Sunday, June 3, 2012

Daily News : Gejala Study Last Minute


3 Jun. Pada jam 2.59 pagi, 3 orang pelajar Universiti Malaya dilihat sedang khusyuk mengulang kaji atau lebih sesuai dikatakan dengan baca-sepintas-lalu-sebab-kat-rumah-tak-baca ekoran peperiksaan akhir yang akan menjelang tiba pada keesokan harinya iaitu 4 Jun 2012. Pelajar-pelajar ini bertindak nekad dengan tinggal di dataran tersebut sehingga larut malam dan kesemua daripada mereka terdiri daripada pelajar perempuan. sebelum itu terdapat juga beberapa kumpulan pelajar lelaki tetapi meraka semua sudah pulang apabila jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Kelihatan salah seorang daripada mereka telah mengalami rasa mengantuk di tahap yang serius sehingga dia tidak menghiraukan orang disekitarnya. Lebih teruk lagi pelajar ini berusaha menyendiri, menjauhi kelompok rakan-rakan yang lain gara-gara mengikutkan kehendak rakannya yang tidak mahu pulang dikala dia mengalami kemengantukkan yang teruk. Rasa mengantuk tahap luar biasa ini dipercayai hasil daripada pembacaan buku Modul Hubungan Etnik di mana tarikh peperiksaan ini jatuh pada hari esok. Kandungan buku yang ala-ala novel-sejarah-yang-bosan dan tiadanya isi yang ditulis secara ringkas seperti buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan banyak huraian yang kerap kali diulang-ulang menyebabkan kebosanan tahap maksimum. Ada juga daripada mereka tertidur disebabkan pembacaan yang tidak habis-habis. Kumpulan pelajar ini mula meninggalkan perkarangan Dataran Sastera  jam 3.13 pagi setelah melihat sekeliling mereka tiada orang. Lampu dan kipas di Dataran Sastera ditutup bagi penjimatan elektrik dan mengurangkan kadar pencemaran cahaya atau light pollution.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...