Wednesday, May 16, 2012

Mata & Assignment

assalamulaikum

sekarang, dah pukul 2 pagi. mata aku dah terkulat-kulat rasa nak tidur. assignment KKM aku dah siap print. HEAVEN rasanya!!! siap editing biar standardize semua sekali. nampak cantik. errk, puji diri sendiri. tak apa. cantik dan kemas itu satu kepuasan walaupun kerja group. walaupun berapa banyak kali kena print balik. hanya kerana capital letter je. huh. tak apa. aku gigihkan jugak cek sebijik sebijik huruf tu. bila siap tinggal nak binding je, rasa macam dah bebas daripada segala masalah.

tapi jangan lupa. assignment Fizikal lagi mintak kena edit. aku??? huarrrgggghhhhh!!!!! mahu terkeluar anak mata bila tengok. lagi-lagi bila edit orang lain punya part. kalau macam KKM yang pada aku tu simple tak apa. ini dah rupa tesis nak suruh aku edit even spacing antara huruf. huh. boleh bayangkan tak macam mana aku nak harungi benda ni? at least pun cek lah kalau nak lepas tangan dah. bak kata cikgu aku kat matrik dulu. SILLY MISTAKE!!! 

aku tahu aku ni macam detail sangat dalam bab-bab ni. tapi bila dah siap, macam aku cakap tadi, ianya suatu kepuasan!! huh. alang yang KKM tadi pun dok betulkan balik part-part orang lain walaupun tak salah. tapi kan. alaaahhh. boleh fikir lah. jangan la buat kerja macam lepaskan batuk di tangga. orang lain pun ada kerja lain jugak laaaa... 

aku jugak melalui apa yang anda lalui. jangan risau kata tak aci lah apa. sama je jadinya bila kerja tu dah banyak.

tetiba emo pulakkan. aku baru nak berangan tak nak tengok lagi fizikal tuh. tapi, bila tengok balik part editor punya, dia macam lagi banyak pulak. so aku kena motivate diri. 

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

thats all. bai bai

Sunday, May 13, 2012

Mak, Selamat Hari Ibu!!!

assalamualaikum.

setelah bergayut dengan mak lebih kurang 1 jam secara totalnya barulah aku dapat idea nak post entry apa. memandangkan aku tak balik. ini je yang mampu aku nak tayang sikit kat korang. huhu. 

tadi mak call (ehem! kredit tinggal ciput ja. hehe) kata yang abang aku and the famili bawak dia pergi Pizza Hut. hiew hiew. terus aku pun nak ngidam Pizza Hut boleh tak? haha

aku takda nak bagi present time hari-hari begini memandangkan ongkos pun aku mintak kat mak. tapi ada lah ole-ole dari Medan hari tu aku beli and aku sure mesti mak suke. hehe

aku tetiba speechless pulak taip apa nih. tak mau lah nak touching-touching time nih. segan lah I.. tapi tak pa lah.

mak, selamat hari ibu ya. walaupun hari ibu tu boleh je kata tiap-tiap hari pun hari ibu kan?
mak, terima kasih dah lahirkan adik ke dunia nih. tanpa mak, siapa lah adik.
mak, walau apa pun jadi, adik still akan berada di samping mak.
mak, kalau mak tak ada, adik pasti dah takda sapa-sapa lagi selain abang.
mak, adik sayang sangat dengan mak!! nak baliiiikkkkkk!!!!!

huh. the end. tak mau tulis panjang-panjang. aku tak pandai nak bersastera bagai ni. hurm. layan je lah mak saya yang fotogenik kat bawah ni. pergi mana-mana pun dengan mak. memandangkan tak ada kereta. merempit pun boleh la. janji jalan. haha 

muka bersama-sama time rewang
mak malu-malu pulakkan?? haha (2009)
kat Alamanda, Putrajaya.
tetiba mak lebih tinggi?? haha (2009)
kerja kawin jiran sebelah rumah.
petang tu sat lagi dah nak berambus balik matrik sob sob (2010)
hantar ke matrik time balik hujung minggu.
yang sebelah tu memang hebat bab pecut-pecut ni (2011)

before merempit pergi pasar malam kat Parit Sulong
naik motor je okay (2011)
kat Tanjung Bidara.
1st time pergi outing dengan famili (2011)
pergi tengok kapal selam kat Melaka
aku skip Kem Jati Diri UM semata-mata nak ngempeng dengan mak
hehe (2012)
nantikan kepulangan aku pada 24 Mei ni insyaAllah kalau tak ada apa-apa aral mendatang. aku nak balik!!!! gila lah dah lama tak balik nak ngempeng dengan mak. haha walhal baru sebulan lebih sikit je pun. tak pecah rekod yang dulu pun. haha

till then. babai

Saturday, April 21, 2012

Minggu Kemalasan

Assalamualaikum,

hai korang, sihat semua? harap-harap sihat lah hendaknya. tak macam aku ni. demam dah hampir seminggu. demam kali ini memang sangat complete pakejnya, selsema+batuk+hilang suara+demam+sakit badan. AWESOME!

oh ye, aku lupe nak bagi tahu yang pasal projek kolej tu kan. projek ni like cultural exchange known as "Kembara Nusantara". kira international projek lah yang aku join nih. ke mana? kitorang pergi Medan! Universitas Negeri Medan. sekarang ni i'm not in mood nak tulis panjang lebar pasal bendaalah tu. nanti-nanti lah ye aku post. hehe

sekarang ni tujuan jari-jari aku menari di atas keyboard ni hanyalah untuk menyatakan keadaan aku selepas pulang dari Medan.

kitorang aku sampai kat bilik pukul berapa pun aku dah tak ingat. 10 lebih kot. tapi adalah aku duk menanguk depan laptop transfer gambar-gambar yang ada sampai hampir ketiduran dan terus je tidur bila tengok jam dah pukul 12 tengah malam.

bangun-bangun je pagi tu, haaaaaa. macam tak boleh bangun kau tahu. nak kata kena tindih, rasa dia bukan macam kena tindih but more to kecapean. start batuk-batuk, selsema dan rasa demam and telinga aku sakit sepanjang hari tu. macam masa naik flight. nak diri pun macam tak mampu sampai rasa ngilu kat sendi-sendi di jari kaki. bila batuk je rasa macam semua organ-organ aku actually dah lari dari tempat asal. haaaa??? betul wehhh. aku tak tipu tau..

hari-hari berikutnya still the same. ada rasa kurang sikit tapi aku pun tak tahu berapa banyak. orang tengok aku macam sihat je kan. tapi.. hakikatnya... hahaha nak touching kejap. time-time aku demam macam ni la nak ajak aku main hujan kan. seronok nyaaaa -_-"

as for the lecture for the whole week, aku banyak rasa tertinggal sampai aku rasa tak tahu apa yang aku miss. dalam tutorial jangan cerita lah. memang aku tak habis-habis berdehem dan sadis-sadis seorang diri macam bini mati laki. haha. nak berkata-kata apatah lagi. sangat sexy kau tahu. rasanya gorilla pun lari bila dengar suara aku.

because of these reasons, baru malam tadi aku sibuk nak basuh baju-baju yang dah tinggal berapa helai je dalam wardrobe aku. including baju 4 hari kat Medan. hahaha. kesihatan tak mengizinkan nokkss. masalahnya sekarang, nak sidai pun malas nih. adoiii.. gi manaaaaa nihhh!!! gawat gawat!!!!

takpa habis taip entry ni nanti aku sidai yaaa :DD

meh la aku tayang sikit gambar aku yang bahagia di Medan wink wink hahaha

petang 1st day kat depan Fakultas Bahasa dan Seni,
Universitas Negeri Medan 
petang 2nd day, jalan-jalan kat Istana Maimoon,
kat sebelah tu salah seorang student UNIMED, namanya Dicky
3rd day pergi ke Danau Toba di Parapat.
last day, masa arrive kat KLIA,
beg aku yang warna purple dengan yang kat depan sekali tu je tau.
total 3 beg sahaja plus beg galas belakang.
muka budak demam dalam kuliah HE
p/s : aku tak pakai spect tau. saje curi spect orang biar nampak nerd :P

sekian, aku dah siap sidai baju sementara nak tunggu gambar siap diupload. hebat tak? hahaha

papai.

Sunday, April 1, 2012

S.A.D

Assalamulaikum...

just a little update.. just wanna share with who-ever-you-are that reading this entry.. it is some kind of confession.. i'm not forcing you to read though

lately.. I don't know why.. everything that I've done some kind of turn upside down.. I'm afraid that I seems to be can't cope with what is happening around me.. forgot for almost all the important task.. totally out of focus.. this can't be happening..

IT IS A DISASTER!!!!!

as I am in a deep feeling that I'm unable to do anything from any of my task.. totally loser.. can't imagine how terrible I am in the mean time.. with the decision making it even worst.. brain seems can't functioning well -_-" 

whats happening with me...????

as for assignment 
KKM <-- forgot the title
TITAS <-- almost done but its not the best from me personally (sorry)
HE <-- confused all the time (its not like what I expected from the group)
English <-- 3 more paragraph. I'm not too worried about this
Physical Geography <-- haven't start any of the assignment (supposed to be 2 titles, plate tectonics and weathering)
Human geography <-- only focus on test
Earth System <-- STUDY PLEASE!!!!!
Bio Cell <-- need to remember back what is learned before in matriculation

and the college project.. need to have at least RM 500 in hand by cash.. one of the MOST DIFFICULT task currently.

wish me luck
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...