Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Exam & Freedom

hew hew hew..

Its saturday dude.. means that Friday already past.. so.. it's FREEDOMMMMM!!!! huahahahahaha

sorry guys.. terseronok sampai sibuk speaking dengan grammar yang terabur.. tak malu betul perempuan ini  -_-"

okay.. korang tahu kan yang exam semalam adalah paper-paper killer.. pagi paper Malaysia Dalam Dunia Berubah and petang pulak Geostatics.. actually aku pun confused dengan tittle dia.. either Geostatics or Geostatistics.. coz time exam dia tulis Geostatics.. kat portal dia tulis Geostatistics.. a bit confusing right??
see?? i'm not lying.. it's totally FREEDOM :DD
habis jer paper-paper ni rasa macam dah habis for all exam.. kagum tak??? means that.. paper-paper ini mamberi effect yang sangat besar for my life.. so now.. meh aku cerita pengalaman pertama menjalani exam peringkat universiti.. nerveous ok.. orang lain dah masuk dewan tu dua tiga kali.. aku??? dah nak abis minggu exam minggu pertama lah :P baru merasa masuk dewan.. well said.. its totally different than exams during school and matrics' time
tak sempat nak snap.. curik kat group FB hehehehe
well.. the hall is some kind looks like this.. cuma ni dewan nombor berapa entah.. aku tak tahu.. dewan aku.. eh eh.. bila masa Aini ada dewan?? joking.. aku kat dewan 2 rupa lantai dia bukan macam ini ya.. normal hall.. yang ni nampak sangat court untuk game.. tapi besar dia sama kottt.. di Bangunan Peperiksaan baru.. seram gila masa mula-mula masuk.. lepas tu lagi cuak nak cari tempat.. okay.. part ni memang menunjukkan aku di mana memang aku JAKUN dengan dewan tu.. sebab.. kita boleh SUKA HATI pilih tempat duduk.. tapi dia dah tetapkan lah dari meja mana sampai meja mana.. tu memang 1st time tahu.. it's university life.. what can I say...

kalau korang baca entry-entry sebelum ni.. mesti korang tahu how worried am I about these two papers.. tapi asyik study paper petang jer masa study week.. well i'm not too good on it.. so must put some effort on it.. masalahnya effort sampai terlebih-lebih hingga melupakan paper pagi yang sepatutnya telah study lebih awal.. so malam last tu aku study lah.. eh.. tak.. baca untuk buat esei yang panjang lebar untuk paper pagi.. aku dah bajet pukul 3 adalah paling lambat time untuk tidur sebab i've learned lesson time final paper math kat matrik dulu tidur lambat esok pagi otak jammed time exam -_-"..

so here's the story.. my roommate whose a very... err.. we shall call it studiholic instead of workaholic.. kalau studaholic macam tak sedap je bunyinya... hahahhaha suka hati aku je buat word baru.. dia kalau study mesti minum Nescafe.. so malam tu entah kenapa aku pun termenggatal nak minum caffeine.. tapi aku minum Pearl Cafe sebab aku tak suka Nescafe.. so.. because of that.. i CAN'T SLEEP for the rest of that night! biasanya boleh jer tidoo.. >.<

guling sana.. guling sini..dah pukul 4.. takpe.. boleh lagi tidur 2 jam.. guling dan guling lagi.. dah pukul 5.. damn! tak boleh jadi nih.. aku pun call lah my best buddy pagi tuh.. dengan harapan supaya dia tak angkat.. rupanya dia terbangun jugak..

Aini : Nadia.. tak leh tidoooooo.. dah pukul ..... (aku lupa dah)
Nadia : Hang dok pikir sangat pasal exam tuuu.. tu yang tak leh tidooo...
Aini : Alaaa.. abis tu nak buat macamana niiiii....
Nadia : Hang gi lah baca notes sana.. daripada hang dok guling-guling takda wat pa.. kang esok tak leh jawap lak..
Aini : eh.. tak leh tak leh.. kena tido jugak.. kang jadi macam tahun lepas.. otak jammed.. tak mau tak mau..

lebih kurang macam tu lah dialog nya.. end up kata nak tido jugak no matter what happen.. last-last bangun.. bukak lampu study.. amik note.. baca sambil baring dengan harapan mata boleh mengantuk dan terus tidoooo.... hampir berkesan.. kalau baca note tulisan komputer lah.. tapi bila tiba tulisan aku yang cantik banyak sangat arrow.. terang balik mata aku.. dah sampai 5.30 a.m pun tak boleh tido lagi.. sampai alarm roomate aku matikan masa pukul 5.30 a.m tu.. nasib baik dia tido mati.. sorry >.< last-last lepas tu baru dapat lelap.. sedar 6.30 a.m.. ingat nak snooze sampai 6.45 a.m.. ah.. bangun je ah.. lambat pulak nanti kang.. nak revision sikit pun tak sempat nanti.. mandi dalam keadaan sakit hati.. hhmmpphh

sampai kat hall pukul 8.10 a.m..  aku, Liza, Nina and nazirah pergi naik kereta roomate Nazirah.. dia tolong hantarkan.. kalau tak boleh jer naik bas UM.. jammed gila jalan pagi tu.. almaklumlah.. jalan kat UM tu agak awam lah jugak sebab macam-macam orang luar aku nampak.. maybe sebab boleh jadi shortcut agaknya..

habis jer paper yang mana esei aku takdelah panjang sangat.. kitorang balik naik bas.. hoyeah!! kali ketiga naik bas UM.. 1st masa fieldwork kat Batu Caves and 2nd masa wakil kolej pergi Dataran Merdeka.. naik double decker VIP seyh!!! 1st time naik double decker tuh.. dan inilah yang kali ketiga.. naik bas yang kontot+cute pulak.. wewewewe

lepas makan, balik terus tido.. even mata tak mengantuk.. kena jugak tido.. dapat lah jugak tido dalam 1 jam walaupun senang tersedar.. aku rasa kesan caffeine tu kuat lagi.. lantak lah Geostat petang tu.. dah banyak sangat study sampai aku dah malas nak bukak lagi.. eh eh.. bukan.. untung-untung masa exam boleh ingat.. semua tu ketentuan Allah.. doa je lah banyak-banyak.. dan alhamdulillah.. walaupun tak ingat semua.. adalah jugak point yang boleh nak digorengkan.. semua tu kuasa Allah.. result berapa tu aku tak kisah.. asalkan lulus tu dah cukup buat aku.. aku tak nak repeat!!!!

habis jer paper pukul 5 tuh.. what a FREEDOMMM!!!! hoyeah!!! lepas beli tiket aku nak balik rumah esok.. aku terus call best buddy yang mana banyak gila bagi semangat time aku down.. thanks Nadia ^_^.. so aku pun bagi tahu lah yang aku beli tiket esok pukul 8 malam.. coz kitorang nak pergi somewhere-only-we-knows to go.. then tetiba masuk cerita aku call dia pagi tadi tuh.. dia boleh cakap..

"ku tengok call history.. pagi tadi ada call eah.. sorry ku tido tak sedar.."

aku pun hape lagi.. gelak punya lah dahsyat yang rupanya aku bercakap dengan orang yang tengah bermimpi pagi tadi.. then aku pun cerita balik a bit nasihat yang dia boleh bagi time mamai-mamai tu.. awal-awal call je dia sedar.. bila sampai tengah-tengah dah tak sedar rupanya.. alkisah~

petang tu Fara yang jugak my best buddy call coz birthday dia ya semalam.. HAPPY BIRTHADAY YE FARA!!! tengah hari ada jugak ada jugak dia call.. tapi aku jawap mamai lah.. macam nak tak nak je jawap.. dia pun terkejut bila aku cakap "petang nanti ada paper jugak lagi".. mana taknya.. roomate aku pun ingat aku study.. rupanya... membuta.. hehehe sorry yah.. tapi petang tu gayut lama jugak lah sampai ada something not-to-be-told berlaku.. malam tu aku terus semangat menyimpan semua nota-nota Malaysia Berubah dengan Geostat.. tapiii...

yang bawah tu lah birthday girl ya!! Fara..
yang atas tu yang budak mamai.. Nadia
yang tengah tu kalau tak tahu aku sekel kang :P
aku check student portal.. check timing untuk jadual sem 2 nanti.. and a very "GOOD" news guys.. my life will didn't get any better because it's gonna be so busy next semester..with a lot of collage project.. 2 je pun.. with credit hours to catch up sebab semester ni tak cukup.. well baru masuk.. mana nak tahu.. kelas start pukul 9 pagi kesemuanya.. habis pukul berapa tu tak tahu lagi.. unlike this semester yang aku rasa macam honeymoon.. kelas aku start pukul 11 a.m and 1 p.m.. paling cepat pun pukul 9 tapi tu pun hari Jumaat je.. hew hew hew.. tak jumpa lagi dah time-time macam nih.. by the way.. tak de lah aku asyik bangun lambat je.. eh.. kantoi..

so.. moral of the day is..
1) kat university boleh pilih tempat duduk
2) jangan minum caffeine pada malam exam
3) kena rajin bersihkan bilik even sesibuk mana pun (sebab aku dah batuk-batuk+bersin=demam sikit memanjang kat dalam bilik.. abang aku boleh pulak cakap kena URI.. sobsobs tak tahu?? meh klik SINI..)

thats all.. bye~

Monday, December 26, 2011

My Confession


hi guys..

aku nak buat pengakuan berani mati sekarang ni di mana.. 

i'm not yet studying.. 

hohoho.. okay.. berada di rumah sangatlah menyeronokkan sampai aku merasakan sekarang ni adalah cuti semester  dan bukannya minggu ulangkaji.

bajet yang aini mampu menjawap dengan baik untuk paper yang bakal didudukinya pada hari jumaat depan.. dengan mengambil keputusan untuk pulang ke KL pada hari khamis.. iaitu 2 hari lagi dari hari ini.. atau lebih tepat lagi kurang 60 jam lagi untuk aku berambus dari rumah ini.. aaarrrggghhhh tension aku 

aku merasakan study di rumah memang seronok tapi lebih seronok jika masa tersebut dihabiskan bersama mak aku untuk menikmati cuti ini.. oh tidak.. tipu semuanya.. aku rasa study kat rumah tetiba macam harem.. aku boleh concentrate pada waktu malam je.. macam sekarang ni lah.. tapi natijahnya sekarang apa yang aku buat??? 

UPDATE BLOG <-- tu lah yang hampeh nya

bila aku sibuk mengadap lappy mengkaji sebutir-sebutir ayat dalam buku online tuh.. then time tu lah mak aku duduk kat sebelah dan mula bercerita bla bla bla bla.. then aku pulak sambung bla bla bla bla.. erk! >.<

conclusionnya.. aku macam tak boleh study jer kat rumah sekarang nih.. especially belah siang.. entah kenapa waktu tu nanti mula lah rasa nak mual-mual macam orang morning sickness.. perut mula lapar tak tentu pasal.. tiba-tiba mengidam nak makan benda-benda merepek like cool blog.. rasa nak tenangkan fikiran dengan menikmati keindahan alam kat kampung ni.. walhal satu habuk pun belum study masa tu.. mula nak merayau-rayau naik motor sebab cuacanya yang amat dingin itu.. seronok jer bunyinya

lagi kerja gila aku nak buat esok adalah dengan errr... aku nak beli tiket bas je punn.. then of course lah aku bawak mak aku sekali.. takkan lah aku nak tinggal mak aku sorang-sorang kat rumah kang bertambah kesunyian lah dia... baik tak aku?? *TDDMKA and logiknya kalau dah aku bawak mak aku sekali.. term yang sepatutnya aku gunakan ialah..  berjalan-jalan cari pasal laaahhh..

 i'm not studying.. again

chow~

Sunday, December 25, 2011

Datanglah Kepadaku

wahai mood study...

aku seru kau untuk datang kepadaku..

datanglah kepadaku..

aku perlu membuat perhitungan denganmu..

aku perlukan kau di sisiku..

hanya kau yang mampu..

I'm begging you.. PLEASEEE

huahahahahaha >.< 

kepala dah mula headache membaca nota.. aku baca apa pun aku dah tak tahu.. ggggrrrr

rasanya dah macam ni lah rupa aku kat rumah ni
ye.. kena baca.. kena faham.. kalau tak faham.. kau nak bebel apa.. ingat MCQ test..?? untung lar kalau macam tu.. well said.. its Geostatistics.. you'll need to explain.. nak hemtam apa kalau tak tahu basic..??? dah la aku condem bab-bab math ni.. eh?? Malaysia in A Changing World?? hehe.. yang tu lepas ni yah.. BM je.. boleh la hemtam.. untung lar kalau boleh hentam.. 

untung lar kalau soalan jawap macam ni je.. I hope for "A"s :)
aku rasa simptom-simptom demam dah mula nak datang.. 


takpe.. kejap lagi pergi tengok Merlin jap sebagai ubat demam.. 10.30 - 11.30 je.. then baru sambung study.. hahaha


Aini BELUM STUDY lagi!!!


ok.. tengok title pun dah tahu.. aku balik rumah.. belum study apa-apa.. mana tak nya.. hujan dari pagi sampai petang.. sejuk yang menyamankan.. rasa nak membuta dari pagi hingga ke petang.. tarik selimut dan.. zzzzZzzz... kat UM mana rasa benda-benda macam nih.. dah la kepoh kat berita kata Batu Pahat banjir.. tapi bukan whole Batu Pahat ok..

ye.. hujan je kat sini.. ada lah jugak hujan tu berhenti.. kalau tak macamana aku nak keluar merayau dengan mak aku.. aku bukan anak orang kaya yer nak keluar jalan-jalan naik kereta macam orang lain.. motor je yang mampu.. so.. it all depends on the weather.. 

setakat ni kat tempat aku tak banjir lagi.. setakat air parit tu penuh ada lah.. agak-agak nak melumban memang best.. hahahaha.. tapi sekarang ada lagi ke budak-budak main kat parit..??? semua dah terror main angry bird jer.. like my own nephew.. hahahaha aku sendiri tak reti main angry bird.. aku yang menyirap dengan bird-bird tuh hahahaha

tiba-tiba nak salahkan hujan pulak.. hahahaha.. btw.. sekarang dah mula hujan balik.. 

I NEED TO STUDY NO MATTER WHAT HAPPEN NOW!!!!

tekad itu penting!!! mesti settlekan geostats hari ni!!! wish me luck!!!

dah-dah ler tu Aini sibuk jer update blog.. study blog lettew.. hampeh >.<

chow~

Friday, December 23, 2011

Study Week di Rumah ^_^

THREE
.
.
.
TWO
.
.
.
ONE
.
.
.
STUDY WEEK HAS JUST BEGUN

so.. dah namanya study week.. kita kena buat apa murid-murid???? 

"STUDY CIIKKKGGUUUU"

eh tiba-tiba masuk sekolah pulak.. hahaha abaikan~ motif nya mengupdate blog pada hari ini adalah... 

ehem!!!

aku BALIK RUMAH hari ni.. erk.. heeee ^_^

kisahnya : 
tadi pagi nak pergi kelas Dr. Sam a.k.a Atok yang last.. my beloved mother called.. tapi.. err... tengah bersiap... susah la nak cerita panjang lebar.. so bila dah habis kelas, aku telefon lah balik.. rupanya dia nak tanya boleh tak dia nak bermalam few days kat rumah anak buah dia.. ni semua gara-gara abang aku tinggalkan mak aku sorang-sorang lah ni... kurang kasih sayang mak aku tuh jadinya.. hahahaha.. so aku pun membuat keputusan yang drastik dengan mengatakan "mak, kalau adik balik hari ni macamana???" korang jangan mengada nak gelak bila aku sebut adik tuh!! well, aku anak last :DD

setelah beberapa ketika struggling yang aku berusaha tak nak balik rumah before final nih.. tak tercapai.. yang tercapai hanyalah lebih seminggu daripada sebulan yang aku target tak nak balik rumah.. kononnya tough boleh tahan homesick.. pooorrraaahhhh!!! patutlah tadi pagi aku mimpi tiba-tiba dah ada kat rumah.. well.. telah ditakdirkan aku nak balik petang ni.. :DD

so tiket bas aku pukul 6 petang.. kalau tak, nak ambil pukul 4.. tapi... sebab.. tunggu turn basuh baju lama sangat.. tak sempat lah sampai TBS.. kantoilah aku basuh baju guna apa.. lalalala.. tapi budak tu la yang sengal potong line aku.. cis!! eh eh.. emo pulak.. lepas call mak, aku terus call KTB groups tu nak tanya bas petang ni ada lagi tak.. <-- nampak tak tekad aku nak balik?? hahaha btw.. kejap lagi baju siap basuh.. sidai baju.. siap-siap.. settle semua.. terus chow.. hehehehe

till then.. kena sampai awal kat TBS kang terjadi kembali kes terlepas bas time balik kena chickenpox bulan lepas.. taubat kau jaahhh

bubye ^_^

Wednesday, December 21, 2011

bila nak dekat Final

Aini!!!!
dah nak study week nih!!!!
bila nak study nih???!!!
jangan asyik nak main jer lah!!!!
sudah-sudah ler tu dengan facebook.. blog... tumblr.. GIMP.. audacity.. movie..
jangan lah sibuk dok layankan perasaan tuh...
pergi lah ngafal sana!!!
kata nak result bagus... macamana nak dapat kalau 24 jam macam ni???

bajet nak sedarkan pada diri sendiri yang dah tinggal... 

15 hari lagi nak FINAL EXAM.. 
10 hari lagi dah nak masuk TAHUN BARU 2012.. 
5 hari lagi nak masuk STUDY WEEK.. 
4 hari lagi nak KRISMAS.. 
2 hari lagi nak masuk HARI JUMAAT.. 
1 hari lagi nak HABISKAN TRAINING TARIAN untuk SEMESTER INI.. 
8 jam lagi nak TAMAT 21 DISEMBER.. 
kurang 2 jam untuk  SETTLEDOWN BI.. 
30 minit lagi nak TEST GROUP INTERACTION kat APM..

damn!!! aku tak study pun nak test for group interaction tuh.. >.<

AWESOMEEEE!!!!!!
memang awesome lah kan siap boleh main kira-kira hari lagi sambil mengupdate blog <-- hampeh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...