hokey guys. setelah sekian lamanya aku tak meng"update" blog ni setelah keberangkatan ke Indonesia masa minggu-minggu raya hari tu, entry raya pun tak buat :P sampai laa ni aku tak update sebab lappy aku ni masuk bengkel, so sekarang aku nak feeling-feeling macam technician kejap sebab aku tolong betulkan balik lappy kawan aku ni yang selalu dok teman aku pergi balik bengkel. haha
masalah lappy kawan aku ni tak ada lah teruk mana macam problem lappy aku yang tak mampu nak tangani sendiri. takat guna-guna software boleh diharap lagi lah. berbalik kepada masalah utama tadi (aku dah lari tajuk) lappy dia ni, bila kita browse internet, display akan jadi hitam, terutamanya bila nak tengok youtube (termasuk juga portal student UM or maybe juga website lain yang banyak guna flash player). so bila kawan aku ni tanya kat abang technician tu, dia pun macam malas nak layan sebab mungkin dia rasa benda ni boleh ditangani sendiri so dia malas nak susahkan otak dia dengan benda-benda remeh. Liza (opps, tertaip haha) pun macam blur-blur je aku tengok time abang tu cakap, so aku dengan rasa tak sedar diri pun volunteer nak buatkan untuk dia. btw waktu tu abang tu banyak customer. haha
setelah dieksplore, ini lah rupanya bila buka youtube.
Laptop HP Pavillion G4 with ATI Radeon Graphic Card |
sadis. lagu boleh dengar, tapi video tak nampak langsung. benda ni hanya jadi di google chrome dan tidak di mozilla firefox. jika diteliti, bahagian url dan tab tak hitam tetapi hanya di interface laman web itu sahaja
yang hitam. so apabila aku buat seperti apa yang abang tu cakap
(uninstall dan install balik google chrome dan adobe flash player), tak
berlaku apa-apa perubahan pun.
hampir separuh malam berlalu dengan menggoogle apa yang boleh dibuat kat
forum google, adobe dan youtube setelah proses uninstall dan install
kembali tidak membuahkan hasil. kebuntuan mula melanda kepala otak aku yang tak ada pengetahuan pun pasal benda-benda ni.
hasil pencarian aku, ada 2 cara untuk mengatasi masalah ini.
Cara Pertama
copy paste ayat ni kat properties shortcut google chrome
" --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"
- klik kanan di shortcut google chrome
- klik "shorcut" tab
- kat kotak target, paste ayat kat atas di hujung ".exe". dia akan jadi macam ni : "C:\Users\****\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe --disable-gpu-sandbox --disable-image-transport-surface"
- klik "Apply" dan seterusnya "OK"
lepas tu, boleh browse macam biasa melalui shortcut tersebut. tapi, masalah hanya settle bila kita mula online dengan klik shortcut itu sahaja. kalau mula online dengan mengklik kat taskbar yang sebaris dengan butang "start" tu, masalah screen hitam ni timbul balik. kesimpulannya step ini hanya berkesan kalau mula browse melalui shortcut itu sahaja.
oleh itu aku kembali menggoogle cara lain dan inilah hasilnya.
Cara Kedua
tukar setting di Catalyst Control Center
1- klik "Start" > "all program" > "Catalyst Control Center" > "Catalyst Control Center"
2- korang godek lah home center tu sampai jumpa macam ni. aku tak ingat nak klik kat mana coz lappy aku guna NVIDIA je. kalau tak tahu ikut aje lah urutan tab kat atas tu "start > power > switchable graphics"
3- tukar setting untuk "chrome.exe" dari "high performance" ke "power saving"
4- klik "Apply"
seharusnya udah bisa untuk ... eh, terguna slang Indonesia pulak haha. btw, lepas ni biasanya dah boleh browse seperti biasa sama ada melalui shortcut di desktop mahupun melalui shortcut di taskbar. kalau still tak boleh, korang boleh cuba berdasarkan step lain kat link ni, http://adrian.sutantio.info/2012/04/black-screen-on-chrome-browser-when.html aku try buat pun dari link ni. cuma dialih bahasa untuk memudahkan proses.
sekian :D
1 comment:
Hotel Casinos Near Harrah's Atlantic City - MapyRO
Looking for 사천 출장안마 the 안양 출장마사지 best 오산 출장안마 Harrah's Casino Hotel? Compare reviews 보령 출장안마 and find deals at Hotels.com. Nearby Casinos. Harrah's Atlantic 포천 출장안마 City Casino.
Post a Comment