Friday, February 3, 2012

56 Hours' Journey

Assalamualaikum

finally!!! barulah aku rasa rajin sikit nak update blog.. siap buat teaser.. lama nak siapkan entry yang panjang nih.. sampai berpinar-pinar mata aku dibuatnya.. thats why okay.. panjang sangat.. bila nak update, mood aku lari dok main game jer.. hehehe dah tersampuk dengan anak buah lah ni.. geram jer main game..  so.. tengok title.. journey apakah??? jeng jeng jeng..

bersempena dengan berakhirnya exam hari tu.. aku rasa diri ini layak lah untuk bercuti jalan-jalan cari pasal membazir duit.. hmm. gitu lah nampakya.. so.. the destination is...

CAMERON HIGHLAND!!!!

actually.. aku pun tak terfikir nak ke Cameron Highland.. ceritanya bermula.. pada suatu ketika.. dikala si Nanad meluangkan masa menemaniku seharian sebelum aku bertolak pulang ke rumah sebab gap exam ada 10 hari.. eh eh.. gramatis pulak dah ayat.. hehehe.. masa tu dalam LRT otw ke TBS.. tetiba jer Nanad ajak nak pergi cameron.. so.. aku pun tak fikir panjang terus je on.. nampak sangat kaki jalan -_-"

masa kat rumah.. adalah jugak google sikit-sikit.. tapi aku still blur.. tetiba feeling dah rasa macam nak pergi honeymoon je.. nak kena booking segala.. tapi lepas tu aku terus malas nak fikir.. jadi.. masa week exam tu lah baru nak gila fikir nak pergi mana.. nak jalan mana.. nak tidur mana.. naaa.. aku dah la kaget baru nak study segala.. kesian Nad sorang-sorang nak handle.. tapi adalah jugak aku usha-usha blog yang cerita bila mereka dah sampai sana..

last-last.. Nad hanya beli tiket bas ke Cameron sahaja.. tang bilik tu.. fikir baik jer lah.. tak kan lah semua hotel yang ada kat cameron tu penuh.. hmm.. logik :DD so.. kami berdua pergi hanya berbekalkan tiket bas pergi sahaja.. balik ke KL.. beli kat sana nanti.. habis je exam pagi tu.. aku terus beli map Cameron.. takut terjadi pape.. precaution and preparation..

now.. let the story begins starting dengan aku check out bilik kat kolej.. masa tu dalam dekat-dekat pukul 4.. pukul 5 baru aku gerak keluar dari UM sebab tadi basahkan tekak kat warung bawah tu kejap.. lebih kurang 20 minit nak sampai ke LRT Universiti sebab jalan jammed.. dan waktu tu jugak lah hari mula hujan..nasib baik bawak payung.. tukar tren di Masjid Jamek dan turun di Hang Tuah sebab lepas ni aku nak turun di Chow Kit..

sepanjang dalam monorel dari Hang Tuah, 1st time aku nampak KL banjir dengan mata kepala aku sendiri.. selama ni asyik cakap KL banjir.. KL tenggelam.. eh?? naaa.. ni baru disaksikan secara live.. sehingga lah sampai Chow Kit.. Nad suruh naik LRT sampai Titiwangsa then baru amek monorel ke Chow Kit.. tapi aku prefer naik monorel kat Hang Tuah sebab LRT dah biasa naik.. tukar angin lah kononnya.. pfffttt

sampai je kat Chow Kit.. hujan masih lebat.. dan.. Nad sedang menunggu dengan uniform diaaaa!!!! okay.. aku teruja masa tu -_-" malam tu aku bermalam di bilik dia.. kebetulan malam tu semua roomate dia balik.. bermaharajalela lah dia dalam bilik sorang-sorang.. dan.. aku pun sibuk teruja dengan buku-buku dia.. hehehe apa yang aku rasa best kat sini.. bilik dia sangatlah classic.. apa yang classicnya.. hahhaha malas nak cerita.. apa yang penting.. bilik dia sangat sejuk.. jika dibandingkan dengan bilik aku kat UM tu.. tu yang bertambah teruja.. even katil dia katil bawah.. sama macam katil aku.. malam tu ada lah jugak aku jalan-jalan sikit kat blok dia.. dan aku baru perasan yang KLCC tu bapak lah dekat dengan tempat nih.. cantik cantik!!! tapi aku lupa nak snap -_-" one thing yang  membuatkan aku kejutan budaya kejap is.. blok lelaki dan perempuan bertentangan sahaja macam pic kat bawah ni.. kau lalu lalang keluar masuk bilik nak skodeng orang depan sungguh menyeronokkan.. kalau lar ada orang yang di admire.. waaahhh ^_^ okay tu untuk orang yang gatal je.. astagfirullahalazimmm!!!!

blok asrama putra yang dicaptured dari asrama putri..
picture kabur sebab ada fogging
setelah menikmati malam yang sejuk.. aku rasa macam tak nak bangun jer pagi tu.. sebab nya.. ingat senang ke nak dapat sejuk yang macam aku rasa time tu kat UM??? tak habis-habis dengan isu tuh -_-" hehehe so kitorang siap-siap gerak lebih kurang 7.30 pagi dah keluar.. tapiii... haaa.. memandangkan aku ni masuk situ kira seludup.. ingat senang ke nak keluar -_-" kat sini, kalau masuk tak perlu tulis pape but time nak keluar kena check out.. time fogging tu lah aku cepat-cepat keluar.. tapi dengan luggage aku yang besau lah sangat.. adalah lebih kurang beberapa minit si Nanad nak settle dengan mak guard yang jaga tempat tuh.. tetiba aku jadi budak sem 1 yang takde card matrik dan masing-masing dah buang kad balik kampung dalam tong sampah sebab basah lencun.. hahaha kalau aku jadi mak guard tu pun aku cakap cam ni "yang kamu menggatal pergi buang buat apa???simpan jer lah, cik nak tengok jugak no matter what happen!!! nak seribu daya, tak nak seribu dalih!!! pfffttt!!!" hahahaha

kat sini lah :DD ambil gambar curi-curi nih
so dengan adanya adegan tersebut.. takde lah aku nak snap gambar-gambar yang menunjukkan aku teruja datang kat tempat study my best buddy nih.. hehehe unlike masa si Nanad ke UM suatu ketika dahulu.. takde sapa kisah.. oh ye.. dia ada tulis kat blog dia.. boleh klik SINI.. aku tak tipu :PP bezanya dia tak tidur kat bilik aku.. tu je

settle je dengan mak guard.. terus bertatih cepat-cepat cabut kang dia panggil sekali lagi mamposss.. okay tu aku monolog je -_-" keluar je terus tahan teksi.. nasib menyebelahi kitorang sebab dapat pak cik teksi yang baik hati.. dia hantarkan sampai Pudu Sentral sebab nak cepat and dah pukul 8 lebih masa tu.. sepatutnya tambang dengan harga RM 6.00 tapi sebab takde duit kecil and dalam purse hanya ada RM 4.00.. so pak cik tu terima jer RM 4.00 tu... Nanad siap minta no. phone pak cik tu nak bagi balance RM2.00 next time.. apa apa pun thanks pak cik!!! aku lupa dah nama dia.. macam Jalil je -_-"

sampai je terus pergi ambil tiket yang ditempah and aku menggatal cari makanan.. perut aku dah berokestra.. kalau tak makan lagi alamat kang nanti belum sampai cameron aku dah sampai rumah sakit dulu..
so ini lah tiket kitorang
nak turun tunggu bas :D
sampai jer kat bawah tu.. 1st sekali yang terdetik dalam hati.. eh.. bas ini agak buruk -_-" so 8.30 pagi kitorang naik bas.. masuk dan duduk dalam bas tu semantara menunggu yang lain.. tunggu punya tunggu.. perut pun semakin rancak okestra yang dimainkan.. terus lah minum air kotak dutch lady yang bersusu untuk mengalas perut.. hmm sadis kejap.. disebabkan lama gila babas sampai dah dekat pukul 9 pun tak jalan lagi.. tangan pun mula la menggatal buat muka teruja walhal time tu perasaan masih innocent lagi tak marah+maki orang


breakfast
waktu nih dah menunjukkan ham 9 pagi.. lepas tuh dah mula start maki.. dalam hati.. last-last pukul 9.30 baru gerak sebab ada sorang pergi toilet tak balik-balik dari pukul 8.45.. sampai foreigner marah-marah minta pulangkan duit gara-gara perempuan itu.. semua sebab tak puntual.. tengah diorang marah-marah tu lah dia baru naik bas.. hmm.. nasib laarr.. start jalan pukul 9.30 pagi setelah membuang masa selama 1 jam buat dosa kering -_-"

now.. the best part is.... kitorang duduk dalam bas tuh selama.. yaaa... panas punggung.. lama gila kan nak sampai kat Slim River walhal gerak pukul 9.30.. sebabnya.. highway sangat lah sesak waktu tuh lebih-lebih lagi kat Tanjung Malim.. lepas hentian tu baru lega sikit dan baru lah rasa yang bas tu bergerak.. stop dekat Slim River selama 15 minit.. time lunch masa tu.. tak ingat pukul berapa.. menghirup udara panas tanpa lembap sebab aircond bas ROSAAKKKK... angin kering yang panas.. okay.. aku maki lagi nih.. baju basah lencun dihujani peluh.. tu belum tambah hujan betul yang menitik-nitik dalam bas tu yang akan dibebelin oleh Aini ni kejap lagi.. 

yang paling tak boleh bla.. kat dalam bas tu aku rasa, kami berdua jer lah yang sibuk dok bukak map yang dah dibeli di PekanBuku UM tuh.. siap boleh agak.. "lagi 3 jam lah kita dalam bas nihhh.. tidur dulu lah -_-" " itu lah antara bait kata masa dalam bas.. sudahnya sampai kat Tapah dalam pukul 3 lebih sikit.. kes yang paling teruk adalah masa mendaki naik ke Tanah Tinggi.. di mana masa tu hujan.. dan inilah hujan yang aku canangkan tadi.. menitik-nitik kat kepala.. nasib baik bukan kepala aku.. kepala orang depan.. nampak sangat bumbung dia bocor.. dan seperti aku dah kata di awal tadi.. bas itu memang agak buruk.. so.. kalau lah korang nak ke Cameron Highland.. jangan lah ambil bas ini.. kalau yang mementingkan keselesaan lah.. harga sama je.. jangan risau.. better ambil yang lain..

akhirnya setelah 2 jam merasakan morning sickness.. ehh??? mabuk jugak lah dalam bas tu pusing-pusing.. barulah sampai ke destinasi iaitu Tanah Rata, Cameron Highland pada jam 5 petang..

total duration KL to Cameron Highland : 7 jam 30 minit
panaih punggoq naaa -_-"

setelah tibanya di sana.. misi seterusnya.. kena cari tempat tidur!!! okay.. kalau nak tahu.. hotel yang paling dekat dengan terminal bas adalah Hotel The Cool Point.. so.. kami pun terjah je hotel tersebut.. memandangkan kedatangan kami macam tak berapa nak dilayan.. mungkin sebab 2 orang jer kot.. or maybe budak-budak?? dan orang depan sangat lah lama nak buat decision.. si Nad pun ambil lah template dan brochure yang ada.. memandangkan harga dia macam $$$$.. RM 145 semalam.. so kitorang pun decide call Inn yang lain.. dan adalah jugak konflik aku sibuk nak tukar timimg tiket balik ke Batu Pahat lagi 1 hari.. 

mana tak nya.. cuba fikir.. sampai je dah petang.. esok tengah hari dah nak balik.. its LESS THAN 24 HOURSSSS!!!! tolong lar faham -_-" so dekat situ jugak call Inn yang berjaya menarik perhatian Nad untuk di call dan harga untuk 1 malam pada peak season nih adalah RM 100.. bahagi 2 jadi sorang RM 50.. okay lah tuh.. jadi.. dengan selamba badak sumbunya kami berdua keluar cari teksi untuk ke Cameronian Inn.. receptionist tuh tengok dengan muka yang agak ternganga lah kott.. sebab belum dia cakap apa-apa lagi kitorang dah blah.. hehehehe

naik teksi dari terminal ke Cameronian Inn caj dia RM 5 sahaja.. dan apa yang aku perasan, pemandu kat sini agak peramah orangnya.. tak sampai berapa minit jer dah sampai ke destinasi.. terus masuk.. bila akak yang jaga Inn ni tunjuk bilik.. bincang kejap.. terus on je sebab bilik tu cuma nak buat letak barang dan tumpang tidur je pun.. bukan nak honeymoon bagai..

settle je check in.. yang aku paling aku tak boleh lupa bila masa masuk-masuk tuh.. aku boleh tanya "eh, tak ada kipas??" -_-" letak barang, terus melepaskan lelah kejap dan bersiap nak pergi mengisi perut.. 1 hari tak makan.. adalah makan jajan dan jambu dalam bas.. tapiii.. kena MAKAN!!! gggrrr 

sedang merayau mencari kedai makan
pusing punya pusing.. last-last kedai Chinese jugak yang dia pergi... ehh.. kami.. -_-" satu benda yang aku paling tak suka adalah... bila makan tanpa sudu.. pisau tu.. kekok kekok pun.. still boleh laarrr.. bajet orang putihhh.. tapi bila tiba tang chopstick.. huahahaha.. mencik!!!! so memandangkan kitorang pilih makanan western.. mat saleh belakang kitorang order nasi ayam merah.. selamat lah aku dari chopstick.. pernah sekali aku makan mee hailam kat TBS .. boleh dia bagi guna sudu yang gemuk-gemuk tuh dengan chopstick.. dekat 1 jam aku nak habiskan.. tapi tak habis jugak.. nak tahu Nad cakap apa??? "Kau memang dah terkeluar dari keturunan kau" ciss.. sentap.. aku tahu.. gene ayah aku lagi banyak nak dibandingkan dengan mak aku.. hahahha.. lebih kurang gitu lah ayat nya..

muka-muka lapar
manusia normal minum Hot Chocolate
manusia abnormal minum Air Laici
sementara tunggu makanan sampai..
datuk bandar sedang mengkaji peta
datuk bandar tengah pilih DUN pilihan raya.. ehh???
then the dinner is ready.. yeayyy :DD
Satay Chicken Chop and Black Pepper Chicken Chop
setelah beberapa ketika..
hasil kebuluran..
dekat pukul 8 jugak lah baru siap makan... laparrr gilaaaa... 1 hari tak makan lah katakan.. lepas tu fikir nak pergi mana.. jalan punya jalan.. rasa nak pergi night market.. actually dah masuk plan pun.. so lepas beli something dekat kedai yang berdekatan, terus ambil teksi untuk ke Brinchang.. kat tempat pasar malam tu lahhh.. so dapat lah sorang uncle yang juga tak kurang ramahnya.. caj RM 10 dari Tanah Rata nak ke Brinchang.. not bad lah.. tetiba aku teringat masa zaman matrik dulu dari Masjid Tanah nak ke matrik Melaka dia caj RM 8.. so adalah juga adegan bergambar macam orang tak betul dalam tu.. keluar flash sana sini.. dah macam ada kilat dalam teksi.. hehehe.. tup-tup je aku (or maybe Nad jugak) terparanjat kenapa uncle ni ambil lagi sorang penumpang.. seorang bangla.. and ada kejadian waktu tuh.. huh.. and kalau korang yang baru 1st macam kami ni.. jangan terperanjat kalau tetiba korang ingat korang silap negara pulak.. tetiba cerita cinta hindustan keluar.. alah.. yang cinta pandang pertama tuhh.. hahaha tutup cerita tuh.. pengsan nak cerita..

so kami berdua pun turun lah kat night market di Brinchang bersanma-sama dengan bangla tu pun turun situ jugak pffftt..!! boleh pulak dia senyum-senyum time aku tengok uncle tu blah.. bluueekkk terus Nad ajak lari hahaha

so here we are :DD
jom usha apa yang ada kat sini..

buah Jambu Epal.. borong sampai 3 bungkus..
lepas tu nyesal sebab beli awal-awal.. berat bawak sepanjang jalan
paling suka shoot yang nih!!!
budak nih bajet macam duduk luar negara :PP
strawberry
strawberry lagi
dan strawberry lagi





macam-macam design gloves


seronok dapat strawberry celup coklat :DD

kenapa ada bunga api.. tetiba baru ingat.. raya cina lahhh -_-"
mostly barang kat sini berasaskan strawberi.. sampai aku pun naik gian dengan strawberi nih.. hehehe selesai membazir duit.. tiba masanya untuk pulang.. menanti teksi yang tidak-tidak kesampaian.. sudahnya balik jalan kaki sambil ditemani huajn.. oh oh sadis je lebih.. takdelah sampai macam tu.. balik naik teksi lah.. kau gila nak jalan kaki malam-malam buta pukul 11 lebih dari Brinchang ke Tanah Rata.. lama jugak menunggu sampai Nad mengidam nak makan steamboat tak dapat.. singgah macam-macam kedai.. dah habisss.. bila dah ada.. duit pulak takde.. hiew hiew.. nasib.. dapat je teksi yang rasanya teksi terakhir untuk time tuh.. teus je balik ke Tanah Rata.. penat berjalan pun ada..

masa nak bayar tambang teksi tuh.. aku geram kejap dengan mamak yang aku nak tukar duit tuh.. tak nak tukar takpe.. aku dah beli something.. tapi dia pulang duit macam nak tak nak jer.. agak annoying masa tuh..  grrr.. balik bilik terus mandi dan bersedia nak menikmati malam yang sejuk setelah settle kemas semua barang-barang yang dah diborong tadi.. Nad dah lama belayar dulu dek kesejukan.. tetiba teringat pasal kipas.. hahaha

esok paginya aku dengan Nad masing-masing kesiangan.. macam tak percaya hari tuh dah nak balik.. aku macam tak nak bangun jer.. lepas bersiap.. Nad ajak breakfast kat sini je.. dia kecur tengok orang lain breakfast kat situ macam sedap.. kalau aku sebab dah lapar.. hahaha

sedang bersiap

dan dan je hahaha
our breakfast.. nampak je sikit.. tapi kenyang ya ampun masa nak habiskan
again.. orang normal minum hot coffe
orang abnormal minum cold orange juice 
waktu nih terus booked tiket bas balik dan redha jer lah balik KL pukul 2.30.. akak tu recommandkan check out terus.. so nanti tinggal tunggu bas jer.. pengembaraan diteruskan dengan pencarian tempat sewa motor.. dah tanya awal-awal kalau ada kenderaan untuk disewa kat sini.. kalau nak harap naik teksi memang pokai lah, duit buat bayar tambang jer.. by the way, kitorang prefer jalan ikut suka hati kat sini sebab masa pun tak cukup.. kalau datang sini ada je pakej kalau-kalau nak jalan-jalan secara group.. just ask dengan orang yang jaga Inn or hotel.. berlambak..

entrance
motor yang berjaya disewa :DD
dengan motor tu lah kitorang gerak ke tempat-tempat yang telah di bulat-bulatkan oleh Nad tadi malam.. tempat pertama yang kitorang pergi adalah Taman Agro Teknologi.. macam-macam ada kat dalam ni.. strawberry.. bunga.. sayur.. sourvenir.. teh sikit.. buah.. stesen mardi ada dalam nih.. dan jugak jungle walk.. ada banyak lagi.. waktu nih cuaca masih cantik.. untuk pengetahuan korang.. taman ni kenakan tiket.. tetapi.. hehehe.. kitorang tak tahu punnn.. sebab.. masa mula-mula masuk.. ingat nak parking kat luar.. sebab nampak guard macam garang jer.. tup-tup ada geng budak laki ramai-ramai boleh pulak pewit pewit dan snap gambar kitorang naik motor and aku pulak dah pfffttt!!! kurang ajar!!! tu yang terus je masuk sambil tarik muka geram..dah tu terus cari parking kat dalam.. tapi takde jugak tempat parking yang ditetapkan.. so park jelah tepi-tepi taman tuh.. ada jer kereta lain park.. security yang lalu kat situ senyum jer.. ingatkan nak marah.. so takde lah nak cari tempat lain untuk parking..

sebab iklan ni lah rasa nak pergi tempat ni
di captured masa otw balik malam tadi
datang je terus snap gambar
hasilnya :DD
gerai strawberry
another strawberry celup coklat :))



kata Nad : "kecik-kecik dah pegang kamera besar"
tempat ni besar.. so sangat lah best kalau suka photoshoot.. tapi memang ramai orang lah.. tengah seronok shoot-shoot gambar.. ada insiden yang tidak diingini berlaku dimana purse Nad jatuh time nak snap gambar.. dah meggelabah cari dekat setengah jam.. tanya kat orang yang jaga kat kaunter.. tapi staff yang in charge macam tak layan.. last-last jumpa hasil usaha sendiri.. jatuh dekat pokok bunga.. alhamdulillah jumpa.. moral of the story, simpan purse dalam beg, bukan dalam kocek cardigan.. lepas tu kami gerak dalam misi pencarian strawberry untuk dibawa balik..

entrance taman agro
sepanjang jalan rupanya Nad sibuk merakam.. patutlah dia tak buat kerja sebagai penunjuk arah hahaha.. nasib tak baik sebab time kitorang keluar tu lah time cuaca nak hujan.. oh oh.. bayangkan lah naik motor time hujan.. ditambah dengan suhu persekitaran yang dah sedia ada sejuk.. terkokol.. ada sampai satu tahap give up nak dapatkan strawberry fresh sebab semuanya dah habis.. rasanya hampir semua strawberry farm yang kitorang nampak dah disinggah.. kalau yang dia dah proses itu memang banyak.. tinggal pilih je.. yang jeruk-jeruk tu lah.. sementara tunggu hujan reda kitorang nak jugak try steamboat.. sekali budget tak cukup.. bila fikir balik.. kenapa macam kurang jer duit aku ni.. rupanya sebab extra RM50 buat deposit sewa motor tadi.. bila pulang motor baru dapat balik duit kita yang RM 50 tuh.. sewa motor cuma RM 20 je untuk timing yang kitorang guna.. so total mula-mula letak duit kat situ RM70.. so dengan itu Nad pun terpaksa mengorbankan steamboat yang dia mengidam tuh dan aku mengorbankan strawberry fresh yang dicari-cari sebab masa tak mengizinkan.. dah pukul 2 lebih masa tu dan dah  tempah tiket bas balik ke KL pukul 2.30 dengan akak yang jaga Inn.. dia yang recommand supaya jangan naik bas yang sebelum nih Bas Kurnia.. dia tempahkan Bas ___.. seat VIP seyh.. tak ley blah.. patutlah masa naik tu aku ada jugak perasan bas yang lain cantik jee..

balik tuh.. pulang motor dalam keadaan basah kuyup.. aku lah yang teruk.. sebab aku yang bawak.. so.. percubaan terakhir sebelum balik.. try pusing satu round cari strawberry tuh.. tup-tup aku jumpa 1 kedai buah.. terus decide tanya ada tak strawberry fresh.. yes!!! ada ada!!! terus balik dalam keadaan gembira.. sampai je kat Cameronian Inn.. kemas barang semua.. masukkan barang yang dah dibeli semua dalam 1 tempat.. pack apa yang patut..dan tunggu bas datang pick up kitorang kat situ.. akak tu yang cakap bila bas datang dia  memang akan hon sebab kita dah tempah dan dia memang lalu jalan tu.. ini aku suka!! tak payah sibuk jalan kaki nak ke terminal..

bajuku basah
peninggalan Nad.. aku tumpang sign je :P
tunggu punya tunggu.. pukul 3 lebih baru sampai.. tapi sementara menunggu tu.. sejuk yang aku rasa sampai aku kena pakai gloves.. semua tu penangan hujan menyebabkan aku pakai baju basah sepanjang jalan.. pun ada jugak seorang uncle ni.. india.. bila tau Nad belajar dalam bidang Medical.. terus dia berbual panjang.. tapi aku rasa lebih kepada ceramah hahahah.. cerita pasal perubatan.. memang aku tak tahu pape lah kan.. nganga jer lahhh.. bila bas sampai terus lega.. hahahah kejam!! seperti biasa perjalanan turun ke bawah memakan masa lebih kurang 2 jam sebab sesak.. pukul 5 baru sampai tol Tapah.. then stop 20 minit kat hentian mana aku tak ingat..

dalam banyak-banyak bas yang pernah aku naik setakat ni.. dalam bas ni lah aku rasa paling kecoh.. belakang kitorang nih, husband and wife.. husband dia mualaf, wife dia macam orang asli je? sepanjang jalan boleh dengar diorang punya bising.. siap karaoke kau!!  yang bestnya husband dia fluence gila cakap BM.. tu yang syok nguping hahahaha.. ayat paling tak boleh lupa "B niiii belum sampai rumah dah buat hal!!!" gadoh pulakkk.. dekat pukul 7 sampai kat Pudu.. then terus tranfer semua gambar yang ada.. Nad, kau hutang lagi 2 pakej gambar hahaha.. berpisah la kitorang di Pudu.. aku gerak ke TBS, Nad balik ke Chow Kit.. lusanya dia nak ke Pangkor.. berjalan je kau Nad!! hahaha

luggage dengan beg purple tu aku punya
yang kecik-kecik tu Nad punya
last pic of us ^_^
dari Pudu.. dari masa tunggu tren sampai lah keluar tren.. aku tak faham lah.. kenapalah semua bangla-bangla asyik tengok aku dari atas sampai bawah.. biasalah orang nak balik kampung.. tak payah la tengok sampai macam tu sekali.. ingatkan aku terlupa pakai something.. -_-" sampai kat TBS, pergi makan, tunggu pukul 9.. bas pulang ke Batu Pahat.. sampai kat Pekan Semerah betul-betul pukul 1 pagi and nasib baik abang aku datang betul-betul serentak dengan bas berhenti.. sebenarnya aku tersilap cakap yang aku dah sampai kat Parit Jawa walhal baru sampai Parit Bakar.. hahaha mamai kott masa tuu.. kalau tak.. memang kena menunggu lah jawapnyaa

the end for the journey within 56 hours..

2 comments:

missnadiah said...

okay .
secara keseluruhannya ku sgt suka entry neyh sebab ko rajin kutuk ku kan =..="
hahah, nway, pasny ko rancang nak g mana plak .
ku on ja (;

Aini N said...

hahaha.. na da kutukk..cakap lapik jaaa hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...