Saturday, April 21, 2012

Minggu Kemalasan

Assalamualaikum,

hai korang, sihat semua? harap-harap sihat lah hendaknya. tak macam aku ni. demam dah hampir seminggu. demam kali ini memang sangat complete pakejnya, selsema+batuk+hilang suara+demam+sakit badan. AWESOME!

oh ye, aku lupe nak bagi tahu yang pasal projek kolej tu kan. projek ni like cultural exchange known as "Kembara Nusantara". kira international projek lah yang aku join nih. ke mana? kitorang pergi Medan! Universitas Negeri Medan. sekarang ni i'm not in mood nak tulis panjang lebar pasal bendaalah tu. nanti-nanti lah ye aku post. hehe

sekarang ni tujuan jari-jari aku menari di atas keyboard ni hanyalah untuk menyatakan keadaan aku selepas pulang dari Medan.

kitorang aku sampai kat bilik pukul berapa pun aku dah tak ingat. 10 lebih kot. tapi adalah aku duk menanguk depan laptop transfer gambar-gambar yang ada sampai hampir ketiduran dan terus je tidur bila tengok jam dah pukul 12 tengah malam.

bangun-bangun je pagi tu, haaaaaa. macam tak boleh bangun kau tahu. nak kata kena tindih, rasa dia bukan macam kena tindih but more to kecapean. start batuk-batuk, selsema dan rasa demam and telinga aku sakit sepanjang hari tu. macam masa naik flight. nak diri pun macam tak mampu sampai rasa ngilu kat sendi-sendi di jari kaki. bila batuk je rasa macam semua organ-organ aku actually dah lari dari tempat asal. haaaa??? betul wehhh. aku tak tipu tau..

hari-hari berikutnya still the same. ada rasa kurang sikit tapi aku pun tak tahu berapa banyak. orang tengok aku macam sihat je kan. tapi.. hakikatnya... hahaha nak touching kejap. time-time aku demam macam ni la nak ajak aku main hujan kan. seronok nyaaaa -_-"

as for the lecture for the whole week, aku banyak rasa tertinggal sampai aku rasa tak tahu apa yang aku miss. dalam tutorial jangan cerita lah. memang aku tak habis-habis berdehem dan sadis-sadis seorang diri macam bini mati laki. haha. nak berkata-kata apatah lagi. sangat sexy kau tahu. rasanya gorilla pun lari bila dengar suara aku.

because of these reasons, baru malam tadi aku sibuk nak basuh baju-baju yang dah tinggal berapa helai je dalam wardrobe aku. including baju 4 hari kat Medan. hahaha. kesihatan tak mengizinkan nokkss. masalahnya sekarang, nak sidai pun malas nih. adoiii.. gi manaaaaa nihhh!!! gawat gawat!!!!

takpa habis taip entry ni nanti aku sidai yaaa :DD

meh la aku tayang sikit gambar aku yang bahagia di Medan wink wink hahaha

petang 1st day kat depan Fakultas Bahasa dan Seni,
Universitas Negeri Medan 
petang 2nd day, jalan-jalan kat Istana Maimoon,
kat sebelah tu salah seorang student UNIMED, namanya Dicky
3rd day pergi ke Danau Toba di Parapat.
last day, masa arrive kat KLIA,
beg aku yang warna purple dengan yang kat depan sekali tu je tau.
total 3 beg sahaja plus beg galas belakang.
muka budak demam dalam kuliah HE
p/s : aku tak pakai spect tau. saje curi spect orang biar nampak nerd :P

sekian, aku dah siap sidai baju sementara nak tunggu gambar siap diupload. hebat tak? hahaha

papai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...