Friday, January 13, 2012

Subject List #2

assalamualaikum..

apa khabar korang semua?? sihat-sihat hendaknya yah.. kena tanya dulu nih.. sebabnya.. aini sekarang ni tengah dilema nak pilih subject untuk sem depan.. so.. seperti biasa aku rasa nak tepek kat sini supaya korang-korang pun dapat merasakan apa yang aku rasakan.. hahahahah aini yang dengki.. actually kalau korang perasan.. post kali ini adalah susulan daripada post yang lalu... klik SINI kalau nak baca :D tapi tak perlu risau sebab post kali ni tidak terlalu panjang +membosankan seperti yang lepas tu okay..

-----------------

course dari Institute Sains Biology ISB

Terdapat berbagai jenis penyelidikan yang dijalankan di ISB. Antaranya ialah biodiversiti dan pemuliharaan tumbuhan; bioteknologi dan perkembangan tumbuhan; ekologi tumbuhan dan alam sekitar; genetik dan pembiak-bakaan haiwan dan tumbuhan; genetik biokimia dan manusia; sitogenetik tumbuhan dan haiwan; imunologi dan sains biokesihatan; bioasei; kajian kanser; kejuruteraan genetik dan teknik rekombinan DNA; virologi haiwan dan tumbuhan; bakteriologi; mikrobiologi perindustrian dan makanan; mikrobiologi alam sekitar; mikrobiologi perubatan; bioteknologi haiwan; neurobiologi; biosistematik; entomologi gunaan; pengurusan haiwan perosak; pengurusan sumber-sumber air tawar dan masin; toksikologi gunaan.

*note : yang guna ratio sebelah tajuk adalah (continuous assessement : final exam)

SHES 1200 PROSES KEHIDUPAN 40:60
Kursus ini membincangkan asas kimia kandungan sel pada peringkat atom, molekul dan makromolekul dari segi struktur dan peranannya di dalam sel. Enzim: fungsi katalis, jenis dan pengawalan keaktifan enzim. Biologi membran dan peranannya dalam proses pengangkutan diperkenalkan. Konsep tenaga dan hukum termodinamik dijelaskan. Fotosintesis memerangkap tenaga suria dan mengubah tenaga itu kepada tenaga kimia yang disimpan sebagai karbohidrat, protein dan lipid. Proses pengoksidaan anaerobik dan aerobik. Tumbesaran dan perkembangan sesuatu organisma merupakan hasil proses kehidupan. Kursus ini mengakhiri dengan perbincangan beberapa aspek tumbesaran dan perkembangan tumbuhan dan haiwan seperti morfogenesis, metamorfosis dan dormansi.

Rujukan:
1. Brooker, R.J., Widmaier, E.P., Graham, L.E. & Stiling,P.E. (2010). Biology. 2nd ed. McGraw-Hill: New York.
2. Garrett, R.H. & Grisham, C.M. (2001). Principles of Biochemistry with a Human Focus. Brooks Cole.
3. Rost, T.L., Barbour, M.G., Stocking, C.R. & Murphy, T.M. (2006). Plant Biology. 2nd ed. Brooks Cole.

SHES 1201 BIOLOGI SEL 50:50
Kursus ini akan membincangkan struktur dan fungsi asas organel dan juga proses yang melibatkan mitosis dan meiosis. Ini akan diikuti dengan kefahaman tentang asas perwarisan mengikut hukum-hukum Mendel dan perhubungan diantara meiosis dan Teori Perwarisan Kromosom. Akhirnya, kursus ini akan membincangkan mengenai aspek asas genetik molekul iaitu struktur asas molekul DNA dan RNA, replikasi, transkripsi dan translasi. Kefahaman asas teknologi rekombinan DNA yang melibatkan pengenalan kepada enzim restriksi serta vektor-vektor pengklonan juga akan dibincangkan.

Rujukan:
1. Becker, W., Kleinsmith, L. & Hardin, J. (2006). The World of the Cell. 6th ed. Pearson Education.
2. Brooker, R.J., Widmaier, E.P., Graham, L.E. & Stiling,P.E.(2008). Biology. McGraw-Hill..
3. Snustad, D.P. & Simmons, M.J. (2009). Principles of Genetics. 5th ed. John Wiley.

SHES 1202 BIOLOGI ORGANISMA 40:60
Ciri organisma hidup; pengkelasan berdasarkan evolusi, morfologi dan biologi molekul; penamaan organisma berdasarkan sistem binomial ; huraian terperinci taxa penting daripada virus, bakteria, alga, kulat, lumut, paku-pakis, gimnosperma, angiosperma kepada haiwan invertebrata dan vertebrata; sumbangan ekonomi pelabagai kumpulan organisma; adaptasi, kitar hidup dan hubung-kait antara organisma.

Rujukan:
1. Reece, J.B., Urry, L.A., Cain, M.L., Wasserman, S.A., Minorsky, P.V. & Jackson, R.B. (2010). Campbell Biology. 9th ed. Benjamin Cummings.
2. Russell, P.J., Hertz, P.E. & McMillan, B. (2011). Biology: The Dynamic Science. 2nd ed. Brooks/Cole Cengage Learning.
3. Solomon, E., Berg, L. & Martin, D.W. (2011). Biology. 9th ed. Brooks/Cole Cengage Learning.

SHES 1203 BIOLOGI POPULASI 40:60
Pelajar mempelajari pelbagai aspek dalam sesuatu populasi samada populasi tumbuhan, haiwan dan manusia. Pelajar juga didedahkan kepada fenomena alam sekitar seperti hujan asid, pemanasan global yang memberi kesan kepada populasi dan ekosistem. Asas genetik dalam populasi, ciri populasi, pertumbuhan dan interaksi dalam populasi. Perkembangan populasi manusia memberi kesan terhadap pengeluaran makanan, pencemaran alam sekitar dan pemulihan ekosistem.

Rujukan:
1. Brooker, J.R., Widmaier, E.P., Graham, L.E. & Stiling,P.E.(2008). Biology. McGraw-Hill.
2. Miller, G.T. (2006). Environmental Science: Working with the Earth. 11th ed. Thomson Brooks/Cole.
3. Solomon, E., Berg, L. & Martin, D.W. (2011). Biology. 9th ed. Brooks/Cole Cengage Learning.

SHES 1270 AMALI BIOLOGI 100%
Amali Biologi berkaitan dengan kursus-kursus teori Biologi yang lain. Oleh itu, kandungan kursus ini dibahagikan kepada amali-amali yang berkait dengan kursus Biologi Tahap Satu iaitu Proses Kehidupan, Biologi Sel, Biologi Organisma dan Biologi Populasi. Pelajar akan mempelajari secara amali beberapa prinsip penting yang telah dipelajari di dalam kursus-kursus tersebut. Oleh itu, kursus ini mengandungi amali di dalam bidang biologi sel, mikrobiologi, diversiti haiwan, diversiti tumbuhan, biokimia dan ekologi. Pelajar juga akan mempelajari pelbagai teknik dalam penyelidikan biologi.

Rujukan:
1. Raven, P.H., Johnson, G.B., Losos, J. & Singer, S. (2005). Biology. 7th ed. McGraw-Hill.
2. Reece, J.B., Urry, L.A., Cain, M.L., Wasserman, S.A., Minorsky, P.V. & Jackson, R.B. (2010). Campbell Biology. 9th ed. Benjamin Cummings.
3. Solomon, E., Berg, L. & Martin, D.W. (2011). Biology. 9th ed. Brooks/Cole Cengage Learning.

course dari Jabatan Geologi

SGES1201 PENGENALAN KEPADA BUMI 40:60
Asal usul dan struktur planet bumi. Mineral dan batuan. Kitaran batuan dan masa geologi. Tektonik keping sebagai daya pembentukan gempabumi, volkanisma, banjaran gunung dan hanyutan benua.

Rujukan:
1. Skinner, Brian, Porter, Stephen and Park, Jeffrey, 2004. Dynamic Earth: An Introduction
to Physical Geology, 5th Edition. John Wiley & Sons, Inc.
2. Hamblin, N.K. (1992): Earth’s Dynamic Systems (6th Ed.). MacMillan Publishing Co., New York. 647p.
3. Skinner, Porter dan Botkin, 1999. The Blue Planet – An introduction to Earth System Science (2nd Edition), John Wiley & Sons Inc. 552p.
4. Lutgens, F.K. & Tarbuck, E.J. 2006. Essentials of Geology (9th edition).Pearson Prentice Hall.486pp

SGES1202 PROSES-PROSES PERMUKAAN BUMI 40:60
Proses-proses yang mengubah permukaan bumi. Perluluhawaan. Agen-agen dan mekanisma hakisan dan pemendapan.Proses-proses sedimentologi. Prinsip-prinsip stratigrafi.

Rujukan:
1. Hamblin, N.K. (1992) Earth’s Dynamic Systems (6th Ed.). MacMilan Publishing Co., New York, 647 p.
2. Cotillon, P. (1992): Stratigraphy. Springer-Verlag, Berlin.
3. Leeder, M. (1992): Sedimentology – Process and Product. G. Allen & Unwin, London.
4. Hallam, A. (1981): Facies Interpretation and the Stratigraphic Record. W.H. Freeman & Co., London.

SGES1271 STRUKTUR DAN PETA GEOLOGI (TEORI & AMALI) 40:60
Keadaan dan morfologi struktur-struktur geologi. Sesar, retakan, lipatan, foliasi lineasi, fabrik dan badan-badan igneus - penerangan, pengkelasan dan kelihatan atas peta-peta geologi. Unjuran peta, skala dan simbol. Analisis peta-peta topografi dan geologi. Pembinaan kerataan rentas dan penafsiran sejarah geologi. Satu kerjalapangan dimestikan kepada pelajar yang mengambil kursus ini.

Rujukan:
1. Bennison, G.M. (1975): An Introduction to Geological Structures and Maps. (3rd Ed. - Metric), Edward Arnold, London, 64p.
2. Thomas, J.A.G. (1986): An Introduction to Geological Maps. Thomas Murphy and Co., London. 64p.
3. Tjia, H.D. (1984): Latihan Peta Geologi. (Edisi Kedua). Penerbitan Univ. Kebangsaan Malaysia, Bangi. 135 p.

SGES1274 MINERALOGI ASAS (TEORI & AMALI) 40:60
Bahagian pertama kursus memperkenalkan mikroskop petrografi, and ciri-ciri optic untuk mengenalpasti mineral. Bahagian kedua mendedahkan konsep-konsep yang digunakan dalam kristalografi, dan sebahagian kimia di dalam kristalografi. Serentak dengan ini, pelajar didedahkan kepada minerals di dalam batuan secara sistematik, belajar mengenali menggunakan mikroskop dan teks rujukan.

Rujukan:
1. Deer, W.A. Howie, R.A. and Zussman, J. (1971): An Introduction to the Rock Forming Minerals. Longman, London.
2. Kerr, F.K. (1959): Optical Mineralogy. McGraw-Hill, N. York.
3. Moorhouse, W.W. (1959): The Study of Rocks in Thin Section. Harper and Row Publications, New York.

SGES1275 ASAS MINERAL, BATUAN DAN FOSIL (AMALI) 40:60
Pengenalan kepada kajian mineral, batuan dan fosil dengan mengkaji contoh-contoh tangan di makmal. Kegunaan sifat-sifat utama seperti tabiat, sistem kristal, kekerasan, kilatan, warna, kelutsinaran, ira, retakan, coretan dan ketumpatan bandingan untuk mengenalpastikan mineral-mineral. Kegunaan kandungan mineral, tekstur, saiz butiran, fabrik dan lain-lain ciri untuk mengenalpastikan batuan igneus, sedimen dan metamorf. Pengenalan kepada kumpulan-kumpulan fosil invertebrat utama dan kegunaan mereka untuk meramalkan usia geologi.

Rujukan:
1. Hamilton, W.R., Wolley, A.R. and Bishop, A.C. (1992): The Hamlyn Guide to Minerals, Rocks and Fossils. 320p.
2. Kearey, P. (1996): The new Penguin dictionary of geology. 384p.
3. Simon & Schuster (1986): Guide to rock and minerals. 607p.

----the end----

semua di atas merupakan subjek yang wajib diambil oleh student under jabatan-jabatan yang telah diBOLDkan.. tapi untuk kami-kami nih.. aku jugak lah tuh.. ianya masuk dalam subjek luar jabatan.. am i??? sebab.. aku kan Jabatan Geografi.. hmm.. macam tu lah ceritanya...

so berdasarkan post aku yang lalu (klik SINI), the 1st 4 subject tuh wajib untuk 1st year okay.. 2 untuk sem 1 and 2 lagi untuk sem 2.. dilemma yang aku dok canangkan dari tadi tu.. hmm. aku nak pilih yang mana nihhh... gggrrr... aku rasa macam nak ambil subject Bio.. tapi.. take a look at this..

perbualan kat Fb lah..
based on jadual.. yang cun dengan kekosongan jadual cumanya Biology Cell.. tapi aku ada 2 pilihan la either nak ambil Mineralogi Asas or Biology Sel nih.. kalau amik bio, dah fit dengan jadual tanpa diubah lagi.. tapi kalau ambil Mineralogi.. maybe akan clash dengan kelas lain pada sebelah petang.. kalau nak buat gila.. aku amek je dua-dua HAHAHAHAHA!!!! okay.. tu memang gila.. kang tak tentu arah hidup aku sem depan -_-" 

tapi.. okay.. banyak sangat tapi kau tu Aini!! kalau amik bio takut aku macam tak berapa nak bagus dalam bab-bab organelle tu.. kalau amik mineralogi pulak.. macam lah aku terror sangat dalam bab-bab kimia nih.. okay.. tu je dilemma aku.. segan aku nak tulis lebih-lebih.. 

so bubye!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...