Moshi moshi!!!
untuk pertama kalinya cuti aku dihabiskan bukan di rumah sendiri, tetapi di rumah roomate tersayang.. kisahnya aku dah bagitahu kan yang aku menetap kat kedah 5 hari 5 malam.. balance tinggal 4 hari je kat rumah sendiri..
berbalik pada cerita aku merantau ke utara, sememangnya aku agak jakun bila sampai sana.. tapi tak lah jakun sangat sebab dah busy rewang macam akak aku pulak yang kawin walhal aku ada abang je -,- cuma telinga aku je la yang tak boleh blaa sebab.. aaarrgghhh apa lah orang ni cakap!!! haha ceritanya aku agak blur kat sana sebab aku tak faham apa la yang mak cik, pak cik tu cakap.. lambat sikit aku nak hadam maksud dia.. yang paling teruk, ada satu part tu, kat dalam kereta, masa 1st-1st tu laa, sepupu Ina cakap apa entah aku main a'ah je coz tak faham.. pekat betul slang dia.. haha.. tapi sebelum plan nak ke utara ni menjadi, banyak jugak halangan pancaroba yang perlu ditempuhi sebelum aku berjaya menjejakkan kaki di bumi jelapang padi ni.. tapi tak pe, semuanya dapat ditempuhi dengan penuh ketabahan dan kecekalan..
tiket dari KL ke Kedah aku burnkan sebab, timingnya lambat sangat dan sebab Ina buat ayat menusuk kalbu walaupun aku tahu yang dia tak niat pun macam tu.. ayatnya berbunyi macam ni "mesti esok aku anak yang last sampai" sebab tiket hari sabtu pukul 10.30 pagi.. sudah semestinya sampai dah petang hampir magrib.. kendurinya hari ahad.. hurm.. owsem.. setelah aku berfikir masak-masak petang jumaat tu, aku cadangkan kat Ina supaya go on je balik Kedah dengan sepupu dia malam tu.. so sampai rumah dia hampir pukul 3 pagi coz keluar KL agak lambat dan jammed teruk petang tu..
hari kedua di Kedah berlalu dengan persiapan rumah pengantin, kemas rumah, bungkus itu ini, cari pokok inai and bla bla bla.. memang serupa macam akak aku yang kawin.. tapi yang bestnye aku dapat pakai INAI!!!! yeay!!! rasanya dah berkurun aku tak pakai inai buatan sendiri sebab abang aku dah tebang pokok inai kat belakang rumah.. so malam tu semua dok excited join pakai inai.. including me :D
esoknya, di hari kemuncak kenduri.. semuanya berlalu dengan baik walaupun petang tu hujan.. pagi tu agak busy sebab rewang sedasyat yang aku tak pernah rasa.. dah pukul 11 kot baru nak mandi bersiap cantik-cantik.. kalau tak, still lagi pakai t shirt and track suit masa orang datang masak-masak.. aku sedih sebab tak dapat snap banyak coz kamera aku condem sebab terhempap buku-buku tebal dalam beg time kuliah minggu lepas.. so aku merajuk dengan keadaan nazak dia, ingatkan nak rehatkan dia daripada digunakan. sesungguhnya kamera aku tak berputus asa untuk berbakti kepada aku setelah lebih 3 tahun bersama-sama.. dia still boleh digunakan tapi aku tak bawak charger pulak.. aaa.. sadis.. jadinya hanya beberapa ketul je gambar yang dapat diambil..
muka dah make up cantik-cantik dan perut kelaparan |
abang Ehsan and kak Shikin |
habis je kenduri memang aku lepak habis lah.. lepak-lepak jugak.. kemas-mengemas kena jugak buat.. redha.. malam tu jugak ramai yang beransur pulang ke tempat masing-masing.. keesokkan harinya dilalui dengan deangan aman sedikit sebab tinggal kemas-kemas je.. tak kelam kabut macam masa sebelum kenduri.. petang tu abang Ina bawak pergi Shahab Perdana coz nak beli tiket balik.. mak aku dah menjerit-jerit bila nak balik Aini oiii.. so aku beli tiket Rabu malam sebab mak Ina ajak pergi hantar pengantin ke tempat lelaki sekali.. nasib baik aku bawak 2 pasang baju raya.. hehe
hari selasa minah ni bawak pergi jenjalan kawasan sekitar tempat dia.. kalu tak dia cuma bawak merempit pergi kedai, pusing kampung dia je.. tu pun sebab beli barang.. haha.. so petang tu Ina bawak ke Titi Hayun.. tengok pemandangan dari kaki bukit.. singgah kat Sri Perigi?? okey aku tak sure namanya.. tapi dekat-dekat situ jugak lah.. btw, ni satu benda baru bagi aku sebab, aku tak tahu pun kewujudan tempat ni -,- failed as geographer
kat entrance Tangga Kenari.. 1000 mata tangga katanya.. |
bukti merempit semestinya kena ada |
malam tu kitorang sibuk prepare bunga telur untuk pihak lelaki.. and pakai inai sekali lagi sebab inai yang hari tu tak berapa terang.. oleh sebab aku antara insan yang awal pakai selain pengantin.. so inai aku sangatlah terang.. yeay!!! shantek!!! hehe malam tu aku dah sedih sikit sebab.. dah nak balik.. aaa tak tahu lah kenapa.. walhal nak balik rumah sendiri.. hurm
hari terakhir di sini berakhir dengan hantar pengantin kat belah lelaki di Kuala Kedah..
malu-malu pulak nak posing |
dengan sebahagian famili belah perempuan |
kejadian melencong ke tempat lain selepas hantar pengantin..
berhadapan dengan jeti Kuala Kedah |
muka jakun masuk bendang.. excited!! |
balik rumah je, makan-makan.. siap apa-apa yang patut.. coz dah nak berangkat balik.. bas dijangka sampai kat Guar pukul 9.45 malam.. tapi pukul 9 dah sampai.. last-last bas sampai pukul 11 malam.. memang awesome!!! setelah semalaman bergelut dengan sakit belakang kat dalam bas, pukul 7 pagi aku sedar dah sampai stesyen Bentayan.. macam kenal je tempat ni.. rupanya dah sampai Muar.. haha stop kat Batu Pahat hampir pukul 8.. tunggu Transnasional bukak coz nak beli tiket balik KL hari ahad.. menyirap aku tunggu punyalah lama.. last-last masa nak bayar tu kena marah pulak.. sorry la aku confius harga dia 80 sen ke 60 sen!! dah nama pun orang baru bangun tidur.. huh.. cepuk kang, pagi-pagi dah mengaruk.. spoil betul lahh.. sampai rumah je dah pukul 9 lebih.. mak aku dah menunggu dengan hidangan yang banyak kat atas meja nak sarapan..
till then.. the end cerita aku merantau ke negeri utara.. bye bye
p/s : teknik penceritaan aku nampaknya dah banyak berubah.. padah lama sangat tak update blog -,-
p/s : teknik penceritaan aku nampaknya dah banyak berubah.. padah lama sangat tak update blog -,-
No comments:
Post a Comment