Saturday, November 17, 2012

Cerita Cuti Mid Sem Aku

Moshi moshi!!!

untuk pertama kalinya cuti aku dihabiskan bukan di rumah sendiri, tetapi di rumah roomate tersayang.. kisahnya aku dah bagitahu kan yang aku menetap kat kedah 5 hari 5 malam.. balance tinggal 4 hari je kat rumah sendiri..

berbalik pada cerita aku merantau ke utara, sememangnya aku agak jakun bila sampai sana.. tapi tak lah jakun sangat sebab dah busy rewang macam akak aku pulak yang kawin walhal aku ada abang je -,- cuma telinga aku je la yang tak boleh blaa sebab.. aaarrgghhh apa lah orang ni cakap!!! haha ceritanya aku agak blur kat sana sebab aku tak faham apa la yang mak cik, pak cik tu cakap.. lambat sikit aku nak hadam maksud dia.. yang paling teruk, ada satu part tu, kat dalam kereta, masa 1st-1st tu laa, sepupu Ina cakap apa entah aku main a'ah je coz tak faham.. pekat betul slang dia.. haha.. tapi sebelum plan nak ke utara ni menjadi, banyak jugak halangan pancaroba yang perlu ditempuhi sebelum aku berjaya menjejakkan kaki di bumi jelapang padi ni.. tapi tak pe, semuanya dapat ditempuhi dengan penuh ketabahan dan kecekalan..

tiket dari KL ke Kedah aku burnkan sebab, timingnya lambat sangat dan sebab Ina buat ayat menusuk kalbu walaupun aku tahu yang dia tak niat pun macam tu.. ayatnya berbunyi macam ni "mesti esok aku anak yang last sampai" sebab tiket hari sabtu pukul 10.30 pagi.. sudah semestinya sampai dah petang hampir magrib.. kendurinya hari ahad.. hurm.. owsem.. setelah aku berfikir masak-masak petang jumaat tu, aku cadangkan kat Ina supaya go on je balik Kedah dengan sepupu dia malam tu.. so sampai rumah dia hampir pukul 3 pagi coz keluar KL agak lambat dan jammed teruk petang tu..

hari kedua di Kedah berlalu dengan persiapan rumah pengantin, kemas rumah, bungkus itu ini, cari pokok inai and bla bla bla.. memang serupa macam akak aku yang kawin.. tapi yang bestnye aku dapat pakai INAI!!!! yeay!!! rasanya dah berkurun aku tak pakai inai buatan sendiri sebab abang aku dah tebang pokok inai kat belakang rumah.. so malam tu semua dok excited join pakai inai.. including me :D

esoknya, di hari kemuncak kenduri.. semuanya berlalu dengan baik walaupun petang tu hujan.. pagi tu agak busy sebab rewang sedasyat yang aku tak pernah rasa.. dah pukul 11 kot baru nak mandi bersiap cantik-cantik.. kalau tak, still lagi pakai t shirt and track suit masa orang datang masak-masak.. aku sedih sebab tak dapat snap banyak coz kamera aku condem sebab terhempap buku-buku tebal dalam beg time kuliah minggu lepas.. so aku merajuk dengan keadaan nazak dia, ingatkan nak rehatkan dia daripada digunakan. sesungguhnya kamera aku tak berputus asa untuk berbakti kepada aku setelah lebih 3 tahun bersama-sama.. dia still boleh digunakan tapi aku tak bawak charger pulak.. aaa.. sadis.. jadinya hanya beberapa ketul je gambar yang dapat diambil..

muka dah make up cantik-cantik dan perut kelaparan
abang Ehsan and kak Shikin
habis je kenduri memang aku lepak habis lah.. lepak-lepak jugak.. kemas-mengemas kena jugak buat.. redha.. malam tu jugak ramai yang beransur pulang ke tempat masing-masing.. keesokkan harinya dilalui dengan deangan aman sedikit sebab tinggal kemas-kemas je.. tak kelam kabut macam masa sebelum kenduri.. petang tu abang Ina bawak pergi Shahab Perdana coz nak beli tiket balik.. mak aku dah menjerit-jerit bila nak balik Aini oiii.. so aku beli tiket Rabu malam sebab mak Ina ajak pergi hantar pengantin ke tempat lelaki sekali.. nasib baik aku bawak 2 pasang baju raya.. hehe

hari selasa minah ni bawak pergi jenjalan kawasan sekitar tempat dia.. kalu tak dia cuma bawak merempit pergi kedai, pusing kampung dia je.. tu pun sebab beli barang.. haha.. so petang tu Ina bawak ke Titi Hayun.. tengok pemandangan dari kaki bukit.. singgah kat Sri Perigi?? okey aku tak sure namanya.. tapi dekat-dekat situ jugak lah.. btw, ni satu benda baru bagi aku sebab, aku tak tahu pun kewujudan tempat ni -,- failed as geographer

kat entrance Tangga Kenari.. 1000 mata tangga katanya..


bukti merempit semestinya kena ada
malam tu kitorang sibuk prepare bunga telur untuk pihak lelaki.. and pakai inai sekali lagi sebab inai yang hari tu tak berapa terang.. oleh sebab aku antara insan yang awal pakai selain pengantin.. so inai aku sangatlah terang.. yeay!!! shantek!!! hehe malam tu aku dah sedih sikit sebab.. dah nak balik.. aaa tak tahu lah kenapa.. walhal nak balik rumah sendiri.. hurm

hari terakhir di sini berakhir dengan hantar pengantin kat belah lelaki di Kuala Kedah..

malu-malu pulak nak posing
dengan sebahagian famili belah perempuan

kejadian melencong ke tempat lain selepas hantar pengantin..

berhadapan dengan jeti Kuala Kedah
muka jakun masuk bendang.. excited!!
balik rumah je, makan-makan.. siap apa-apa yang patut.. coz dah nak berangkat balik.. bas dijangka sampai kat Guar pukul 9.45 malam.. tapi pukul 9 dah sampai.. last-last bas sampai pukul 11 malam.. memang awesome!!! setelah semalaman bergelut dengan sakit belakang kat dalam bas, pukul 7 pagi aku sedar dah sampai stesyen Bentayan.. macam kenal je tempat ni.. rupanya dah sampai Muar.. haha stop kat Batu Pahat hampir pukul 8.. tunggu Transnasional bukak coz nak beli tiket balik KL hari ahad.. menyirap aku tunggu punyalah lama.. last-last masa nak bayar tu kena marah pulak.. sorry la aku confius harga dia 80 sen ke 60 sen!! dah nama pun orang baru bangun tidur.. huh.. cepuk kang, pagi-pagi dah mengaruk.. spoil betul lahh.. sampai rumah je dah pukul 9 lebih.. mak aku dah menunggu dengan hidangan yang banyak kat atas meja nak sarapan..

till then.. the end cerita aku merantau ke negeri utara.. bye bye

p/s : teknik penceritaan aku nampaknya dah banyak berubah.. padah lama sangat tak update blog -,-

Turning to Twenties

Hai guys!!!

setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging, kini ku kembali setelah berusia 2 dekad selepas beberapa minggu.. huh.. sudah tua..

hari khamis aku menjejakkan kaki di bumi Batu Pahat dari Yan, Kedah.. pi rumah beloved roomate coz akak dia kawin.. so ku menetap bersama-sama orang utara selama 5 hari 5 malam.. oleh sebab sekarang ni tengah cuti mid sem, mak aku kat kampung dah hari-hari telefon bila nak balik.. tak pa mak, anak kesayangan mak dah balik dah niii hehe

aku balik-balik je, ada satu kotak besar menanti untuk di buka.. masa kat Kedah haritu ada orang call, dia nak hantar kotak tu lah.. habis aku pulun otak pikir bila masa aku masuk contest sampai ada orang hantar hadiah kat rumah, tup-tup aku baru ingat yang best friend aku kat Kedah jugak ada mintak alamat rumah..

cis!! ku baru nak feeling "wow... siapakah???" haha so, oleh kerana tuan yang bagi tu dah wall post kat ku, so meh la ku tepekkan gambar hadiah yang diposkan itu.... hadiah apakah?? of course lah hadiah besday!!!

besar okay.. 4 kg
dan inilah isinya.. dah sama saiz dengan ku.. alamak tie senget hasil keganasan aku :P
me and Didi :D
aku tak sangka dah umur 20 baru dapat benda-benda yang macam ni.. Teddy Bear siot!!! kalah saiz teddy bear roomate aku kat matrik dulu.. so Nad, ku bagi dia nama "Didi" hoooo.. and kebetulan jugak, my mum jugak bagi hadiah yang berasaskan teddy bear walaupun ianya tidak boleh dipeluk tetapi hanya boleh dilihat dan didengar.. korang dah plan sama-sama ke??

yang ni cerita my best friend, kalu cerita roomate, terima kasih la bagi aku memulakan umur dua puluhan dengan prank yang boleh dikatakan menjadi.. nasib baik la takat bedak.. ada la wangi jugak.. tapii..

gambar terpaksa dicensoredkan..
nampak tak muka dengan penuh kejahatan tu.. lepas snap je terus kena telur setepek kat kepala.. terima kasih.. terima kasih kerana mewangikan baju yang baru dirasmikan sempena besday aku masa tu.. thank you thank you..

sebelum terlupa, terima kasih kepada semua yaa.. yang wish, yang tak wish, yang teringat tapi tak sempat wish (macam aku), yang tak ingat langsung, yang bagi hadiah and yang tak bagi apa-apa.. terima kasih!!! especially kat 2 orang yang atas ni.. Nad, million of thanks for the bear :D ku tau bear tu mahal >_
< Ina, thank you la kau buat projek prank aku bersekongkol dengan Liza.. yaaa.. thank you.. tahun depan boleh plan lagi dahsyat haha

cerita dah basi baru nak kepoh, macam ni laa -,- supposed to be last month, tapi.. dah nama pun blog aku, suka hati aku lah nak update bila :P

till then, bai bai

Thursday, October 4, 2012

Tutorial untuk Install ArcGIS 9.3

Assalamu­­­­alaikum semua :D

So hari ni aku kembali mengupdate dengan gigihnya sebab telah berjaya menginstall ArcGIS 9.3. okey, nampak sangat aku kecoh di sini sebab rasanya dah berpuluh kali aku try install tapi tak jadi. Sampai naik fed up. oleh sebab tadi dah tak sanggup nak uninstall kembali software tu, aku godek-godek license manager dan setelah beberapa ketika menggunakan logic akal, aku berjaya memilih file yang betul. Yea!!! Tepuk sikit, wooooo

bagaikan suatu kejayaan haha
 Oleh yang demikian aku faham bagi sesiapa yang rasa macam hiew hiew je bila buat tak jadi jadi. Kan kan kan? Haaa oleh itu, Aini come to the rescue!!!! Haha. itulah tujuan aku update hari ini.

Okey, nak install benda ni, bahan yang vital sekali adalah semestinya file ArcGIS 9.3 yang korang dah dapat tu berserta file “crack” dia. Kalau tak ada, boleh download kat SINI. Menurut lecturer aku, Dr. Aziz, harga software ini je mencecah belasan ribu ringgit, so … fikir lah sendiri haha.

Kalau korang google, or tengok youtube ke, mesti dapat step yang agak memeningkan. tapi ada je yang berjaya. bergantung. So, aku akan cuba sedaya untuk tunjuk satu-satu step secara ringkas apa yang perlu korang buat based on pengalaman aku. ehem! pengalaman konon -,-

Bismillahirrahmanirrahim

1. Buka “crack” folder.
2. Buka folder “License_server_Setup”
3. Run “LMSetup.exe”
4. “ArcGIS 9 License Manager Setup” window akan “pop up”


5. Klik pada kotak “browse”
6. Pilih “37102011.EFL9” yang ada di folder yang sama. (Crack/License_server_Setup)
7. Klik “Next” untuk run program berkenaan
8. Dah siap, JANGAN “Restart”
9. Copy semua file yang ada dalam folder “license_server_crack” ke folder "arcgis9x" di local C. (C:\Program Files\ESRI\License\arcgis9x) overwrite je semua.
10. “Restart” computer
11. Buka balik folder “License_server_Setup”, rename file “37102011.EFL9” / “37102011” kepada “license.lic”
12. Buka file yang telah direname tadi menggunakan notepad.
13. Ganti server name “this_host” dengan nama computer anda. Kalau tak tahu, buka My Computer > system properties > change settings (computer name, domain and workgroup settings)

copy nama komputer
paste kat "this_host"
14. Klik “file” dan kemudian “save”
15. Copy dan Paste “license.lic” yang dah diedit tadi kat License server Direction (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) copy dan replace sahaja.
16. Di folder yang sama tu juga, (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) run “lmtools.exe”
17. “LMTOOLS by acresso Software Inc.” windows akan pops up


18. Pilih “Configuration Using Services”
19. Kemudian klik “Config Services” tab



20. Biarkan je service name seperti yang tertera ”ArcGIS License Manager”
21. Di “Path to the lmgrd.exe file” browse C:/program files/ESRI/License/arcgix9x/lmgrd.exe
22. Di “Path to license file” browse ke C:/program files/ESRI/License/arcgix9x/license.lic

Yang ni perlu berhati-hati di bahagian ini lah yang menyebabkan aku tak boleh register license dengan betul. Untuk cara yang selamat, terus je taip kat kotak tu “license.lic.elf9” dan pilih yang tu. 

Kebiasaanya aku buat macam ni, terus je pilih yang ada dalam folder dan dia akan pilih “license.lic” sahaja. Inilah yang meyebabkan korang aku tersangkut di step ke-31

Diingatkan kembali, JANGAN PILIH YANG BUKAN FORMAT “.elf9

pilih yang macam ni
tak nak yang macam ni. JANGAN buat macam ni
23. Di “Path to debug log file” browse dan pilih ”ArcGIS_LM”
24. Klik “Save Service”
25. Klik di “Start/Stop/Reread” tab


26. Klik pada “Start server”. Pastikan di bawah tu tertulis “start server successful
27. Klik pada “Reread License File“ dan “Reread Server License File Completed” akan tertulis di bawahnya. kalau dia kata failed, itu maknanya korang silap pilih waktu kat step 22
28. Sekarang dah boleh install program utama (Esri.exe)

simbol
kalau tak tahu cari
29. Klik pada “ArcView” dan “install ArcGIS Desktop”. Buat sampai habis dan jangan register dulu. klik "register later"
30. Copy file “fme_license.dat” di folder (crack/data_interop) ke folder (C:/program files/ESRI/License/arcgix9x) atau ke (C:\Program Files\ArcGIS\Data Interoperability Extension). Pilih salah satu.
31. Buka “Desktop Administrator” melalui Start > All Programms > ArcGis > Desktop Administrator dan tukar setting yang berkenaan
  • “Software Product”: pilih “ArcInfo (Floating)”
  • “License Manager”: klik "change" dan tukar kepada “localhost” (taip je “localhost” secara manual)
  • “Availability”: pilih “ArcInfo Desktop (Floating)”
32. Klik “apply” dan “OK”

Dah boleh mula browse ArcMap :D

interface ArcGIS 9.3
sekian.

Tuesday, October 2, 2012

Skrin Hitam di Google Chrome

hokey guys. setelah sekian lamanya aku tak meng"update" blog ni setelah keberangkatan ke Indonesia masa minggu-minggu raya hari tu, entry raya pun tak buat :P sampai laa ni aku tak update sebab lappy aku ni masuk bengkel, so sekarang aku nak feeling-feeling macam technician kejap sebab aku tolong betulkan balik lappy kawan aku ni yang selalu dok teman aku pergi balik bengkel. haha

masalah lappy kawan aku ni tak ada lah teruk mana macam problem lappy aku yang tak mampu nak tangani sendiri. takat guna-guna software boleh diharap lagi lah. berbalik kepada masalah utama tadi (aku dah lari tajuk) lappy dia ni, bila kita browse internet, display akan jadi hitam, terutamanya bila nak tengok youtube (termasuk juga portal student UM or maybe juga website lain yang banyak guna flash player). so bila kawan aku ni tanya kat abang technician tu, dia pun macam malas nak layan sebab mungkin dia rasa benda ni boleh ditangani sendiri so dia malas nak susahkan otak dia dengan benda-benda remeh. Liza (opps, tertaip haha) pun macam blur-blur je aku tengok time abang tu cakap, so aku dengan rasa tak sedar diri pun volunteer nak buatkan untuk dia. btw waktu tu abang tu banyak customer. haha

setelah dieksplore, ini lah rupanya bila buka youtube.

Laptop HP Pavillion G4 with ATI Radeon Graphic Card
sadis. lagu boleh dengar, tapi video tak nampak langsung. benda ni hanya jadi di google chrome dan tidak di mozilla firefox. jika diteliti, bahagian url dan tab tak hitam tetapi hanya di interface laman web itu sahaja yang hitam. so apabila aku buat seperti apa yang abang tu cakap (uninstall dan install balik google chrome dan adobe flash player), tak berlaku apa-apa perubahan pun. hampir separuh malam berlalu dengan menggoogle apa yang boleh dibuat kat forum google, adobe dan youtube setelah proses uninstall dan install kembali tidak membuahkan hasil. kebuntuan mula melanda kepala otak aku yang tak ada pengetahuan pun pasal benda-benda ni.

hasil pencarian aku, ada 2 cara untuk mengatasi masalah ini.

Cara Pertama
copy paste ayat ni kat properties shortcut google chrome
" --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"

  1. klik kanan di shortcut google chrome
  2. klik "shorcut" tab
  3. kat kotak target, paste ayat kat atas di hujung ".exe". dia akan jadi macam ni : "C:\Users\****\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"
  4. klik "Apply" dan seterusnya "OK"
lepas tu, boleh browse macam biasa melalui shortcut tersebut. tapi, masalah hanya settle bila kita mula online dengan klik shortcut itu sahaja. kalau mula online dengan mengklik kat taskbar yang sebaris dengan butang "start" tu, masalah screen hitam ni timbul balik. kesimpulannya step ini hanya berkesan kalau mula browse melalui shortcut itu sahaja.

oleh itu aku kembali menggoogle cara lain dan inilah hasilnya.

Cara Kedua
tukar setting di Catalyst Control Center

1- klik "Start" > "all program" > "Catalyst Control Center" > "Catalyst Control Center"
2- korang godek lah home center tu sampai jumpa macam ni. aku tak ingat nak klik kat mana coz lappy aku guna NVIDIA je. kalau tak tahu ikut aje lah urutan tab kat atas tu "start > power > switchable graphics"


3- tukar setting untuk "chrome.exe" dari "high performance" ke "power saving"

4- klik "Apply"

seharusnya udah bisa untuk ... eh, terguna slang Indonesia pulak haha. btw, lepas ni biasanya dah boleh browse seperti biasa sama ada melalui shortcut di desktop mahupun melalui shortcut di taskbar. kalau still tak boleh, korang boleh cuba berdasarkan step lain kat link ni, http://adrian.sutantio.info/2012/04/black-screen-on-chrome-browser-when.html aku try buat pun dari link ni. cuma dialih bahasa untuk memudahkan proses.

sekian :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...