Friday, May 17, 2013

Meraban di Library

assalamualaikum

hari ni 17 haribulan 5 tahun 2013.. menunjukkan bahawa dah 136 hari aku tak update blog.. humm.. aku bukan tak ada idea tapi aku mungkin malas.. humm.. MUNGKIN.. melampau..

btw, sem ni pun dah nak habis.. takwim pun menunjukkan bahawa dah nak habis minggu ke 12 daripada 14 minggu kuliah.. nampak tak permainannya di situ.. tengah sibuk busy macam ni baru nak hupdate blog.. fine Aini.. FINE...

ada banyak faktor yang memungkinkan aku untuk tak update okay.. antaranya adalah wifi kat bilik aku macam humm.. haha itu hanyalah sekadar alasan bagi menutupi kemalasan aku.. even twitter pun aku malas nak online tapi disebabkan aku dah fedup nanti apa yang aku tulis orang baca (walhal tulis kat sini lagi la orang boleh baca.. Aini memang pandai..) so angin aku agak rajin untuk membebel di library.. ulang suara taip.. LIBRARY.. (aku tak tahu la apa nak jadi dengan budak nama Aini ni)

supporting detail -_-"
 so berbalik kepada kerja yang aku kena buat..
  1. skema jawapan past year AnaLok hari isnin ni
  2. report SnT part aku before sabtu <-- tujuan asal datang library
  3. assignment 20 soalan Remote Sensing + study untuk test hari khamis
  4. report Geomorfologi <-- dah confuse dengan part sendiri
  5. report Kuantitatif before 23/5
  6. jawapan Test 1 Analok yang baru dapat tadi
  7. fikir tajuk tesis before Isnin ni <-- sampai termimpi-mimpi muka Prof J dengan Prof KOS
nombor 1,3 and 6 tu semua handwriting tahu.. teringat balik masa zaman matrik haha baru buat sikit dah sakit tangan.. nasib kau la Aini..

oleh yang demikian, aku sendiri masih lagi tak faham kenapa budak yang bernama Aini ni masih lagi sempat untuk update blog dia sambil melakukan kerja-kerja yang melaghakan..

sekian
muka runsing.. berlatar belakangkan rak buku.. sempat lagi snapshot.. paraahhhh!!!!
p/s budak yang bernama Aini ni memasang harapan untuk stay di library untuk minggu-minggu terakhir sem ini. <-- tak faham -_-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...