Friday, May 18, 2012

Test Lagi


assalamualaikum budak-budak rajin study.

sila perhatikan dengan mata yang terbuka dengan besar. sila fokus dan hadamkan dalam minda anda. terjemahkan semula dalam bentuk imaginasi. pastikan neurotransmitter anda berfungsi di kala melihat print screen di atas. jika semua perkara di atas dapat dilakukan, ini menunjukkan bahawa sistem saraf anda semua berfingsi dengan baik dan efisien. haha. aku tak hebat bab-bab anatomy ni.

apa la yang kau merepak kan Aini oiiii.....

baca perenggan di atas menyebabkan aku semakin tak betul sebab kononnya nak buat peranggan dengan menggunakan ayat sastera dan gramatis, tapi bila baca balik macam perenggan fakta je. haha tak apa. aku mengaku bahasa aku dulu tak dapat A+. A solid je. A+ aku cuma Math Modern masa SPM. lol

teacher selalu cakap yang budak sains kalau buat karangan mesti bosan. terlalu fakta. ayat nota. describe sebijik-sebijik tanpa 5 senses. haha keluar pulak apa yang belajar dalam kelas writing. bedal je lah. 

merujuk kepada print screen di atas, aku sangatlah berharap bahawa test esok (19 May 2012) akan dibatalkan. malangnya, test akan berjalan seperti biasa dan aku masih lagi menghadap FB, Blog and etc. bila nak baca nota lah wei....

untuk rekod, esok test part Molecular Genetics okay.

till then, determination untuk membaca nota bio perlu dilaksanakan. 

wish me luck! bai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...