Friday, August 17, 2012

Kami Manusia Pelik :P

moshi moshi, assalamualaikum semua!!!

dah lama nampaknya aku tak update blog ni kan. boleh nampak dah sawang-sawang kat toolbar anda. eh?? haha btw, tiada idea yang membangun untuk dikongsikan sepanjang berapa lama eh aku tak update blog ni? erm.. let me see.... berbulan nampaknya hehe

okay la, masa habis exam hari tu ada jugak angin nak update tapi bila malas menguasai diri, jari melagha buat benda lain yang tiada faedah langsung. err nope. maybe ada. coincidentally haha. sedikit info kepada kawan-kawan yang terdekat, Aini semakin lumpy semenjak bermulanya cuti semester ni. so, jangan terperanjat bila aku agak sewel, melalut dan lambat pick up apa yang korang nak sampaikan kat aku.

berbalik kepada nawaitu asal, aku nak cerita sikitlah apa yang terjadi pada aku hari ni, sehari sebelum Ramadan. esok dah kena puasa kan.. so, aku tidak melepaskan peluang untuk keluar menikmati detik-detik akhir boleh makan pada waktu siang di khalayak ramai muahahaha

ceritanya bermula pada jam 10.10 pagi tadi. seperti biasa aku sebagai driver menjemput saudari Farahaliana haha. terlambat sebenarnya sebab usaha mencari tudung hitam mengambil masa lebih sedikit hehe. oleh kerana aku tak boleh merempit seperti kebiasaanya sekarang ni, masa yang diambil agak lama untuk sampai ke destinasi iaitu bandar Batu Pahat. dah la tak boleh pecut, ada kerja-kerja JKR lagi. semua tu makan masa okay. btw, kalau korang tak tahu, aku bawa motor je :P

sampai stesyen minyak, isi minyak motor dan terus ke Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara. kamilah insan-insan yang baru nak tukar myKad umur 12 tahun tu.  sayang nak tukar sebab muka comel hiewhiew. sampai je kat situ, cari parking kat luar sebab pagar dia turunkan penghadang tu. so, berpusing-pusing makan angin kejap sebab nak patah balik kat bangunan tu becoz jalan sehala. dalam perjalanan pulak lah terjumpa insan yang macam familiar selisih jalan. baru balik kelas kot. sampai je kat bangunan tu, aku teragak-agak untuk parking dalam sebab, yelar, kan penghadang tu diturunkan. tapi abang pak guard tu suruh je masuk. Fara kat belakang gelakkan aku sebab dia fikir "macamana la Aini nak masuk ni..." walhal.. memang penghadang tu dia naikkan cukup-cukup untuk motor lepas. okay Fara, puas hati?? haha

proses gantian kad pengenalan ni tak mengambil masa yang lama seperti yang disangkakan. eleh, sebab tak ramai orang pun. datang ambil nombor, isi borang kepuasan pelanggan, bayar (denda rupanya), tunggu kejap, tangkap gambar then siappppp!!! cop cop, bukan siap boleh ambil terus myKad yang baru okay, kena tunggu 1-2 BULAN!!! erk!!! fine. kemudian terus berambus. itu sahaja. senang yer. so bagi mereka-mereka yang dah berumur 18 tahun tu, sila lar tukar myKad anda secepat mungkin atau anda bakal dikenakan denda. kenapa la denda time aku pokai -,-"

settle semua tu, terus ke Carrefour untuk beli buah tangan sebab nawaitu asal keluar sebab nak melawat kawan kat hospital. baru lepas opperate appendiks. klimaks cerita yang aku sampaikan kat sini adalah apabila tibanya kami di Hospital Batu Pahat. memandangkan beliau (bak kata abang aku)
 ditempatkan di bangunan baru, possibility untuk sesat itu tinggi (bak kata Fara). ceritanya bermula di muka pintu masuk lobi utama bangunan baru berkenaan. kami sampai di situ tepat pukul 2 petang setelah menikmati makan tengah hari di McD. signboard yang di tempatkan di sebelah pintu masuk mencuakkan kami. dialognya lebih kurang macam ni la...

Aini : Eh, masa melawat hari Jumaat pukul 12-2 petang (terus tengok jam)
Fara : ...... (aku tak ingat dia cakap apa)

terus je masuk dalam keadaan tercengang-cengang. nurse yang ada semua tengok semacam je. dalam hati seram jugak, kot la kena halau ke apa.

Aini : wad berapa?
Fara : Hajar kat wad 4A

tengok penunjuk setiap aras

Aini : okey, tingkat 4

tekan button lif. kat situ ada 2 lif. 1 lif biasa, 1 lif bomba. malangnya pintu lif bomba pulak yang terbuka. so lif tersebut dibiarkan sahaja. tekan balik button lif. lif bomba jugak yang terbuka.

Fara : masuk je lah. eh, kenapa lif ni besar
Aini : -,-" untuk pindahkan patient laaaaa
Fara : ooppsss hehehe

di tingkat 4, pintu lif terbuka.

Fara : err, nak ke mana ni?
Aini : hurm, wad 4A, sebelah kiri.

di depan pintu wad 4A

Aini : (tangan merayap nak tolak tapi tak ada tempat pegang. btw, pintu tu pintu kayu okay)
Fara : eh, pintu automatik. "sila berdiri di belakang garisan kuning" (sambil tolak aku ke belakang)

dua-dua tercengang lagi kat depan pintu tu menunggu untuk dibuka dengan sendirinya. ingat macam kat cerita Harry Potter??

Aini : (masih lagi tercengang dan terlihat button hitam di sebelah pintu) cuba mesej Hajar dia boleh jalan tak?
Fara : terus mesej Hajar cakap kitorang dah kat depan pintu wad tapi tak tahu cara nak masuk) jom kita duduk situ dulu (tunjuk jari ke arah ruang menunggu)

tak sampai beberapa saat duduk, aku nampak perempuan cina tu tekan button hitam tu dan pintu pun terbuka

Aini : eh, jom. cepat masuk. cina tu teka button buka pintu.

dua-dua cepat-cepat masuk macam operasi menceroboh takut pintu tertutup sambil gelakkan diri masing-masing.

Aini : hajar katil berapa?
Fara : tak tahu
Aini : sini, sini. tengok nama.
Fara : tu ha. Siti Hajar
Aini : yeah, no 17

masing-masing mata meliar tengok kiri kanan. dalam hati cari katil Hajar dan kerisauan kena halau sebab bukan waktu melawat. nurse-nurse yang ada, seperti biasa, memandang dalam keadaan yang pelik haha. at last jumpa jugak tanpa kesesatan berlaku. hoyeah!!

mak dan ayah Hajar ada kat situ masa kitorang sampai. chit chat kejap then ayah Hajar keluar cos pergi sembahyang Jumaat rasanya. borak punya borak. lama lah jugak. pergi solat kejap kat surau hospital. waktu keluar dari wad tu tiada masalah yer. tapiiiii, nak masuk pulak yang bermasalah

Aini : (dengan semangatnya menekan button hitam untuk membuka pintu)
Fara : (bersiap sedia berdiri di belakang garisan kuning)
Aini & Fara : erk???!!!!

pintu tak terbuka okay!!! cuba 2-3 kali jugak lah. tak terbuka juga pintu tu. tiba pekerja cleaner kat situ. dia pun tekan la button tu. pun sama. last-last dia call orang dalam supaya bukakan pintu hiewhiew. ada satu part tu Fara nak guna pintu kecil kat sebelah pintu masuk tu. aku rasa Fara tunjuk jer pintu tu, sekali akak cleaner tu kata "eh, jangan guna pintu tu. situ laluan sampah" errrkk!!! hahaha lebih kurang macam tu lah ceritanya. bila dah masuk tu sambung borak lagi. pot pet pot pet. dah pukul 3.30 kot lebih kurang, terus minta izin nak beransur.

lepas tu singgah kejap kat unit Haemodialisis. abang aku kerja kat situ. tadi tumpang letak buah tembikai kat loker dia hehe. Fara agak teruja bila masuk unit ni okay. lain daripada yang lain (bak kata Fara) dan sedikit tensi. sebab ketuanya pun tensi. iaitu abang aku. sebab tiba-tiba bekalan air tak ada. hanya di unit ini sahaja. alternatifnya penuhkan tangki air guna pili bomba. aku dah biasa dengan semua tu. selesai mengada, menggedik dan promosi diri oppsss dalam pukul 4 macam tu, terus balik ke rumah.

haaa, yang tu kisah klimaks nya. sebelum tu pun ada jugak cerita yang menggeramkan. a bit annoying to me. but it happened. otw ke bandar, ada tragedi di mana Honda EX5 memotong aku. okay la. memang aku bawa 60-70 km/j je masa tu. tapi, yang memelikkan aku, masa potong tu, orang yang kat belakang, maybe bini, dia siap lambai okay!!! kata Fara, setiap motor yang dipotong dia buat macam tu. annoying gila!!! putus wire agaknya perempuan itu. oleh sebab ada pembinaan jalan, semua kena stop. so dia kat depan aku. perempuan tu bermuka 40-an or awal 50-an dan bermekap tebal. lipstik dia merah menyala muahaha. bila turn kitorang jalan je, aku teragak-agak lah nak potong dia sebab dia bawa lambat pulak masa tu. tapi, aku potong jugak haha. aku terus je pecut hehe lebih kurang 90 km/j macam tu. so tahu pulak dia semput tak boleh kejar aku haha. sampai kat trafik light dia potong. aku tengok je perempuan tu. mana tahu kot la nak lambai lagi. aku nak balas lambaian dia haha.

*********

untuk pengetahuan korang, entry yang kat atas tu ditaip pada hari kejadian, iaitu sehari sebelum puasa. malangnya, tak dapat diteruskan untuk penutup sebab anak-anak buah dah datang dan lappy aku bertukar menjadi tv-for-charity sebab tv hantar kedai. lepas tu mood untuk menyambung hajat yang tak kesampaian merajuk sampai lah hari ini. dan aku tetap nak post jugak walaupun delay 26 hari sebab dah penat taip. panjang berjela kau.. haha

kami = si peliks
till then, nanti aku update lagi. merajuk aku dah hilang. bai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...