Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Aini BELUM STUDY lagi!!!


ok.. tengok title pun dah tahu.. aku balik rumah.. belum study apa-apa.. mana tak nya.. hujan dari pagi sampai petang.. sejuk yang menyamankan.. rasa nak membuta dari pagi hingga ke petang.. tarik selimut dan.. zzzzZzzz... kat UM mana rasa benda-benda macam nih.. dah la kepoh kat berita kata Batu Pahat banjir.. tapi bukan whole Batu Pahat ok..

ye.. hujan je kat sini.. ada lah jugak hujan tu berhenti.. kalau tak macamana aku nak keluar merayau dengan mak aku.. aku bukan anak orang kaya yer nak keluar jalan-jalan naik kereta macam orang lain.. motor je yang mampu.. so.. it all depends on the weather.. 

setakat ni kat tempat aku tak banjir lagi.. setakat air parit tu penuh ada lah.. agak-agak nak melumban memang best.. hahahaha.. tapi sekarang ada lagi ke budak-budak main kat parit..??? semua dah terror main angry bird jer.. like my own nephew.. hahahaha aku sendiri tak reti main angry bird.. aku yang menyirap dengan bird-bird tuh hahahaha

tiba-tiba nak salahkan hujan pulak.. hahahaha.. btw.. sekarang dah mula hujan balik.. 

I NEED TO STUDY NO MATTER WHAT HAPPEN NOW!!!!

tekad itu penting!!! mesti settlekan geostats hari ni!!! wish me luck!!!

dah-dah ler tu Aini sibuk jer update blog.. study blog lettew.. hampeh >.<

chow~

Friday, December 23, 2011

Study Week di Rumah ^_^

THREE
.
.
.
TWO
.
.
.
ONE
.
.
.
STUDY WEEK HAS JUST BEGUN

so.. dah namanya study week.. kita kena buat apa murid-murid???? 

"STUDY CIIKKKGGUUUU"

eh tiba-tiba masuk sekolah pulak.. hahaha abaikan~ motif nya mengupdate blog pada hari ini adalah... 

ehem!!!

aku BALIK RUMAH hari ni.. erk.. heeee ^_^

kisahnya : 
tadi pagi nak pergi kelas Dr. Sam a.k.a Atok yang last.. my beloved mother called.. tapi.. err... tengah bersiap... susah la nak cerita panjang lebar.. so bila dah habis kelas, aku telefon lah balik.. rupanya dia nak tanya boleh tak dia nak bermalam few days kat rumah anak buah dia.. ni semua gara-gara abang aku tinggalkan mak aku sorang-sorang lah ni... kurang kasih sayang mak aku tuh jadinya.. hahahaha.. so aku pun membuat keputusan yang drastik dengan mengatakan "mak, kalau adik balik hari ni macamana???" korang jangan mengada nak gelak bila aku sebut adik tuh!! well, aku anak last :DD

setelah beberapa ketika struggling yang aku berusaha tak nak balik rumah before final nih.. tak tercapai.. yang tercapai hanyalah lebih seminggu daripada sebulan yang aku target tak nak balik rumah.. kononnya tough boleh tahan homesick.. pooorrraaahhhh!!! patutlah tadi pagi aku mimpi tiba-tiba dah ada kat rumah.. well.. telah ditakdirkan aku nak balik petang ni.. :DD

so tiket bas aku pukul 6 petang.. kalau tak, nak ambil pukul 4.. tapi... sebab.. tunggu turn basuh baju lama sangat.. tak sempat lah sampai TBS.. kantoilah aku basuh baju guna apa.. lalalala.. tapi budak tu la yang sengal potong line aku.. cis!! eh eh.. emo pulak.. lepas call mak, aku terus call KTB groups tu nak tanya bas petang ni ada lagi tak.. <-- nampak tak tekad aku nak balik?? hahaha btw.. kejap lagi baju siap basuh.. sidai baju.. siap-siap.. settle semua.. terus chow.. hehehehe

till then.. kena sampai awal kat TBS kang terjadi kembali kes terlepas bas time balik kena chickenpox bulan lepas.. taubat kau jaahhh

bubye ^_^

Saturday, November 12, 2011

Cuti Dah Habis Ke??

Hello readers sekalian

hari ini hari apa?? sabtu... esok hari apa?? ahad.. sekarang ni pun dah nak masuk hari Ahad.. means....

DAH KENA BALIK UM LAAAAA

ok fine... tak sanggup nak histeria sangat sebab wajib kena balik UM "tercinta" even boleh jer balik minggu depan.. 

eh?? apa pasal pulak Aini boleh balik minggu depan?? UM tu dia punya ke?? 

oh tak payah la nak drama sangat.. UM tu memang Aini yang punya so... suka hati Aini lar nak balik bila...

bongkak gila ayat itu.. no no no.. I've got some speciality so that I've given that chance... huahahahaha tapi dengan gigihnya kena jugak balik UM kalau nak stay kolej.. motif??? lu pikir la sendiri

ah sudah.. melalut je.. sebenarnya.. budak-budak pelajar-pelajar universiti semuanya sedang bercuti mid-sem.. so esok dah habis lah cuti mereka.. tetapi tidak bagi saya yang bernama Aini ini.. sebab.. boleh sambung MC coz tak baik lagi dari penyakit sakit yang dihidapi.. malangnya.. saya still balik jugak esok.. huh I just don't like that!! even Aini dah cuti lebih awal daripada mereka-mereka semua.. cuti mid-sem ini dah tak serupa cuti mid-sem.. for me lebih kepada cuti sakit jer..

so dah faham konflik Aini??

orang lain balik rumah beraya.. boleh makan sedap-sedap.. boleh jalan-jalan.. pun boleh pergi dating.. Aini??? hanya mampu terperap kat rumah.. duduk diam-diam.. makan pantang.. rupa semakin serupa nenek kebayan.. tak dapat nak main dengan anak-anak buah.. tak boleh nak melaram time raya.. hanya mampu melaram dengan baju tidur sahaja.. apakan daya..

Aini agak emotional selama beberapa minggu ini.. banyak benda yang datang menguji iman dalam diri ini.. Alhamdulillah.. semuanya mampu ditangani.. dengan izin Allah.. yang tak dapek den nak nolongnya... 

WA PUNYA ASSIGNMENT!!!! 

huahahahaha... yang tu memang berserah je lah..

actually.. Aini pun tak tahu apa cerita dengan assignment.. hahahaha.. begitu juga dengan continuous assessment.. entah apa khabar prof-prof pun tak tahu.. naik cuti ni exam apa pun entah lah.. tapi tahu memang ada exam.. memang cari nahas.. esok balik dengan otak yang kosong.. cubalah tanya apa-apa pasal subjek.. 'entah' la jawapannya.. mati laaaa....

almaklum la.. badan MC.. otak pun MC maa... <-- ayat mintak kena pelempang

so now.. baju pun tak packing lagi.. kenalah pergi pack sekarang.. walhal sangat lah tidak mahu... esok dah nak bertolak awal sebab akan berjalan jauh esok.. sepatutnya naik bas jer kan.. tapi.. memandangkan Aini tak berapa sihat.. so my brother is willingly to send me off.. yes!!!

long journey for tomorrow 

Batu Pahat ---> Kota Tinggi ---> Kuala Lumpur

boleh imagine berapa jam duduk dalam kereta?? MANTOOPPP!!!

kenapa lah cepat sangat masa berlalu... tak puas nak bermanja-manja dengan my mum... huk huk huk :'( sape la nak tolong sapukan ubat lepas ni... huahahaha... toucink!!!

till then.. I just can't wait for the semester break!!! 

alamak!!! terlupa pulak pasal Final Exam -_-"

adios~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...