Thursday, May 31, 2012

Tekanan Exam :(

assalamualaikum

sekarang ni aku sedang bersiap-siap nak balik UM. minggu depan dah start final kan. berdebau bak ang. ketaq lutut semua. duduk rumah memang operasi makan dan tidur je lebih. huh. bagus. memang bagus. ini lah rupa dan gaya orang yang bakal "berjaya"


balik rumah bukan study benda nak exam. pergi study akaun pulak. bagus lah. bila masa pulak ada akaun dalam final aku? hah. stress betul. sibuk nak study sibuk datang dok bebel memanjang mengulang benda yang sama sampai telinga aku naik bebal. huh. kalau dah tak faham bahasa tu memang susah nak kata apa.


sentimen kaum betul lah. kenapakah kau susah sangat nak faham aku cakap apa. haih. mintak penampaq betoi. dah la Bio aku tak baca hape lagi ni. memang cari nahas. buku HE tu buat teman tidur je. bapak lah dah macam nak jadi peguam punya hafal. yang Manusia boleh lagi lah. ada jugak aku google-google walau tak masuk otak. tapiiiii... aku risau betul HE ni. sudah la tebal buku tu. huahahaha. boleh mendatangkan tekanan. tekanannnn.

pape hal pun. wish me luck :D

adios~

Monday, May 28, 2012

I'm Dead #2

assalamualaikum

aku rasa, study week ni aku dah sewel sikit or maybe banyak kot. hari ni dah hari isnin. but still, 1 buku pun tak masuk dalam otak aku ni. walhal....

minggu depan 5 hari straight exam weeiiiiii.

sekarang ni boleh pulak lah layan lagu raya lah, lagu hindustan lah. hai masak, masak. dari semalam dok kabo masak masak, tapi tak ada usaha nak ubah.

apa nak jadi pun aku tak tahu lah Aini ni. ish ish...

Sunday, May 27, 2012

I'm Dead

masak la aku. habis lah. adooiiii. masalah masalah. mati lah macam ni...

kenapa?

sebab... mood study aku entah hilang ke mana pun aku tak tahu niiii... habis lah. macamana ni.. duduk depan tv memang buku entah ke mana lah. ni dah lari dari depan tv pun sama je gamaknye. macamana daaaaa... addoooiiii... how how..

ni abang aku boleh datang pulak.. dengar macam ramai je yang datang. habis la aku... memang ke laut la jawapnya.. huahahaha... how how..

****
okay back to entry. haha. tak ramai. tak apa. boleh sambung duduk depan lappy. konon study. >.<

ainiiiiii... apa nak jadi lah kau niiii.... macamana nak maintain pointer niiiii... ainiiiiii.... 

wake up aini. wake upppppp.....

final is just around the corner... bukan corner lagi dah niiii... sebelah je dah niiiii... ainiiiii...


ni haaaa.. tatap lah jadual niii.. 

hurm. wish me luck

Saturday, May 26, 2012

Habis la Aku

habis lah aku. habis la aku.
aku dah tahu benda ni akan terjadi. mesti terjadi.
tak boleh nak buat apa. macamana ni.

its supposed to be study week.
not a honeymoon week.

why is this is happening!!!!!!

Saturday, May 19, 2012

Countdown

assalamualaikum

hari ni hari Sabtu.. baru je lepas test Bio Sel yang errr.. boleh jawap lah.. minggu depan dah masuk minggu ke-14 meaning that minggu terakhir dalam Sem 2 Tahun 1 sesi 2011/2012.

dah la minggu depan test bertepek sampai 3 test, BI, Bumi dengan Fizikal dan juga bersiap siaga jika Manusia pun buat test mengejut. tapi aku malas. masih lagi di takuk lama. mengadap FB, blog, main game and ada hati nak renovate blog. but don't worry, aku bukan kaki movie. huh.

dan dan je niat nak study. buat short note. walhal. habuk pun tadak.

hati dah memberontak nak balik. tak balik since cuti mid semester walhal orang lain ada je sampai 6 bulan tak balik. tak kurang jugak yang hampir setahun. apa cite? huh. jangan samakan mereka dengan aku. lain lain. tak sama.

tak apa. minggu depan lepas kelas terakhir hari khamis tu, aku terus cabut balik. haha. dan dan kan aku study week kat rumah. nanti jadi macam sem lepas. benda lain yang aku buat kat rumah. membuta la. tengok tv la. merayau la. buku bila je aku nak bukak. dah la timetable exam macam &*^%*  =,=

till then, adios

Friday, May 18, 2012

Test Lagi


assalamualaikum budak-budak rajin study.

sila perhatikan dengan mata yang terbuka dengan besar. sila fokus dan hadamkan dalam minda anda. terjemahkan semula dalam bentuk imaginasi. pastikan neurotransmitter anda berfungsi di kala melihat print screen di atas. jika semua perkara di atas dapat dilakukan, ini menunjukkan bahawa sistem saraf anda semua berfingsi dengan baik dan efisien. haha. aku tak hebat bab-bab anatomy ni.

apa la yang kau merepak kan Aini oiiii.....

baca perenggan di atas menyebabkan aku semakin tak betul sebab kononnya nak buat peranggan dengan menggunakan ayat sastera dan gramatis, tapi bila baca balik macam perenggan fakta je. haha tak apa. aku mengaku bahasa aku dulu tak dapat A+. A solid je. A+ aku cuma Math Modern masa SPM. lol

teacher selalu cakap yang budak sains kalau buat karangan mesti bosan. terlalu fakta. ayat nota. describe sebijik-sebijik tanpa 5 senses. haha keluar pulak apa yang belajar dalam kelas writing. bedal je lah. 

merujuk kepada print screen di atas, aku sangatlah berharap bahawa test esok (19 May 2012) akan dibatalkan. malangnya, test akan berjalan seperti biasa dan aku masih lagi menghadap FB, Blog and etc. bila nak baca nota lah wei....

untuk rekod, esok test part Molecular Genetics okay.

till then, determination untuk membaca nota bio perlu dilaksanakan. 

wish me luck! bai

Thursday, May 17, 2012

Beribu Sesalan

assalamulaikum.

aku nak mengadu ni. it happens again.

kenapa lah kau menggatal nak join outbound tu kan. bila dah join rasa menyesal kenapa tak join yang pergi Taiwan punya kalau tak dah boleh jumpa husband aku kat sana. hish hish. ke Taiwan National University. eh? betul tak? kalau betul? huahaha :( dulu kata tak nak join sebab budget tak ada and kalau join aku sorang je perampuan selain Dr. Goh. omaigod. macamana nak survive lah. 

sekarang dah mengada join pulak sebab dah kira hari cuti. walhal tak silap aku yang pergi Taiwan tu lagi pendek masanya. ah! aku baru ingat. tadi aku google money exchange, matawang dia nak dekat sama je dengan Malaysia!!!! huahahaha. sadis sadis!! oh my hubby.. huahaha dah menggedikkk

untuk rekod, RM 1 wang malaysia bersamaan 9.6 dollar Taiwan dan Rp 3010. dah rupa ayat Mazidul Akmal Sidek pulak hahaha. ni kes baca blog pasal Highland Towers lah ni. =,= tak adalah jauh sangat beza dollar dengan ringgit sebab 1 dollar taiwan bersamaan dengan RM1.04 je. tu yang lagi touching. >.<

join outbound ni tadi pun last minit sebab ramai pulak geng yang pergi. cis!!! aku terhasut lagi. pergi ke Indonesia lagi. Universitas Indonesia. aku boleh bayangkan kekurusan yang bakal melanda bila balik Malaysia nanti sebab hari tu pergi Medan pun tekak aku macam tak boleh terima makanan kat sana. hiew hiew. 

yang aku sesalkan apa tau sekarang ni. sebab tak decide pergi Taiwan laaaarr. tadi pulak Cik Pae a.k.a tutor kitorang kata lepas pergi kali ni dah tak boleh pergi lagi dah. huahahaha. tu yang mengada nak join ikut jugak walhal terlupa pulak pasal Taiwan. dah siap hantar nama and berambus dari pejabat baru nak ingat. gggrrr

baiklah. untuk pertama kalinya aku sesal bukan decide nak pergi atau tak, tapi sesal sebab silap decide tempat. kalau tak boleh la aku improve cara makan guna chopstik. dah la pergi 5 orang je. mesti dapat perhatian lebih. yang outbound ke Indonesia ni campur aku dah 13 orang. oleh sebab mula-mula dia nak 12 orang je. in case kalau aku kena blah sebab aku punya nama no. ke 13.  aku redha jer. next year boleh pergi lah. hahaha. tapi. kalau dia tendang sorang ikut pointer, sah sah kawan aku yang excited awal-awal nak pergi akan ditendang. oleh itu, saya telah membuat keputusan di mana, kalau ianya terjadi, saya rela melepaskan peluang tersebut. 

boleh la doa tak dapat join outbound ni. haha mengada lagi. 

till then, bai bai

Wednesday, May 16, 2012

Mata & Assignment

assalamulaikum

sekarang, dah pukul 2 pagi. mata aku dah terkulat-kulat rasa nak tidur. assignment KKM aku dah siap print. HEAVEN rasanya!!! siap editing biar standardize semua sekali. nampak cantik. errk, puji diri sendiri. tak apa. cantik dan kemas itu satu kepuasan walaupun kerja group. walaupun berapa banyak kali kena print balik. hanya kerana capital letter je. huh. tak apa. aku gigihkan jugak cek sebijik sebijik huruf tu. bila siap tinggal nak binding je, rasa macam dah bebas daripada segala masalah.

tapi jangan lupa. assignment Fizikal lagi mintak kena edit. aku??? huarrrgggghhhhh!!!!! mahu terkeluar anak mata bila tengok. lagi-lagi bila edit orang lain punya part. kalau macam KKM yang pada aku tu simple tak apa. ini dah rupa tesis nak suruh aku edit even spacing antara huruf. huh. boleh bayangkan tak macam mana aku nak harungi benda ni? at least pun cek lah kalau nak lepas tangan dah. bak kata cikgu aku kat matrik dulu. SILLY MISTAKE!!! 

aku tahu aku ni macam detail sangat dalam bab-bab ni. tapi bila dah siap, macam aku cakap tadi, ianya suatu kepuasan!! huh. alang yang KKM tadi pun dok betulkan balik part-part orang lain walaupun tak salah. tapi kan. alaaahhh. boleh fikir lah. jangan la buat kerja macam lepaskan batuk di tangga. orang lain pun ada kerja lain jugak laaaa... 

aku jugak melalui apa yang anda lalui. jangan risau kata tak aci lah apa. sama je jadinya bila kerja tu dah banyak.

tetiba emo pulakkan. aku baru nak berangan tak nak tengok lagi fizikal tuh. tapi, bila tengok balik part editor punya, dia macam lagi banyak pulak. so aku kena motivate diri. 

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

thats all. bai bai

Sunday, May 13, 2012

Mak, Selamat Hari Ibu!!!

assalamualaikum.

setelah bergayut dengan mak lebih kurang 1 jam secara totalnya barulah aku dapat idea nak post entry apa. memandangkan aku tak balik. ini je yang mampu aku nak tayang sikit kat korang. huhu. 

tadi mak call (ehem! kredit tinggal ciput ja. hehe) kata yang abang aku and the famili bawak dia pergi Pizza Hut. hiew hiew. terus aku pun nak ngidam Pizza Hut boleh tak? haha

aku takda nak bagi present time hari-hari begini memandangkan ongkos pun aku mintak kat mak. tapi ada lah ole-ole dari Medan hari tu aku beli and aku sure mesti mak suke. hehe

aku tetiba speechless pulak taip apa nih. tak mau lah nak touching-touching time nih. segan lah I.. tapi tak pa lah.

mak, selamat hari ibu ya. walaupun hari ibu tu boleh je kata tiap-tiap hari pun hari ibu kan?
mak, terima kasih dah lahirkan adik ke dunia nih. tanpa mak, siapa lah adik.
mak, walau apa pun jadi, adik still akan berada di samping mak.
mak, kalau mak tak ada, adik pasti dah takda sapa-sapa lagi selain abang.
mak, adik sayang sangat dengan mak!! nak baliiiikkkkkk!!!!!

huh. the end. tak mau tulis panjang-panjang. aku tak pandai nak bersastera bagai ni. hurm. layan je lah mak saya yang fotogenik kat bawah ni. pergi mana-mana pun dengan mak. memandangkan tak ada kereta. merempit pun boleh la. janji jalan. haha 

muka bersama-sama time rewang
mak malu-malu pulakkan?? haha (2009)
kat Alamanda, Putrajaya.
tetiba mak lebih tinggi?? haha (2009)
kerja kawin jiran sebelah rumah.
petang tu sat lagi dah nak berambus balik matrik sob sob (2010)
hantar ke matrik time balik hujung minggu.
yang sebelah tu memang hebat bab pecut-pecut ni (2011)

before merempit pergi pasar malam kat Parit Sulong
naik motor je okay (2011)
kat Tanjung Bidara.
1st time pergi outing dengan famili (2011)
pergi tengok kapal selam kat Melaka
aku skip Kem Jati Diri UM semata-mata nak ngempeng dengan mak
hehe (2012)
nantikan kepulangan aku pada 24 Mei ni insyaAllah kalau tak ada apa-apa aral mendatang. aku nak balik!!!! gila lah dah lama tak balik nak ngempeng dengan mak. haha walhal baru sebulan lebih sikit je pun. tak pecah rekod yang dulu pun. haha

till then. babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...