hello fellow stalkers
hari ini.. 14 Okt 2011.. (sekarang dah 15 hari bulan) antara hari yang paling aku tension sepanjang umur hidup kat UM ni... bukan sebab aku tapi sebab orang lain.. tension sebab kepentingan diri dia sendiri.. dan Aini yang baik hati ni *pitam diamkan je... bukan tidak mampu berbuat apa-apa.. tapi nak jaga hati.. diam je lah
nak dijadikan cerita kenapa lah hari ni tension... rasanya friends kat FB tau lah yang hari ni ada test Geostatistik yang aku rasa subject killer untuk aku sebab time matrik dulu aku condem bab-bab statistik ni.. mana tak nya... time kuliah aku selalu nampak burung melayang-layang hahhaha *kantoiiii
dah la pagi tadi kelam kabut pergi lab.. test pukul 9.. pukul 8.58 baru keluar bilik.. niaya lah tu namanya... nasib baik lar bila tiba tu belum start test lagi and belum masuk lab pun... overall aku rasa test untuk kali ni ok lar sebab macam cepat je aku buat part frequency distribution tu.. sampai Pak Islami cakap "power awak"... lebih kurang gitu lar.. sebabnye termaju sangat lah time jawap tu... seriously aku tak tahu beza dia perli ke puji hahhaha
lepas test, settle satu tension... ada sesi photoshoot.. time ni la baru aku tahu yang coursemate aku ni kaki kamera jugak hahhaha... ingatkan semua diam je bila nampak kamera.. sebabnya.. aku rasa yang berangan dengan handphone ada beberapa ketul je.. ok lah tu kan.. btw ramai kata time kitorang post... "eeee...chomell nyerrrr" hahhaa *munath hijau <-- dah typo
lepas tu baru lah pergi lunch.. lepas lunch la tahap kemuncak tension of the day.. haaaa... pasal appoiment tersebut lah fikiran aku melayang entah ke mana pun aku tak tahu sepanjang petang tadi... cakap tak serupa bikin pun ada... pentingkan diri sendiri.. kot ye nak sangat benda tu jangan la melampau sangat... helloo girl.. jaga la sikit adab tu.. dah nampak la belang sebenar kau dengan berbuat demikian..
nak apa-apa pun boleh cakap cara elok... main paksa-paksa macam tu sape pun tak nak.. lagi-lagi kalau orang yang hati tisu macam aku ni haaaa.... sentap kau tahu tak??? tak semua orang sama macam diri kau.. so jangan expect aku nak buat benda yang sama macam yang kau buat... cara pendekatan kena betul... kalau silap... memang melepas laaaa
sudah laa kau ceramah punya lah lama..dalam keadaan sentap yang macam tu... ada benda yang lebih penting dari apa yang kau cakap tu aku kena buat... tak pasal aku lambat untuk pergi aktiviti palapes petang tadi... nasib baik trak lambat sampai... kalau aku kena tinggal tadi... memang kena maki la kau dalam hati... bikin wa panas jeeee!!! tu belum tambah ketensionan cuti mid yang kian menyikit dan tak beli tiket balik BP lagi untuk cuti mid semester time raya haki ni... <-- typo lagi raya haji laaaa aaarrrggghhhh!!!!!
ah.!!. fullstop untuk hal itu... makin berketurunan nanti jerawat aku yang cute ni bila aku asyik nak meletup je... btw.. jom layan gambar-gambar photoshoot kitorang bagi mengurangkan ketensionan aku...
|
Bachelor of Science (Geography) batch 2011/2012 |
aku tak mampu nak upload banyak-banyak sebab ni je yang aku rasa nak tepek kat sini and sumber gambar amat terhad sebab.... tadi tu takde feel nak bawak kamera sendiri... padahnya... tak mampu la nak pose banyak-banyak sebab guna pun phone orang lain je... segan kan.. mengedik la aku nanti pose banyak-banyak tapi orang lain punya harta... kan tak elok tuuuu
till then... nak beradu sekarang... selamat malam stalkers