhal orang lain ada je sampai 6 bulan tak balik. tak kurang jugak yang hampir setahun. apa cite? huh. jangan samakan mereka dengan aku. lain lain. tak sama.

tak apa. minggu depan lepas kelas terakhir hari khamis tu, aku terus cabut balik. haha. dan dan kan aku study week kat rumah. nanti jadi macam sem lepas. benda lain yang aku buat kat rumah. membuta la. tengok tv la. merayau la. buku bila je aku nak bukak. dah la timetable exam macam &*^%*  =,=

till then, adios

Friday, May 18, 2012

Test Lagi


assalamualaikum budak-budak rajin study.

sila perhatikan dengan mata yang terbuka dengan besar. sila fokus dan hadamkan dalam minda anda. terjemahkan semula dalam bentuk imaginasi. pastikan neurotransmitter anda berfungsi di kala melihat print screen di atas. jika semua perkara di atas dapat dilakukan, ini menunjukkan bahawa sistem saraf anda semua berfingsi dengan baik dan efisien. haha. aku tak hebat bab-bab anatomy ni.

apa la yang kau merepak kan Aini oiiii.....

baca perenggan di atas menyebabkan aku semakin tak betul sebab kononnya nak buat peranggan dengan menggunakan ayat sastera dan gramatis, tapi bila baca balik macam perenggan fakta je. haha tak apa. aku mengaku bahasa aku dulu tak dapat A+. A solid je. A+ aku cuma Math Modern masa SPM. lol

teacher selalu cakap yang budak sains kalau buat karangan mesti bosan. terlalu fakta. ayat nota. describe sebijik-sebijik tanpa 5 senses. haha keluar pulak apa yang belajar dalam kelas writing. bedal je lah. 

merujuk kepada print screen di atas, aku sangatlah berharap bahawa test esok (19 May 2012) akan dibatalkan. malangnya, test akan berjalan seperti biasa dan aku masih lagi menghadap FB, Blog and etc. bila nak baca nota lah wei....

untuk rekod, esok test part Molecular Genetics okay.

till then, determination untuk membaca nota bio perlu dilaksanakan. 

wish me luck! bai

Thursday, May 17, 2012

Beribu Sesalan

assalamulaikum.

aku nak mengadu ni. it happens again.

kenapa lah kau menggatal nak join outbound tu kan. bila dah join rasa menyesal kenapa tak join yang pergi Taiwan punya kalau tak dah boleh jumpa husband aku kat sana. hish hish. ke Taiwan National University. eh? betul tak? kalau betul? huahaha :( dulu kata tak nak join sebab budget tak ada and kalau join aku sorang je perampuan selain Dr. Goh. omaigod. macamana nak survive lah. 

sekarang dah mengada join pulak sebab dah kira hari cuti. walhal tak silap aku yang pergi Taiwan tu lagi pendek masanya. ah! aku baru ingat. tadi aku google money exchange, matawang dia nak dekat sama je dengan Malaysia!!!! huahahaha. sadis sadis!! oh my hubby.. huahaha dah menggedikkk

untuk rekod, RM 1 wang malaysia bersamaan 9.6 dollar Taiwan dan Rp 3010. dah rupa ayat Mazidul Akmal Sidek pulak hahaha. ni kes baca blog pasal Highland Towers lah ni. =,= tak adalah jauh sangat beza dollar dengan ringgit sebab 1 dollar taiwan bersamaan dengan RM1.04 je. tu yang lagi touching. >.<

join outbound ni tadi pun last minit sebab ramai pulak geng yang pergi. cis!!! aku terhasut lagi. pergi ke Indonesia lagi. Universitas Indonesia. aku boleh bayangkan kekurusan yang bakal melanda bila balik Malaysia nanti sebab hari tu pergi Medan pun tekak aku macam tak boleh terima makanan kat sana. hiew hiew. 

yang aku sesalkan apa tau sekarang ni. sebab tak decide pergi Taiwan laaaarr. tadi pulak Cik Pae a.k.a tutor kitorang kata lepas pergi kali ni dah tak boleh pergi lagi dah. huahahaha. tu yang mengada nak join ikut jugak walhal terlupa pulak pasal Taiwan. dah siap hantar nama and berambus dari pejabat baru nak ingat. gggrrr

baiklah. untuk pertama kalinya aku sesal bukan decide nak pergi atau tak, tapi sesal sebab silap decide tempat. kalau tak boleh la aku improve cara makan guna chopstik. dah la pergi 5 orang je. mesti dapat perhatian lebih. yang outbound ke Indonesia ni campur aku dah 13 orang. oleh sebab mula-mula dia nak 12 orang je. in case kalau aku kena blah sebab aku punya nama no. ke 13.  aku redha jer. next year boleh pergi lah. hahaha. tapi. kalau dia tendang sorang ikut pointer, sah sah kawan aku yang excited awal-awal nak pergi akan ditendang. oleh itu, saya telah membuat keputusan di mana, kalau ianya terjadi, saya rela melepaskan peluang tersebut. 

boleh la doa tak dapat join outbound ni. haha mengada lagi. 

till then, bai bai

Wednesday, May 16, 2012

Mata & Assignment

assalamulaikum

sekarang, dah pukul 2 pagi. mata aku dah terkulat-kulat rasa nak tidur. assignment KKM aku dah siap print. HEAVEN rasanya!!! siap editing biar standardize semua sekali. nampak cantik. errk, puji diri sendiri. tak apa. cantik dan kemas itu satu kepuasan walaupun kerja group. walaupun berapa banyak kali kena print balik. hanya kerana capital letter je. huh. tak apa. aku gigihkan jugak cek sebijik sebijik huruf tu. bila siap tinggal nak binding je, rasa macam dah bebas daripada segala masalah.

tapi jangan lupa. assignment Fizikal lagi mintak kena edit. aku??? huarrrgggghhhhh!!!!! mahu terkeluar anak mata bila tengok. lagi-lagi bila edit orang lain punya part. kalau macam KKM yang pada aku tu simple tak apa. ini dah rupa tesis nak suruh aku edit even spacing antara huruf. huh. boleh bayangkan tak macam mana aku nak harungi benda ni? at least pun cek lah kalau nak lepas tangan dah. bak kata cikgu aku kat matrik dulu. SILLY MISTAKE!!! 

aku tahu aku ni macam detail sangat dalam bab-bab ni. tapi bila dah siap, macam aku cakap tadi, ianya suatu kepuasan!! huh. alang yang KKM tadi pun dok betulkan balik part-part orang lain walaupun tak salah. tapi kan. alaaahhh. boleh fikir lah. jangan la buat kerja macam lepaskan batuk di tangga. orang lain pun ada kerja lain jugak laaaa... 

aku jugak melalui apa yang anda lalui. jangan risau kata tak aci lah apa. sama je jadinya bila kerja tu dah banyak.

tetiba emo pulakkan. aku baru nak berangan tak nak tengok lagi fizikal tuh. tapi, bila tengok balik part editor punya, dia macam lagi banyak pulak. so aku kena motivate diri. 

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

thats all. bai bai

Sunday, May 13, 2012

Mak, Selamat Hari Ibu!!!

assalamualaikum.

setelah bergayut dengan mak lebih kurang 1 jam secara totalnya barulah aku dapat idea nak post entry apa. memandangkan aku tak balik. ini je yang mampu aku nak tayang sikit kat korang. huhu. 

tadi mak call (ehem! kredit tinggal ciput ja. hehe) kata yang abang aku and the famili bawak dia pergi Pizza Hut. hiew hiew. terus aku pun nak ngidam Pizza Hut boleh tak? haha

aku takda nak bagi present time hari-hari begini memandangkan ongkos pun aku mintak kat mak. tapi ada lah ole-ole dari Medan hari tu aku beli and aku sure mesti mak suke. hehe

aku tetiba speechless pulak taip apa nih. tak mau lah nak touching-touching time nih. segan lah I.. tapi tak pa lah.

mak, selamat hari ibu ya. walaupun hari ibu tu boleh je kata tiap-tiap hari pun hari ibu kan?
mak, terima kasih dah lahirkan adik ke dunia nih. tanpa mak, siapa lah adik.
mak, walau apa pun jadi, adik still akan berada di samping mak.
mak, kalau mak tak ada, adik pasti dah takda sapa-sapa lagi selain abang.
mak, adik sayang sangat dengan mak!! nak baliiiikkkkkk!!!!!

huh. the end. tak mau tulis panjang-panjang. aku tak pandai nak bersastera bagai ni. hurm. layan je lah mak saya yang fotogenik kat bawah ni. pergi mana-mana pun dengan mak. memandangkan tak ada kereta. merempit pun boleh la. janji jalan. haha 

muka bersama-sama time rewang
mak malu-malu pulakkan?? haha (2009)
kat Alamanda, Putrajaya.
tetiba mak lebih tinggi?? haha (2009)
kerja kawin jiran sebelah rumah.
petang tu sat lagi dah nak berambus balik matrik sob sob (2010)
hantar ke matrik time balik hujung minggu.
yang sebelah tu memang hebat bab pecut-pecut ni (2011)

before merempit pergi pasar malam kat Parit Sulong
naik motor je okay (2011)
kat Tanjung Bidara.
1st time pergi outing dengan famili (2011)
pergi tengok kapal selam kat Melaka
aku skip Kem Jati Diri UM semata-mata nak ngempeng dengan mak
hehe (2012)
nantikan kepulangan aku pada 24 Mei ni insyaAllah kalau tak ada apa-apa aral mendatang. aku nak balik!!!! gila lah dah lama tak balik nak ngempeng dengan mak. haha walhal baru sebulan lebih sikit je pun. tak pecah rekod yang dulu pun. haha

till then. babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...